kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

4/10/09

Peranan Pemuda Dalam Menyampaikan Risalah Islam 2



Berkemungkinan ada pemuda di kalangan kamu yang ingin tahu, apakah di dalam konteks da'wah Islamiah ini kaum pemuda tidak seharusnya lagi meneruskan pembelajaran mereka! Malahan yang wajib mereka perjuangkan ialah membawa Risalah Islam dan menyampaikannya terhadap masyarakat?Jawabnya, TIDAK.

Malahan buat peringkat ini sasaran yang penting ialah pemuda-pemuda perlu melengkapkan diri dengan berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan yang berguna. Di samping itu, dan di masa masih di bangku sekolah, cuba-cubalah menyampaikan fahaman Islam yang sebenar kepada rakan-rakan sejawat, yang sebilik darjah, kepada keluarga di rumah, masyarakat, sahabat-handai dan jiran tetangga.

Cubalah berda'wah kepada mereka-mereka ini. Terangkanlah kepada mereka tentang hakikat Islam. Jelaskan kepada mereka setiap yang halal dan yang haram. Galakkan mereka melakukan kebaikan dan tinggalkan sebarang kemungkaran.



Di atas seruan dan harapan saya ini, kepada pelajar-pelajar semua, baik yang masih di bangku sekolah menengah mahupun yang telah menduduki pusat-pusat pengajian tinggi, saya harapseruan saya ini tidak bertentangan dengan pembelajaran anak-anak semua. Gunakanlah di masa-masa cuti dan di waktu kelapangan anak-anak bagi melaksanakan tugas da'wah Islamiah.

Mudah-mudahan dengan usaha dan tekun anak-anak itu, semuga Allah akan susuli dengan hidayat petunjuk-Nya kepada orang-orang yang anak-anak da'wahkan itu. Andai kiranya di atas usaha dan tekun anak-anak itu menyebabkan ada di antara mereka yang mendapat petunjuk, maka anak-anak inilah yang paling beruntung di muka bumi ini, mengikut apa yang telah dijelaskan oleh junjungan besar kita, Muhammad s.a.w.

Untuk menjadi seorang dai', wahai pemuda-pemuda Islam, maka perlulah kamu melengkapi diri kamu dengan akhlak yang mulia, berusaha menyampaikan da'wah Islamiah dengan uslub dan cara yang bijak, bersifat lemah-lembut seperti yang dilakukan oleh junjungan besar kita.

Mudah-mudahan setelah kamu benar-benar bersifat dengan sifat-sifat tersebut, maka layaklah kamu menjadi seorang dai' yang benar-benar berpengaruh, diterima oleh setiap golongan lapisan masyarakat. Dengan daya usaha beginilah akan tertegaknya kebaikan dan terhapusnyakemungkaran.


[Peranan Pemuda Di Dalam Menyampaikan Risalah Islam - Abdullah Naseh `Alwan]