kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

5/23/09

Bersama Mengapai Laskar Pelangi..


hiduplah untuk memberikan sebanyak-banyaknya
bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya

" Kebahagian ilmu pengetahuan itu bersifat tetap, keagungannya kekal, namanya selalu dikenang, sedangkan kebahagian memiliki harta akan lenyap, keagungannya akan hilang, dan namanya akan segera akan dilupakan"

Daripada Anas radhiallahhu anhu berkata : Rasulullah SAW bersabda : "Allah SWT berfirman (dalam hadis qudsi) " Hai anak adam selama engkau berdoa dan berharap kepada Ku. Aku mengampuni bagi mu akan segala dosa yang ada pada mu dan Aku tidak peduli ( walaupun dosa itu banyak sekali) Hai anak Adam!! Jikalau seandainya dosamu itu sampai ke atas awan yang mempunyai langit sekalipun, kemudan kamu datang mengharapkan keampunan kepadaKu nescaya akan aku beri keampunan kepadamu. Hai anak Adam!! Sesungguhnya jikalau engkau datang kepadaKu membawa dosa sepenuh bumi, kemudian engkau datang menemui Aku padahal engkau tidak memperserkutui Aku dengan sesuatu, nescaya akan Aku datangkan kepadamu sepenuh bumi pula keampunan" HR Tarmizi




Mengapai laskar pelangi..


Ku tersenyum sendirian tika tangan menaip perkataan ini, mana tidaknya ku inginkan kejayaan seindah laskar pelangai tetapi usaha ku sehuduh muka badut di sarkas hu. Kertas imtihan yang ke empat telah pun berlalu pagi tadi, kesimpulan yang mampu aka katakan ialah hanya doa dan tawakal sahaja menjadi harapan ku pada ketika ini bagi menyempurnakan 4 prinsip DUIT yang ku terapkan dalam diri selama ini..

" Yang sudah biarkan sudah, tumpu untuk subjek yang seterusnya" teringat kata-kata mak memberi semangat setelah diriku agak kecewa dengan jawapanku ketika di SPM dahulu. Perjuangan tetap akan diteruskan, ingat!! mempelajari ilmu bukanlah semata-mata utuk menghadapi imtihan, akan tetapi untuk disebarkan kepada masyarakat dan yang paling penting adalah bertujuan untuk memperjuangkan Islamdi malaysia khususnya dan di seluruh dunai amnya..

"Belajar bersunguh-sunguh, nanti bantu Islam" itu kata-kata semangat yang sering diberikan oleh al-fadhil ust Khairul Nizam kepada diriku seakhirnya kami berchating. Yups jangan berasa putus asa hanya dengan sebab kita tidak dapat menjawap dengan baik dalam imtihan, putus asa bukanlah sifat sebagai seorang islam, selagi keputusan masih lagi belum keluar dan imtihan masih lagi belum habis, selagi itu kita mempunya sejuta peluang untuk terus mengapai
Laskar Pelangi..

Teruskan usaha, terdapat banyak kemungkinan untuk kita gagal akan tetapi ingatlah kejayaan hanya akan dicapai dengan satu cara sahaja iaitu USAHA.. " Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah mereka yang merubah nasib mereka itu sendiri" Tanpa usaha mimpi tidak akan menjadi kenyataan.




Mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya

laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
raih bintang di jiwa



Muhasabah diri..


"Along kalau nak buat dosa boleh tapi dengan syarat" nasihat Abah setelah aku ditibai dengan rotan akibat pernah mengambil duit tanpa pengetahuan pada suatu ketika dahulu..
" apa syaratnye abah? " tanya ku
" klu along nak buat maksiat along kene cari dunia lain selain dari dunia Allah dan cari rezeki selain dari rezeki yang Allah bagi" abah memetik kisah seorang sufi Amhad bin Adham..
aku kehairanan, " camne nak cari bumi selain dari bumi Allah abah? "
"cuba la Along cari"
" ish mana ada bumi selain dari bumi Allah"
" haa sebab tu la Along tak boleh buat maksiat, kene dengar cakap mak abah" nasihat abah yang menyusuli selepas sebatan berbisa :) tarbiah Abah pada kami pasti selepas di rotan akan ada nasihat yang menyusuli..

Masuk sahaja dewan peperiksaan kepala merasakan bagai berada di dunia gelap, apa yang telah dihafal selama ini,yang dibincang bersama teman-teman dirasakan begitu kosong, mencuba untuk search setiap file yang terdapat dalam box fikiran tapi malang tiada sebarang file yang tertera di papan search, diri hampir merasa putus asa..

