kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

5/16/09

JIHAD ITULAH JALAN... (part 3)




KATA-KATA IMAM HASSAN AL BANNA.


Berhubung dengan hukum berjihad dalam Islam, Imam Hassan al-Bannamengatakan dalam Risalah Jihadnya:


Ahli-ahli ilmuan yang terdiri dari mujtahidin, muqallidin, salaf dahkhalaf telah sepakat (ijmak) mengatakan, bahawa jihad itu adalah fardukifayah kepada umat Islam untuk mengembangkan dakwah. Jihad adalah fardu ain untuk menangkis serangan orang-orang kafir terhadap umat Islam.


Seterusaya al-Imam mengatakan:


Seperti yang saudara maklum, umat Islam masa kini telah diperhinakan oleh orang lain. Mereka telah dikuasai oleh orang-orang kafir. Tanah air mereka telah ditakluki. Kehormatan kehormatan mereka telah dicerobohi. Hal ehwal mereka telah dikuasai oleh musuh mereka. Syiar-syiar agama mereka yang ada di tanah air mereka sendiri telahpun rosak, ditambah pula dengan kelemahan mereka menyebarkan dakwah.


Jadi adalah fardu ain berjihad dan setiap Muslim tidak boleh melepaskan diri darinya. Ia mesti bersiap sedia dan berniat untuk berjihad. Ia juga mestilah menyediakan kelengkapan untuk berjihad dan menunggu hingga masanya tiba dan Allah melaksanakan perkara yang telah ditentukannya, iaitu kemenangan kaum Mukminin.


Dalam tajuk yang lain di Risalah Jihad, Imam Hassan menyebutkan mengenai satu atsar yang diriwayatkan, iaitu:


"Kita telah kembali daripada jihad kecil bagi menuju ke jihad yang besar. Mereka mengatakan: Apakah dia jihad yang besar itu. Katanya: Jihad hati ataupun jihad nafsu."


Imam al-Banna mengatakan, atsar itu sebenarnya bukanlah hadis. Kata orang ia adalah kata-kata Ibrahim bin Abalah.


Di bawah tajuk "mengapa seorang Muslim itu berperang", yang disebut dalam risalah yang sama, Imam alBanna mengatakan: Allah memfardukan jihad pada kaum Muslimin bukannya sebagai alat untuk membangkitkan permusuhan. Ia juga bukanlah sebagai wasilah untuk memenuhi keinginan peribadi.


Sebaliknya ia bertujuan untuk menjaga dakwah, menjamin kesejahteraan dan menunaikan risalah besar yang dipertanggungjawabkan kepada umat Islam, iaitu risalah membimbing manusia ke jalan kebenaran dan keadilan. Sesungguhnya Islam sebagaimana ia memfardukan berperang, ia juga mengarah supaya berdamai.


Firman Allah Taala yg bermaksud:


"Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya

dan bertawakkal kepada Allah." (Surah Al-Anfal: Ayat 61)


Berhubung dengan belas kasihan dalam jihad Islami pula, Imam Hassan al-Banna mengatakan: Kerana matlamat jihad Islami adalah terlalu mulia maka begitu jugalah dengan wasilahnya. Wasilahnya adalah yang terbaik sekali. Allah telah mengharamkan permusuhan. Ia membimbing umat Islam ke arah nilai belas kasihan yang paling tinggi.


Semasa berperang mereka tidak boleh melampaui batas, tidak boleh bersikap jahat, tidak boleh mencincang mayat, tidak boleh mencuri, tidak boleh merampas harta, tidak boleh mencabul kehormatan dan melakukan kekejaman.


Semasa berperang mereka adalah ahli perang yang terbaik. Kesedaran mereka sama dengan waktu aman, di mana mereka adalah pendamai yang terbaik. Begitu juga ada hadis yang melarang daripada membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua, membunuh yang luka, mengganggu rahib dan yang memencilkan diri.


Sesiapa yang tidak memerangi tentera Islam adalah diberikan keamanan. Belas kasihan yang sebegini manalah ada pada serangan-serangan orang yang bertamadun kini. Serangan mereka amatlah kejam dan zalim.


Bandingkanlah kedudukan undang-undang antarabangsa mereka dengan keadilan rabbani yang syumul ini?


Selanjutnya Imam al-Banna berdoa dengan mengatakan:


"Ya Allah, fahamkanlah umat Islam tentang agama mereka dan selamatkanlah dunia daripada kegelapan ini dengan menyinarkan cahaya Islam."