kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

5/18/09

Hebatnya Guru..




Alhamdulillah berakhir sudah imtihan bagi kertas yang kedua iaitu kertas feqh munakahat, segalanya berjalan dengan lancar, sahabat-sahabat seperjuangan yang lain juga menunjukkan wajah yang ceria ketika keluar dari dewan peperiksaan. doakan semoga kami diberikan kejayaan dalam imtihan kali ini.

Cuma yang agak lucunya imtihan kali kedua ini murakkib yang kebiasaannya dikenali sebagai seorang yang agak menyakitkan hati -tak semua k :) - tiba-tiba menjadi malaiikat, mana tidaknya hampir semua pelajar wafidin diberi jawapan seperti seorang cikgu datang membetulkan anak muridnya akan kesalahan yang dilakukan.. Bukan semua soalan akan tetapi hanya soalan yang terakhir sahaja. Masakan kami ingin menutup telinga ketika diterangkan, dengar saja dan apa yang di beritahu sememangnya betul hi syukran murakkib, rezeki jagan ditolak, musuh jangan dicari :P ( tapi ana dah jawap awal lagi sebelum diberitahu ek :P )


EMAK ABAH GURU PERTAMA KU


Hari guru telah berlalu sekitar 2 hari yang lalu, pasti di sekolah-sekolah mahupun di universiti tempatan telah diadakan sambutan hari guru bagi meraikan segala jasa bakti guru kepada kita semua.. Sungguh besar jasa guru pada kita semua..

Bermula kita dilahirkan di dunia ini, kita telah didik secara khusus oleh ibu bapa kita. ibubapa lah yang membentuk diri seawal kita dilahirkan. Telah menyebut imam Al-Gazali Rahimahullah dalam kitabnya Ihya 'ulumuddin, Bayi adalah amanah bagi ibubapanya, hatinya bersih umpama permata yang putih berseri yang sunyi daripada sebarang gambaran juga ukiran, dia menerima apa sahaja yang di ukirkan keatasnya, sekiranya diberikan serta diajarkan kebaikan psti aia akan hdup diatasnya dengan gembira di dunia dan akhirat begitulah sebaliknya..

Terima Kasih pada emak abah yang telah membentuk anak-anaknya agar menjadi insan yang berguna pada Islam, pemergian ateh tempoh hari juga ada menunjukkan bahwaa pemegrian seorang anak yang soleh. Semalam sekali lagi aku bertemu ateh tetap ceria. syukran lillah..

Ya tidak dinafikan abah seorang yang garang begitu juga emak, pernah satu ketika dahulu aku di kejar emak dengan batang raket kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang telah diberikan, mencicit aku berlari akan tetapi akhirnya sampai juga betang raket di belakang ku, mak memang seorang pembaling raket dengan tepat hi.

Walau segarang mana pun mak abah mereka tetap ingin melihat kejayaan kami adik beradik. Alhamdulillah walaupun tidak sehebat seperti sahabat-sahabat yang lain aku pernah juga mengembirakan hati mak abah.. Terima kasih emak, terim kasih abah..

Dr Wahbah Zuahili dalam kitabnya Usrah Muslimah fil Alami Muasari ada meletakkan beberapa garis panduan kepada ibubapa dalam mendidik anak mereka. Tarbaih Akidah dan Islamyah menjadi aspek paling penting sekali..

Peristiwa yang agak menyedihkan apabila dibuat satu serbuan mencegah maksiat, lalu remaja-remaja ditahan ibubapa memarahi mengapa perlu menahan anak mereka, bila ditanya diselidik ibubapa langsung tidak ambil peduli apa yang berlaku terhadap anak-anak mereka, lantaklah anaknya mahu menjadi malaikat ataupun syaitan. Syukran mak abah..





Episod perjalanan


Bermula dengan PASti aku dihantar mak abah untuk mempelajari ilmu agama kerna mak abah amat PASti bahwa PASti dapat membentuk aku menjadi insan yang berguna satu hari nanti. Guru yang pertama mengajar diriku adalah pasangan suami isteri Ustazah Aminah dan Ustaz Abdullah.. Namanya persis ibu ayah pada junjungan mulia nabi MUhammad SAW.. Di sini aku mula belajar mengenal ilmu2..

Seterusnya menyambung pengajian ke Madrasah Darul Mujahidin, ha dengar sahaja namanya pasti ramai yang berkeyakinan sesiapa yang belajar disini akan di tangkap ISA hi inilah satu-satu sekolah agama yang telah memberikan tarbiah pada kesemua adik beradikku.. Terima kasih pada seluruh ustaz ustazah MDM yang telah memberikan segala ilmu kepada kami..


Mujahidin nama madrasah kami melahirkan cita-cita murni untuk mendidik mengasuh kami menjadi muslim berperipadi

( sebahagian nasyid sekolah, ingat sikit je :D )



Hidup ketika bergelar pelajar adalah masa yang amat menyeronokkan, tidak ada banyak tanggung jawap yang perlu di pikul, hanya perlu belajar, mengutip segala mutiara-mutiara yang ada. Tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad.. Di MTAQ aku mempelajari satu pengalaman yang baru, dan disitu juga aku menanggung satu berat tanggungan yang amat berat yang tidak dapat ditanggung oleh gunung sebesar Uhud sekalipun..

Di MTAQ aku mengenal erti iqob, syukran ustaz-ustaz kerna telah mendidik dengan tegas sekali, terkadang diri kita perlu di denda atas setiap kesalahan yang telah kita lakukan. Mungkin ramai yang tidak setuju sekiranya muka dilempang. Yaps itu adalah tempat yang di anggap mulia, tapi bagi ku ini tidak menjadi masalah akibat dari kesilapan yang telah dilakukan..

Sejarah Perang Tabuk telah membuktikan bahawa setiap pesalah perlu di iqob. Kisah Ka'ab bin Malik,Murarah bin Rabi’ah Al-Amiri dan Hilal bin Umayah Al-Waqifi yang telah di iqob oleh Rasulullah SAW akibat tidak menyertai peperangan Tabuk sebagai dalil kepada setiap kesalahan yang kita lakukan terkadang perlu di iqob supaya mendatangkan kesedaran dalam diri kita..

Pernah sekali aku terlambat untuk pergi ke kelas. "anip2 cepat ust supian dah marah tu" aku dengan selamba menjawap "takpe hang gi dulu pahni aku sampai" akibat dari kemalsaan tadi tanpa ku sedari Ust Supian telahpun berada di hadapan muka pintu. " Assalamualaikum ustaz" sapa ku. Ust Supian senyum tanpa kata, hatiku rasa lega, sebaik sahaja aku keluar dari pintu asrama "Suppppp " terasa satu panahan kilat menyambar belakang ku, Rupanya ust Supian sudah bersiap sedia untuk menibai ku dari belakang. Bayangkan sendiri kenikmatannya :)

Pernah kami melenting akibat hukuman yang diberikan, berasa tidak puas hati dengan Ustaz mana tidaknya kami pernah di suruh jalan itik sepanjang setengah kilomter ruh wa gai, di rendam dalam kolah jam 2 pagi, di suruh guling atas pasir akibat tidak solat subuh berjemaah.

Itulah didikan seorang guru, bukan untuk mendera akan tetapi untuk mengajar kita erti kehidupan, erti perjuangan. mendenda bukan kerna benci tapi kerna sayang dan ingin melihat kita semua berjaya menjadi seorang insan yang berjaya dan dapat membantu Islam..

Terima Kasih Ustaz Ustazah...