kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

5/14/09

JIHAD ITULAH JALAN... (part 2)




TABIAT AGAMA ISLAM INI. DAKWAH.. DAN HARAKAH.. JIHAD MENJADI KEMUNCAKNYA.

Sebelum membentang dan menjawab persoalan ini perlulah diingatkan mengenai beberapa petunjuk dasar serta permasalahan yang penting. Semoga dengan itu kita dapat melihatnya dengan betul serta tidak lari dari garisan sempadannya.

Tabiat agama ini, tuntutannya terhadap kaum Muslimin, peranan jihad dan kedudukannya dalam Islam, semuanya adalah merupakan perkara yang mesti jelas dan tidak ada sebarang kekaburan.

Sesungguhnya Islam bukannya seperti agama gereja dan paderi, di mana seseorang itu mengabdikan diri kepada tuhannya dengan cara perhubungan antara dia dengan tuhan sahaja, ia tidak ada kena mengena dengan orang lain, dan orang lain tidak ada kena mengena dengannya. Tetapi sebaliknya Islam adalah merupakan agama yang sempurna, yang mengatur hal ehwal kehidupan manusia, sama seperti ia menjaga hal ehwal akhirat. Ia mengatur hal ehwal umat Islam, baik dari segi perekonomian, kemasyarakatan, politik, perundangan dan lain-lain lagi.

Ia adalah merupakan agama akidah, syariat dan ibadah yang mencakupi setiap perkara baik yang kecil ataupun besar, yang berkaitan dengan manusia. Ia mencakupi perkara yang bersangkut dengan peribadi, kehidupan dunia, dengan Muslim lain dan bukan muslim. Bahkan juga yang berkaitan dengan masa depannya yang terakhir di akhirat kelak.

Begitu juga, ia adalah merupakan agama umat yang satu, jemaah yang satu, kiblat yang satu, dan juga kitab yang satu. Ia menjadikan hubungan sesama umat Islam laksana satu jasad, bila satu bahagian tubuh sahaja yang merasa sakit maka seluruh badan akan sama-sama merasa derita dan terpaksa berjaga malam.

Rasulullah Sallallabu alaihi wasallam bersabda:

" Sesiapa yang tidak memperdulikan urusan kaum Muslimin maka ia bukan dari kalangan mereka."

Sesungguhnya Islam mewajibkan penganutnya melaksanakan syariatnya danberhakimkan al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah Sallallabu alaihi wasallamdalam perkara-perkara yang berlaku sesama mereka. Ia mewajibkanpengikutnya menyampaikan seruan agama yang benar ini kepada seluruhmanusia. Sesungguhnya Islam adalah merupakan agama yang melakukanrevolusi terhadap jahiliah dan segala yang ada di dalamnya, iaitu ibadahkepada yang lain dari Allah, ataupun adat serta kepercayaan karut yangtidak diredhai oleh Allah.

Bagi agama yang sebegini, tergambarkah kepada kita bahawa penganutnyadapat menegak dan melaksanakan tuntutannya tanpa mereka menghadapiserangan dan tentangan daripada orang yang mempunyai akidah yang ingindirubah itu? Mereka tentunya akan cuba menghalang penganut Islam darimenegakkan Islam dan mengukuhkan kedudukannya di bumi ini. Adakahpenganut Islam akan berhenti dari meneruskan kerja ini semata-matakerana menghadapi serangan musuh-musuh Allah? Bila mereka bersabarmenghadapi dan terus berada di jalan mereka, maka bukankah kesabaran dankesanggupan menanggungnya itu ada batasnya? Bukankah mereka berhakmembalas serangan tersebut dan membuang semua rintangan yang ada dijalan mereka?

Di sini jihad menjadi keperluan yang mesti. Sebab itulah Islammenganggapnya sebagai perkara fardu yang tetap akan berterusan hingga kehari kiamat. Islam juga menggalakkan serta menggesa pengikutnya supayaberjihad, dan ia menjadikan jihad sebagai kemuncak amal. Tanpa jihadIslam tidak akan dapat tegak dengan betul, ahli-ahli batil akanberkuasa, agama Allah tidak akan dapat berjalan, kehidupan akan rosakdan berjalan secara tidak dikehendaki oleh Allah. Patutkah ini berlakupada hak Allah? Tentunya tidak.

Di sini kami akan menjelaskan sebahagian dari perkara-perkara yangberkaitan dengan jihad dalam Islam. Kemudian dengan izin Allah kami akanmembentangkan penjelasan sikap Ikhwanul Muslimin terhadap jihad danpersoalan-persoalan lalu yang dihadapinya.

Islam amat menitikberatkan masalah jihad, ketenteraan dan keberangkatan umat ke medan jihad. Ia mengumpulkan umat semuanya menjadi satu barisan(saf) bagi mempertahankan kebenaran dengan segala kekuatan yang ada. Iamenjadikan jihad sebagai perkara fardu yang dimestikan pada setiapMuslim. Tidak ada jalan untuk melepaskan diri dan lari daripada jihad.Islam benar-benar memberi perangsang ke arah jihad. Ia memberikanbalasan pahala yang besar kepada para mujahidin dan syuhada.

Sebalikaya pula Islam mengancam mereka yang ketinggalan dan tidak mahu berjihadd engan siksaan-siksaan yang amat teruk. Seterusnya ia meletakkan mereka yang tidak berjihad dengan sifat-sifat yang amat keji. Islam menganggap tidak menyertai jihad dan lari dari medan perang itu sebagai melakukan salah satu dari dosa yang amat besar. Ia adalah salah satu dari tujuhperkara yang menjadi dosa besar dan membinasakan.

Mungkin ada baiknya kita merujuk pada Risalah Jihad yang ditulis olehImam Hassan al-Banna. Beliau telahpun mengumpulkan dalam risalahtersebut ayat-ayat Al Qur'an yang berkaitan dengan jihad, perang dan syahid. Begitu juga dengan hadis-hadis Nabi mengenai jihad, yang mana kita rasakan ia menjadi bekalan yang cukup.




terjemahan: JIHAD ITULAH JALAN... oleh Utz Mustafa Masyhur