kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

4/22/09

"S" Yang Tersirat di Sebalik Pemergian


Sedih, Sedar, Sabar, Sayang, Study, Semangat, Success

Hari ini lengkap seminggu pemergian arwah Ateh menemui Rab Izzati. Alhamdulillah, pemergian yang tidak disangka ini memberikan seribu satu pengajaran dan semangat kepada diriKu untuk terus meniti saki baki kehidupan ini. Semoga roh Ateh ditempatkan bersama para solihin aminnnnn


"S" Yang Tersirat di Sebalik Pemergian



S
EDIH..

Siapa yang tidak
sedih apabila salah seorang ahli keluarga pergi meniggalkan kita, pasti air mata yang menjadi peneman sepanjang melalui ujian tersebut. Tapi adakah kita mesti bersedih sepanjang kehidupan kita sehingga terlupa akan tugas serta tanggungjawap kita? tidak sekali tidak..

Yang pergi tetap akan pergi, keluar air mata darah sekali pun yang pergi tetap tidak akan kembali, doa kita menjadi bonus bagi mereka yang telah pergi. kita yang masih berada di dunia ini yang perlu membuat perhitungan diri dari pemergian yang telah berlaku.

Kebanyak kita ber
sedih atas pemergian insan yang disayangi akan tetapi sedih hanya tingal sedih, kita tidak mengambil hikmah disebalik kesedihan tersebut. Tidakkah kita terfikir bahawa insan yang telah pergi sebenarnya adalah satu permulaan bagi melalui fatrah yang sebenar dalam kehidupan mereka? dan kita juga akan turut sama menuruti jejak mereka??

Ke
sedihan yang ada ialah bagaimanakah insan yang kita sayangi itu melalui kehidupan sebenar mereka di alam barzah? dan bagaimana pula keadaan kita yang semestinya akan turut serta melalui alam tersebut?

Sedihlah dengan keadaan diri kita, sedihlah dengan persediaan kita, sedihlah dengan amalan kita yang terlalu sikit untuk menemani insan yang telah pergi, sedihlah dengan kemaksiatan yang kita telah lakukan yang pastinya akan diberi pemabalsan pedih, sedihlah.... Yang pasti sedih sahaja tidak mencukupi akan tetapi kita perlukan...




S
EDAR..

Ya, kesedaran perlu ada dalam diri kita bagi melakukan menghijrahan dalam diri. Ramai yang sedih akan pemergian insan yang tersayang, akan tetapi ramai yang tidak
sedar bahawa dia juga akan turut serta melalui perkara tersebut.

Ada yang
sedar, tetapi buat-buat tidak sedar kerana merasakan masih terlalu awal untuk menzahirkan kesedaran tersebut, hanyut dengan kenikmatan duniawi, hanyut dengan perasaan remaja yang inginkan kebebasan, sedar bahawa perkara yang dilakukan salah disisi syarak, kaedah pemakaian,pergaulan yang tidak bertepatan dengan kehendak Islam, membuka aurat sesuka hati, akan tetapi sayangnya kesedaran hanya tingal kesedaran..

Ambillah mutiara daripada pemergian insan yang tersayang sebagai satu titik ke
sedaran kearah perubahan, mungkin ramai yang tidak pernah kehilangan insan yang tersayang, tapi janganlah menanti kehilangan insan tersayang baru kita tersedar, takut nanti kita yang menjadi penyebab kepada kesedaran insan lain, tika itu tiada masa lagi untuk kita sedar kerana kita sudah tidak akan sedarkan diri lagi..

Sedarlah wahai sahabat, saudara-mara, teman-teman bahawa kita juga akan menuruti jejak langkah Arwah Ateh..



SABAR..

"
Sabar itu separuh dari iman" "Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang bersabar" "Sabar hiasan sifat orang mukmin"..

Setiap insan yang mukmin pasti akan dihidangkan dengan ujian,kehidupan, dari ujian itulah kita akan mendapat mengetahui natijah tahap ke
sabaran serta keimanan kita. Kehilangan insan yang tersayang merupakan salah satu ujian kecil yang telah Allah berikan pada insan yang terpilih bagi menguji setara mana kesabaran insan tersebut..

