kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

5/13/09

JIHAD ITULAH JALAN... (part 1)



PENDAHULUAN


Sesungguhnya jihad adalah jalan yang sebenar. Inilah dia perkara yang mesti kita berikan perhatian yang secukupnya. Kita mesti berjalan danbekerja atas dasar jihad. Kelemahan iman telahpun meletakkan umat Islamsekarang ke lembah kehinaan, perpecahan dan penguasaan musuh Allah, bahkan setengah dari mereka pula telah ditimpa fitnah agama. Kesedaran semula iman dalam hati adalah merupakan titik tolak asas kepada kebangkitan. Ia juga menjadi titik tolak asas kepada kebangkitan hidup umat Islam.


Dengan itu dapatlah umat Islam menyiapkan kekuatan, membebaskan diri dan seterusnya meletakkan diri mereka ke tempat yang telahpun dipilih oleh Allah, iaitu sebagai umat terbaik yang diutus di kalangan manusia, juga sebagai ustaz kepada seluruh manusia bagi menerangkan agama yang benar ini. Semoga dengan itu dapatlah mereka mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya.

Di samping kekuatan iman dan akidah, mestilah juga ada kekuatan kesatuan dan ikatan persaudaraan sesama umat Islam bagi menggembeling tenaga. Setelah itu barulah pula kekuatan tenaga dan senjata digunakan bila tidak ada jalan lain lagi. Inilah dia peranan jihad. Sebenarnya Imam Hassan al-Banna telah pun melihat kepentingan tiga jenis kekuatan tersebut serta tertib susunannya daripada Sirah Rasulullah Sallalahu alaihi wasallam, dan harakah dakwah baginda semasa menegakkan daulah Islamiah yang pertama.


Banyak persoalan telah pun dibangkitkan di sana sini berhubung dengan sikap Ikhwanul Muslimin terhadap jihad, baik dari kalangan umum mahupun individu tertentu:


Persoalan telahpun ditimbulkan oleh orang-orang yang benar-benar jahil

mengenai Islam, begitu juga oleh orang-orang yang menjual diri dan harta

mereka kerana Allah, orang-orang yang jiwanya dibunuh oleh perasaan

rendah diri dan kecewa, juga dari orang-orang yang jiwanya benar-benar

merindui syahid fi sabilillah.


Kita mendengar orang mengatakan:

"Adakah kamu mahu berjihad untuk memaksa orang bukan Islam supaya

memeluk Islam dengan menggunakan kekuatan senjata?"


Ada orang yang mengatakan:

"Adakah kamu mahu berjihad menentang musuh-musuh Allah di Timur dan

Barat yang mempunyai kekuatan besar, sedangkan kamu adalah lemah, tidak

memiliki apa-apa pun?"


Ada juga orang yang mengatakan:

"Adakah kamu mahu berjihad dengan mencampakkan pemuda-pemuda Islam ke

kancah kebinasaan serta menyerahkan mereka untuk dimakan puas oleh

musuh-musuh Allah?"


Sebaliknya pula kita mendengar setengah-setengah pemuda yang bersemangat

mengatakan:

"Adakah Ikhwanul Muslimun sudah serik menghadapi mehnah, lalu mereka

meletakkan senjata dan meninggalkan jihad?"


Ada yang mengatakan:

"Sikap negatif kamu ini akan melemahkan semangat pemuda-pemuda dan

mematikan roh jihad mereka. Adakah kamu mahu begitu?"


Ada juga yang tertanya-tanya:

"Sampai bilakah kamu rasa cukup dengan berdakwah dan tarbiyah sahaja

tanpa berjihad, sedangkan musuh-musuh Allah sentiasa mengawasi kamu.

Mereka sentiasa menyerang kamu. Sebaliknya pula kamu menghadapi serangan

mereka dengan menyerah sahaja tanpa sebarang penentangan?"


Semua persoalan ini dibangkitkan di sekitar Ikhwanul Muslimin serta

sikap mereka terhadap jihad. Kadang-kadang kami tidak memberikan apa-apa

jawapan pada setengah orang yang mengemukakan persoalan itu. Kami

berdiam sahaja dengan persoalan yang ditimbulkan oleh orang-orang yang

jahil dan bersemangat. Namun begitu kami merasakan perlu untuk

memberikan penjelasan kepada mereka mengenai beberapa perkara, agar kita

semua jelas. Semoga dengan itu kesatuan faham dan kesungguhan dapat

terbentuk dengan izin Allah.



JIHAD ITULAH JALAN... oleh Utz Mustafa Masyhur.