kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

5/8/09

Bersabarlah Wahai Pejuang..



"KEJAYAAN SEMANIS MADU MEMERLUKAN PENGORBANAN SEPAHIT HEMPEDU"

"Berjuanglah kamu samaada ringan atau berat dan berkorbanlah dengan harta dan jiwa kamu di jalan Allah yang sedemikian itu adalah terlebih baik (kemenangan ) bagi kamu jika sekiranya kamu mengerti "

-Surah At Taubah:41 .


Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
-Surah As-Sof : 11, 12

Bersabarlah..

Kita semua telah mengetahui akan sejarah perjuangan Rasulullah dalam membawa jemaah yang di tindas ketika berada di bumi Mekkah pada ketika dahulu, akan tetapi dengan berkat kesabaran serta ketaqwaan dan sifat juang yang ditunjukkan oleh Rasulullah bersama sahabat-sahabat baginda yang lain akhirnya telah menatijahkan satu kemenangan yang
besar dalam Islam.

Apa yang perlu kita letakkan dalam diri kita selaku pejuang Allah ialah satu keyakinan yang tiggi bahawa sekiranya kita bersungguh-sungguh iltizam dengan perjuangn yang di bawa oleh Rasulullah ini pasti akan tiba satu masa nanti kemenangan atas musuh-musuh seperti mana yang telah dicapai oleh pejuang-pejuang sebelum kita. Apa yang pasti kemengan bukan mudah unutk dicapai pasti ada perit getir yang perlu kita lalui..

"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? " Al-Imran : 142


Ketahuilah bahawa sesungguhnya musuh Allah sentiasa akan merancang untuk menjatuhkan pergerakkan Islam, pasti ada sahaja tektik serta perancangan jahat yang mereka rencanakan bagi melihat akan kejatuhan Islam.. Ust Mustafa Masyhur meyebut dalam kitabnya Toriqud dakwah "sesungguhnya musuh-musuh Allah telah membuat tipu daya terhadap dakwah ini, mereka bersatu pada membuat pakatan untuk membinasakan generasi-generasi yang baru muncul, mereka menangkap, memenjarakan, menyeksa dan membunuh para pendukung dakwah" ternyata inilah realiti yang sedang kita hadapi sekarang.. Jangan gentar, jangan takut teruskan perjuangan kalian dalam menegakkan kalimatullah di muka bumi ini..

Ingatlah kata2 Syed Qutub dalam kitabnya "Maalim fi Toriq"

" Tiada Islam di dalam negara yang tidak dikuasai oleh Islam dan tidak berjalan di didalamnya syariat Allah.. Dan tiada negara Islam selain yang dikuasai oleh Islam dalam segenap urusan pemerintahannya syariat Allah.. Tiada negara Islam kecuali negara yang menghayati Islam, yang berkuasa di dalamnya program dan undang-undang Islam"

Membangun Bersama Islam...