Jikalau diperhatikan sejarah bermulanya penyebaran Islam di tanah arab, pasti kita sering mendengar akan kisah ke
sabaran nabi juga para sahabat dalam menyebarkan Islam..

Lihatlah sejarah sahabat nabi Amar, kedua ibubapanya telah diseksa dan dibunuh di depan mata semata-mata mempertahankan Islam. Alangkah tingginya tahap ke
sabaran Amar, kalau ingin dibandingkan kehilangan seorng adik dengan kehilangan ibubapa didepan mata dan dibunuh alangkah jauhnya tahap kesabaran mereka. Disebabkan ini kita perlu kuat dan semangat.. InsyAllah..

Dalam sebuah hadith Qudsi yang diriwayatkan oleh Bukhari menjelaskan bahawasanya Allah telah berfirman yang maksudnya: Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang tabah (
sabar), pada saat Aku mengambil sesuatu yang dicintainya dari ahli dunia, maka tidaklah lain pahala untuknya kecuali syurga.


SAYANG..

"Tidak beriman seseorang itu sehingga ia menyayangi saudaranya sepertimana ia menyayangi dirinya sendiri"

Cuba kita tanya pada sahabat kita, adakah mereka sayang pada ahli keluarga mereka? pasti jawapannya hanya satu "Ya saya sayang angat keluarga saya" kasih sayang adalah fitrah yang telah dicampakkan dalam diri setiap manusia, perindahkanlah kasih sayang itu dengan batas syariat..

Ketetapan ilahi perlu kita imani dengan sepenuh keimanan. Setiap yang baharu pasti akan musnah. Sayang pada bunga, bunga akan layu. Sayang pada kereta, kereta akan rosak. sayang pada manusia, manusia akan mati. Sayang pada adik,ayah,ibu, mereka semua pasti akan mati. Yang kekal hanyalah sayang pada yang Esa Allah s.w.t.

Adakah kita sayang pada Allah? lihatlah pada diri sendiri, berapa kali dalam sehari kita mengingati Allah? adakah kita melakukan segala perintah Allah? adakah kita meniggalkan segala larangan Allah? tepuk dada tanya iman...



SEMANGAT.. STUDY.. SUCCESS..

Study kuAT, kawin cepAT., kene semangAT... hii

Yang pergi tetap akan pergi dan tidak akan kembali.. Perjuangan tetap akan diteruskan.. Pemergian insan yang disayangi bukanlah satu pemutus harapan akan tetapi sebagai satu penguat semangat untuk membuktikan kita mampu buat yang terbaik dan success walau apa pun yang berlaku..

Imtihan akan tiba tidak lama lagi, study perlu dipertingkatkan, bak kata sahabat-sahabat "study biar lepak, result biar gempak" lepak-lepak juga tapi tidak sampai terus lepak melayan kehendak hati. Ingat harapan insan yang tersayang, ingat janji kita pada mereka..

Teori DUIT perlu dipraktikkan bagi mencapai successful. Doa perlu dipertingkatkan, mohon ibubapa mendoakan akan kejayaan kita di sini, berdoa semoga dipermudahkan segala urusan, mudah mengahfal, mudah mengingati pa yang dihafal, mudah memahami apa yang dibaca juga dipermudahkan menjawap soalan peperiksaan nanti..

Usaha perlu dipertingkatkan, lancarkan gerakan semaksima mungkin terhadap diri kita dalam menuju kearah kejayaan. Kerahkan segala tenaga memburu maumtaz.. Usaha tangga kejayaan..

Ikhtiar perlu ada dalam usaha yang dijalankan, jikalau perlu ada nota, siapkan nota secepat mungkin bagi memudahkan hafalan, lakukan study gropup dalam mata pelajaran yang memrlukan perbincangan, jangan tunggu sehingga sudah hampir tiba peperiksaan baru tergesa-gesa untuk menghafala atu sebagainya..

segala usaha dan ikhtiar telah kita lakukan, bertawakal pada Allah atas segala gerak kerja,penat lelah yang kita telah perjuangkan, insyAllah akan dibalas dengan kejayaan yang cemerlang.. Berusahalah..

"ateh, Along akan bersungguh-sungguh Insyallah" alfatihah untuk arwah Ateh :)