kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

5/9/09

Hari-hari, Hari Ibu Bagi Saya..





Sehari perjalanan menziarahi makam para auliya memang amat memenatkan, dengan kesesakan kota kaherah menyebabkan perjalanan yang pendek menjadi lama. Apa pun kami semua bersyukur kerana dapat meluangkan masa bersama menziarahi makam para auliya di muka bumi mesir ini.

Di tengan perjalanan kami berhenti di salah sebuah masjid yang tersohor di Mesir iaitu Masjid Sultan Hassan untuk solat Jumaat di samping berharap dapat mendengan mutiara-mutia hikmah dari fadilatul Syekh Ali Jumaah ( Mufti Mesir ) atau anak murid beliau Fadilatul Syekh Usamah. Harapan kami tidak kesempaian apabila kedua-dua syekh tidak dapat hadir, akan tetapi di telah di ganti dengan syekh muda yang tidak kurang hebatnya iaitu Syekh Ahmad..

Apa yang ana ingin kongsikan di sini ialah antara isi khutbah yang telah disampaikan oleh Syekh Ahmad, khutbahnya bertajuk "birrul walidaini" berbuat baik kepada ibuayah.. Syekh memulakan khutbah dengan ayat dari surah Isra ayat yang ke 23 " "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sesekali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia"

Menjadi kewajipan pada seluruh manusia untuk mentaati ibuayah mereka, banyak ayat al-quran serta hadis nabi yang meyuruh kita agar berbaut baik pada ibu dan ayah, ini kerana kedua mereka lah yang mendidik kita sedari kecil, melayan segala kehendak serta kerenah kita tanpa ada sebarang rungutan sehingga kita menjadi seorang remaja..

Apa yang menyedikan pada zaman sekarang ramai dari kalangan remaja mahupun yang telah berumah tangga langsun tidak mempedulikan akan prihal ibubapa malah lebih teruk lagi sanggup menderhakai mereka, menghantar mereka ke rumah orang tua dengan alasan yang pelabagai. Ada pula yang sanngup memperhambakan ibubapa sendiri dengan pelbagai suruhan atau perintah tanpa rasa hormat, nazubillah. inilah antara tanda-tanda akan akhir zaman yang telah banyak disebutkan dalam hadis nabi Muhammad SAW..

Ingatlah sahabat-sahabat bagaimana kisah seorah sahabat nabi yang hampir-hampir di bakar oleh nabi akibat idak dapat mengucap kalimah lailahaillah di pengakhiran nyawanya akibat menyakiti hati ibunya hanya dengan melebihkan hal isterinya melebihi hal ibunya. cerita ini telah di ceritakan dalam satu hadis riwayat daripada Abban bin Anas dalam satu hadis yang panjang. Walupn al-qomah dikenali sebagi seorang sahabat yang amat rajin beribadah kepada Allah akan tetapi dek kerana menyakiti hati seorang ibu beliau di berikan azab di dunia lagi, Rasulullah bersabda dalam hadi tersebut "
Murka ibunya, itulah yang mengunci (menutup) lidahnya untuk mengucap dua kalimah syahadah "



gambar mak bersam arwah ateh - al-fatehah-

Hari Ibu

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). " Al-loqman : 14

Apabila tiba bulan May pasti ramai dari kita yang akan menyambut akan satu hari yang bersejarah iaitu Hari Ibu.. Walaupun terdapat pelbagai pendapat dalam menentukan hukum bagi perayaan Hari Ibu ini namun bagi tiflu " Tiap-tiap hari adalah hari ibu bagi saya"

peranan ibu dalam kehidupan manusia amat besar dan tidak mungkin dapat kit abalasi.. terdapat banyak hadis yang menekankan akan kewajipan kita menghormati ibu bapa, dan di khususkan lagi oleh junjugan besar nabi Muhammad agar kita lebih menghormati ibu..

Dalam satu hadis riwayat dari abu hurairah mafhumnya.. telah datang kepada nabi seorang lelaki maka dia berkata : siapakah yang lebih berhak untuk aku berbakti padanya? Rasulullah berkata : ibuMU, ( rasulullah telah mengulanginya sebanyak 3 kali, barulah Rasulullah berkata : ayahMU.. ( akhrajuhu ahmad - musnad ahmad- , bukharai -sohih bukhari- , muslim -sohoh muslim- )

telah di tetapkan akan syra' islami sesungguhnya 'alaqah antara anak dan ibu adalah satu 'alaqah fizikal tabi'ah ( bermakan ia tidak akan terhenti hanya dengan sebab pernikahan atau pertumpahan darah) akan tetapi ia adalah iakata dalam segala hal keadaan berbeza dengan alaqaoh bagi ayah.. tapi ini tidak bermaksud kita langsung tidak melebihkan ayah.. Allah berfirman memerintahkan kita menghormati kedua ibu bapa kita " dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa "

Maka dengan ini perayaan bagi menyambut hari ibu adalah HARUS ( fatwa dari mufti diyar misri Fadilatul Syekh Ali Jumaah al-Azhari dalm kitabnya Al-Bayan bima Yasyghul Azhan ) perkara ini bukan lah satu bid'ah yang ditolak kerana ia tidak menyalahai akan syara islam, malah nabi memperstujui akan ihtifal yang disambut oleh bangsa arab dalam mengigati akan negara mereka ( hadis riwayat Aisyah -boleh lihat dalam sohih bukhari dan sohih muslim) .... Telah diriwayatkan dalm Sunnah sesungguhnya nabi Muhammad SAW telah menziarahi kubur ibunya Saidatina Aminah pada pada keadaan menutup kepala, maka apa yang di riwayatkan nabi banyak menagis pada hari tersebut.. ( akhrajuhu Al-Hakim di Mustadrak)


Persamaan dengan masyarakat lain

Masyarakat Yunani Purba merayakan Hari Ibu bertujuan untuk memuja ibu-ibu sebagai simbolik kepada Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung.Manakala di Rom Purba pula Hari Ibu disebut sebagai perayaan Montralia yang memperingati dewi Juno, dan ibul azimnya diberi hadiah pada hari ini.Malah di China, sesetengah rakyat China sedang mula memupuk Hari ibu sebagai memperingati Meng Mu, ibu kepada Mencius

Mengenai prihal persamaan kita dalam perkara ini tidaklah menjadi satu penghalang dalam kita mengadakan ihtifal ini, akan tetapi pertembungan ini kita perlu lihat dari sudut positifnya, ketika mana keadaan dunia sekarang manusia langsung tiada hormat pada ibubapa maka ada baiknya ada ihtifal ini..
Niat di hati menjadi penilaian, bagi kita pada Rasulullah adalah uswatul hasanah, nabi amat suka akan kecantikan akhlak dan memujinya pada sesiapa sahaja hatta walaupun ia adalah dari seseorang yang bukan dari agama islam