kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

5/15/09

Esok Exam, Doakan Kejayaan, Maafkan Kesilapan...


Sedetik Bersama Seabad Terasa


Esok 16.5.2009 bersempana dengan hari guru, maka bermulalah tarikh keramat penentu masa depan bagi diriku.. Adakah aku sudah bersedia? huu sedih sekiranya dibicarakan tentang persediaanku, akan tetapi berkat doa insan2 tersayang sahabat2, ahli bait yg nakal2 n degil hahah aku yakin dapat menjawap segala persoalan nanti Insyallah..

Di kesempatan blog ini masih wujud, tiflu ingin memohon ribuan, jutaan kemaafan di atas segala kesalahan kesilapan yang telah dilakukan sengaja atau tidak sengaja kepada sahabat-sahabat yang mengenali diri tiflu dan juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada insan yang sentiasa memberi semangat tanpa jemu :) ,mak abah,bakal mak ayah :d , ahli bait tersayang yang selalu memberi semngat walaupun nakal2 (ust faiz ciut-baru lepas ptong rambut,lokman boy laskar pelangi ,nas wali moden, zul comel hii), sahabt2 AJKT, sahabat-sahabat seperjuangan dari kuliah lughah mustakim n zaujah (sabor2) , soleh ,mursyid, bobo, ust azmil,veron, sahabat-sahabt dari kuliah lain, sahabat-sahabat dari medic tahun 3 dan adik2 medic tahun 1 , sahabta2 dari seluruh mesir dan malaysia terima kasih di atas semngat yang kalian berikan pada tiflu..syukran semoga Allah membalas jasa baik antum dengan kejayaan antum dalam imtihan yang akan dihadapi ini insyallah…


YA ALLAH KAU PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN KAMI DALAM MENGHADAPI IMTIHAN INI YA ALLAH,SAMADA IMTIHAN DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT.. YA ALLAH KAU PERMUDAHKAN KAMI UNTUK MENGHAFAZ APA YANG TELAH KAMI PELAJARI,KAU PERMUDAHKAN KAMI UNTUK MEMAHAMI AKAN APA YANG KAMI BACA,JUGA UNTUK MEMAHAMI SEGALA SOALAN YANG AKAN DIBERIKAN KEPADA KAMI.PERMUDAHKANLAH KAMI UNTUK MENJAWAP SEGALA SOALAN-SOALAN YANG DIBERIKAN..YA ALLAH KAU BUKAKANLAH HATI2 KAMI, KAU BERSIAHKANLAH HATI2 KAMI AGAR KAMI DIPERMUDAHKAN UNTUK MENGINGATI SEGALA YANG TELAH KAMI BACA DAH HAFAZ YA ALLAH.. HANYA PADA MU KAMI SEMBAH DAN HANYA PADAMU KAMI MINTA PERTOLONGAN KAU PERKENANKANLAH DOA KAMI INI DAN BERJAYAKANLAH KAMI DALAM IMTIHAN YANG AKAN KAMI HADAPI INI YA LLAH YA RAHMAN YA RAHIM…AMIN YA RABBAL’ALAMIN…