kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

5/26/09

Berjaga-jaga




Perhatian kepada seluruh rakyat Malaysia di Zagazig khasnye dan di Mesir umumnya, sebentar tadi ( sekitar dalam waktu zohor ) rumah ana ( markaz DPMZ baru sahaja di chek atau di periksa oleh pihak polis Zagzig, bermula di markaz Indonesia ( bawah rumah ), polis meneruskan penyiasatannya ke rumah atas ( rumah kami )

Polis telah meminta kami memberikan kad pengenalan diri posport dan kad kuliah. seterusnya membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik, pelabagai soalan telah di tanya, antaranya :

- pernah menjemput arab memasuki rumah?
- ada tak arab bagi buku apa-apa?
- pernah tak mengikuti mana2 kumpulan arab?
- ada tak buku2 yang berkaitan politik mesir

Seterusnya pemerikasaan di buat di setiap rak buku, satu persatu buku di belek, di tengok mungkin mencari buku yang berkaitan dengan IM atau yang sewaktu dengannya. Setiap gambar yang tergantung juga di pertikaikan kehensemannya :P

Setiap komputer yang terbuka juga di geledah, satu persatu file di buka oleh polis berkenaan,juga berkemungkinan untuk mencari bukti2 sekiranya ada yang berkaitan dengan IM atau sebagaimnya.. Setelah hampir setengah jam kami diperiksa mereka beredar keluar.. ( polis datang bersama 2 trak polis )


SILA AMBIL PERHATIAN...

- PERBAHARUI TEMPOH PASPORT ANDA BAGI MEREKA YANG TELAH TAMAT TEMPOH.
- SIMPAN SEBARANG BUKU ATAU FILE DALAM KOMPUTER YANG ADA KAITAN DENGAN IM ATAU SEBAGAINYA
- JANGAN BENARKAN MANA2 ARAB YANG MENCURIKAN BERTANDANG KE RUMAH.
- PASTIKAN TIADA PERKUMPULAN HARAM DILAKUKAN DI DALAM RUMAH ANDA YANG TIDAK DIKETAHUAI OLEH MANA2 WAKIL PENGERUSI DPM ATAU YDP BAKAN..



1 comment:

wan said...

Slm. Terima kasih atas info dan peringatan tersebut...

"Setiap komputer yang terbuka juga di geledah, satu persatu file di buka oleh polis berkenaan,..."
Amnu Daulah tu pandai hack computer tak? mcm mana dia check komputer? kalau komputer tertutup maknanya oklah? :)
-malu bertanya sesat jalan-

minal auqaf, qaumiyyah.