Ini pasti kaffarah dosa yang Allah ingin berikan, kehilangan ini pasti disebabkan kemaksiat yang telah dilakukan sebelum ini, mungkin juga disebabkan diri pernah menyakitkan hati sahabat-sahabt tanpa di sedari. Kesalahan yang dilakukan kepada Allah mampu untuk kita memohon kemaafan segalanya pada yang Esa, akan tetapi kesalahan yang dilakukan terhadap sahabat-sahabat atau yang lain bagaimana ingin di hapuskan. kebocoran yang kecil mampu untuk menenggelamkan kapal yang besar inikan pula dosa yang banyak pada sahabat2 lain..Ampunkan segala kesalahan wahai sahabat..Ampun dosa-dosa kami Ya Rob..

Agi hidup agi gelaban ( selagi hidup selagi itu berjuang ) selagi masa tidak menunjukkan tanda habisnya waktu selagi itu keringat perlu diperah semahunya. " Jangan keluar selagi loceng tidak berbunyi, kadang di hujung waktu wahyu biasa akan datang" kata-kata Ust Mie yang menjadi pegangan ku selama ini, yups kebiasaannya pada waktu terakhir ini lah apa yang kita hafal akan dapat di ingat kembali, rugilah mereka yang terlalu cepat keluar. Tingkatkan jatidiri kita kerna manusia yang paling celaka ialah yang tidak memiliki jati diri dan insan yang paling rugi ialah yang tidak rela dengan takdir, mengeluh dengan rezki yang telah ditakdirkan dan selalu sempit hatinya.

Kegembiran kembali terserlah ketika berakhirnya perjuangan :)





skill dalam Usaha


Seorang pengembara berjalan mengembara mencari ketenangan hidup, mencuba untuk merubah kehidupan, ingin memberikan sebanyak-banyaknya padu insan lain. Di pertengahan perjalan berhenti berehat di tepi sungai. Saat ketika memusatkan pemikiran kearah keindahan sungai, tiba-tiba tumpuan di ganggu dengan gemercik air sungai.

Perlahan menuju kearah tibing sungai mengikut suara tersebut, ternyata suara itu datangnya dari seekor ketam sesat ( pandai je sesat :P ) sedang berjuang mengharungi deras air sungai. Tanpa berlenggah si pengembara menghulurkan jarinya bagi membantu sang ketam yang dalam kesusahan tanpa menghiraukan luka di jari akibat sepitan dari penyepit sang ketam.

Hati terasa puas dapat membantu insan lain biarpun jari terluka. Si pengembara kembali berehat, tidakpun sampai beberapa minit kedengaran kembali suara kocakan air datang dari arah sungai, bingkas bangun dan ternyata datangnya dari arah sang ketam tadi yang dihanyut arus deras. Si pengembara kembali membantu sang Ketam menyelamatkan diri. peristiwa berlarutan sehinga beberapa kali sehingga menyebabkan jari si pengembara lebam dan luka.

melihat perkara tersebut datang seorang tua menegur akan perbuatan si pengembara. " Anak muda sifatmu membantu sang ketam menunjukkan hati mu amat bersih sekali, tapi mengapakah demi membantu seekor ketam kamu sanggup untuk membiarkan jari mu diketip sehingga luka sedemikian rupa? " jawap si ppengembara " Sang ketam menggunakan penyepitnya untuk berpaut pada sesuatu benda, maka aku sedang melatih diri ku untuk memberikan balas kasihan pada makhluk lain, maka aku tidak kisah terhadap lukaku asalkan dapat membantu makhluk lain"

lalu orang tua itu mengambil sebatang ranting kayu lalu menggunkannya untuk menyelamatkan ketam dari di bawa arus sungai, dan berkata " Lihat orang muda, melatih diri untuk mengembangkan sifat kasihan itu memang baik tapi perlu beralaskan dengan kebijaksaan atau skill orang putih kata, lihat, dengan ranting juga kita boleh mangambil manfaat, begitu juga atas usaha-usaha kita yang lain perlu ada cara yang terbaik untuk mencapai sesuatu matlamat"


Ayuh..

Wahai
mahasiswa mahasiswi Islam - dirasat islamiah, juga mahasiswa mahasiswi Islam - perubatan, di atas nama Islam kita berusaha bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu agar satu hari nanti kita dapat bersama menaburbakti pada seluruh masyarakat juga yang terpenting membantu mengembalikan kegemilngan Islam di muka bumi ini Insyallah...

Bersama Mengapai LAskar Pelangi..




p/s : sapa tak tgk lagi baik tgk ana dah 5 kali dah hii tuk amik semangat time exam2 ni, Doakan kami lusa ada imtihan.. Bittaufiq Wananajah..


No comments: