kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

5/19/09

Arab Tremco yang Amanah




" sapa nak teman aku " bentak Zul kepada ku dan Nas.

Aku mengangkat kepala menjeling pada Nas, harapan ku agar Zul mengajak Nas untuk menemaninya, musim imtihan begini memang amat malas untuk aku keluar rumah. harapan aku hancur, rupanya Nas terlebih dahulu dapat menghidu tektik jahat aku sebentar tadi.
" dah anif anta jangan buat alasan, malas je gi teman Zul tu" huu pedas juga ayat nas ni
" baik tuan saya gi insyallah "


Sebenarnya Zul meminta kami menemaninya untuk berjumpa dengan seorang pemandu tramko ( van penagangkutan di Mesir) yang telah menjumpai beg duit kepunyaan Syam seorang mahasiswa Islam perubatan di bumi Zagazig ini. Dia telah tercicir sekitar sebulan yang lalu dan pada suatu hari Zul telah berjumpa dengan pemandu yang dikenali dengan nama Muhammad -arab semua nama Muhammad- dan memberitahu bahawa beg tersebut ada bersamanya..

Secara kebiasaannay apabila barang berharga kita ada bersama arab peratus untuk selamat adalah 20%, itu secara suuzzon la :) dan terdetik juga dihati ku " emh mybe tiggal beg duit je ni kot" Sangkaan ku ini berasaskan pengalaman ku kehilangan beg duit sebanyak dua kali, kali pertama RM900 selamat disedekahkan dan kali kedua ketika ku pulang ke malysia baru2 ini. Beg duit kembali ketanganku tapi hanya tinggal bau duit sahaja.. Huu memang Amanah langsung tiada di Malaysia. Duit orang haji pun habis di kebas inikan pula duit dalam beg duit..

" anip cepat arab tu tunggu dah kat depan salam"
"ok bereh" ku mempercepatkan langkah, bersama ku Zul dan Syam, kerana arab tu ingin melihat sendiri tuan empunya beg duit tersebut. Sekali lagi fikiran jahat ku berkata "ini mesti nak minta apa-apa kat Syam ni" Fikiran jahat ku ini juga berasaskan penglamanku yang lampau, di minta Rm 100 sekiranya aku ingin kembali beg duit aku huu.. Aku sempat memberi pesanan kepada Syam sekiranya beg tersebut dikembalikan nanti berilah apa pada arab tersebut sebagai tanda terima kasih.. Orang yang berbuat baik pasti akan dibalas dengan kebaikan..

Tiba sahaja di awal Salam pemandu tramco telah pun menunggu, kami di minta untuk naik tremco, lalu tremco bergerak, kami berpandangan, " arab ni nak bawa gi mana lak ni" " ya Am roh fin? ihna aiz hagah bitai bas ( wahai pakcik, nak gi mana? kami nak barang kami sahaja" kata ku..

"kamu naik je aku nak tanya dulu dengan kamu, mana tau kamu tipu ke" -setelah di terjemah :P
" baikalah".

"beg tu ada kat mana?"

" ada kat umah, nanti aku telefon zaujah aku minta di tunggu kat tepi kubri"
lalu dia terus call zaujah
" bagus juga arab ni"
kata ku pada Zul dan Syam

Bermulalah soal siasat yang panjang antara kami dan arab pemandu tersebut, bukan bertanyakan apa pun, sekadar mahu mengenali kami, dari segi pertanyaan dan tutur bicaranya aku rasakan dia seorang yang baik hati.

Apabila hampir dengan kubri -jambatan- kami melihat seorang perempuan bersama anaknya sedang menunggu, sampai sahaja di tepi perempuan tadi terus sahaj adia menghulurkan beg duit kepada Syam.

"betul itu kamu punya"
"naam, Alhamdulillah" syam mengucap syukur
" semua ada Syam?" tanya ku
" aa semua ada, duit pun ada sekali"
" takde hilang apa langsung? segenih ke? sepuluh ke?" tanya Zul
" takde, tak apa-apa yanghilang langsung"
" Allah Allah " terkejut aku mendengarnya, alangkah AMANAH nye pemandu ini, langsung tidak mengambil apa-apa walau barizah -satusen- sekalipun.. Lalu Syam menghulurkan dengan ikhlasnya sebanyak LE50 kepada Muhammad tadi.

Lihatlah sifat kejujuran dan amanah yang telah di tunjukkan oleh arab Muhammad, dengan sikap amanah tadi juga dengan senang hati Syam menghulurkan Le50 kepada arab tadi. Dengan berbuat baik pada insan lain pasti kita akan dibalas dengan kebaikan. Ini baru dari manusia, kita tidak tahu lagi imbuhan yang datang dari Allah, pasi 10 kali ganda atau lebih yang Allah akan berikan..

Lihatlah sejarah Nabi Junjungan Mulia kita Nabi Muhammad SAW, beliau telah di gelar Al-Amin kerana sifat amanah yang telah beliau tunjukkan pada masyarakat ketika itu. dengan sifat Amanah ini juga ramai dari kaum musyrikin tertarik untuk memeluk agama suci Islam..

Akan tetapi sifat Amanah kini kian hilang didalam diri manusia. Ini bertepatan dengan hadi nabi yang bermaksud " Daripada Huzaifah bin AI-Yaman r.a. katanya, "Rasulullah saw. pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw. memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah al-­Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, Ialu beliau bersabda, "Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa". Ketika Rasulullah saw. menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) Ialu menggilingkannya dengan kakinya.

"Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, "Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi."


"Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nashrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nashrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)". H.R Bukhari Muslim


Seterusnya kami dibawa minum haga sa'ah dan dihantar pulang ke Salam. Alhamdulillah kami mendapat pengajaran dari perjalan selama setengah jam ini. "Ingat!! Tidak semua arab pemamdu tramco ni jahat :D " kata ku pada Zul Azri


p/s : doakan esok kami exam Hadis :) Semoga kejayaan milik kita bersama