kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

4/26/09

Semangat Macam Ateh...



"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." As-Saff 10,11


"akum. kehadapan abang yang ku sayangi hi maafkan adinda krn x menghantar alng ke klia terima kasih ats pemberian ihklas Along mp4 tu kat Zaed insyAllah zaed akan buat lok2 spm nanti k alam"
mesej terakhir arwah ketika ku di KLIA


ALHAMDULILLAH.. BERKAT KESUNGGUHAN ATEH, ARWAH TELAH BERJAYA DALAM SIJIL PENILAIAN MENENGAH (SPM) DAN JUGA PADA PAGI TADI ( sabtu 25/4/2009) ARWAH TELAH DI ANUGRAHKAN DENGAN 3 ANUGERAH KECEMERLANGAN PERINGKAT SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KAJANG, SELANGOR..

1) PELAJAR TERBAIK SPM ( AOTOMOTIF )
2) PELAJAR TERBAIK SUBJEK TEKNIKAL

3) PELAJAR CONTOH TINGKATAN 5


Pemergian ateh sangat memberi motivasi pada diri ku, ia mengajar erti kesabaran, mengajar erti kasih sayang, mengajar erti kesungguhan, mengajar erti ta'abbud pada Allah dengan sebenar-benar ketaqwaan.. Alhamdulillah..

Kini ku semakin semangat untuk berhadapan dengan imtihan tidak lama lagi, kecemerlangan yang diperolehi oleh arwah ateh benar-benar memberiku semangat untuk turut serta melakar nama sebagai seorang insan yang tidak mempersia-siakan kepercayaan juga harapan mak abah, juga sebagai seorang pejuang yang akan memperjuangkan agama Islam insyallah..

Sejarah perjalanan sirah perjuangan Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi wasallam telah membuktikan bahawa setiap ujian yang dilalui dengan kesabaran pasti akan dianugerahkan dengan kegembiraan atau nikmat yang sangat berharga..

Kesedihan Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi wasallam di atas kematian zaujah tercinta Saidatina Khadijah juga datuk tercinta Abdul Muttalib telah digantikan oleh Allah Subhanahu Wataala dengan satu peristiwa yang mengembirakan iaitu perjalanan Isra wal Mi'raj nabi ke Sidartul Muntaha bertemu dengan Allah S.W.T.




Kepada diri ana juga kepada sahabat-sahabat yang akan menghadapi imtihan tidak lama lagi berusahalah bersungguh-sunguh sehingga ke titisan qalam takhir, selagi mana natijah imtihan tidak keluar di papan iklan selagi itu kita masih berpeluang untuk berjaya..

Apa yang terpenting ialah menjaga pertalian erat kita dengan Allah melalui cara menjauhi segala kemaksiatan, memperbanyakkan amalan, melazimkan Qiamullail dan sebagainya. Juga menjaga persaudaraan antara sahabat-sahabat, tidak menyakiti hati sahabat, tidak menyusahkan atau membebankan sahabat dengan pelbagai masalah..

Nabi saw bersabda: “Maukah kalian aku tunjukkan akhlak yang paling mulia di dunia dan diakhirat? Memberi maaf orang yang menzhalimimu, memberi orang yang menghalangimu dan menyambung silaturrahim orang yang memutuskanmu.” (H.R. Baihaqi)

Tiada yang dapat merubah diri kita melainkan diri kita sendiri yang mampu untuk merubahnya, hanya kita yang mengetahui sejauh mana kemampuan diri kita, hanya kita jua lah yang akan menentukan keberjayaan kita dalam sesuatu matlamat perjalan kehidupan.. If you fail to plan You plan to fail :)

"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri". (Ar- ra'd, 11)

Belajarlah.. tuntutlah ilmu.. kejarlah kejayaan... agar esok nanti kita dapat menjadi sebagai pembantu kepada agama Allah S.W.T, juga membantu pergerakan Islam dalam membina sebuah Khalifah Islamyah di dunia ini insyAllah..

Doakan diriku agar mampu untuk merialisasikan perkara ini aminnn

"Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. As-saff 14"