kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

4/9/09

Pangkat,Jawatan Bukan Penghalang Dakwah..



Seorang pemuda atau pelajar Islam, yang berkecimpung di bidang da'wah sebenarnya masih ringan, kerana belum dibebani tanggungan keluarga, masih belum diharuskan mencari rezeki, dan masih mudah melangkah di jalan da'wah tanpa ada ikatan dan tekanan atau gangguan.

Tetapi apabila ia telah lulus dari sekolah atau pusat Pengajian Tinggi dan terikat dengan suatu pekerjaan atan menjabat suatu jawatan, mulailah dia merasakan adanya ikatan dan kewajipan-kewajipan tertentu pada jawatannya harus dijaga. Kemungkinan perasaan seperti itu mendorong untuk membatasi kegiatan da'wahnya dan mengurangi jihadnya, memperlambat kegiatan dan langkahnya di jalan da'wah. Dan ada kalanya bahkan langsung berhenti di tengah jalan dan tidak mahu meneruskan perjalanannya di bidang da'wah.

Jika dia tidak mempunyai iman yang teguh, aqidah yang mantap dan tekad yang kukuh, pastilah dia tidak akan mampu melintasi rintangan dan halangan itu. Kekuatan imanlah yang akan memudahkan dia meneruskan perjalanan da'wah Islamnya dengan penuh keyakinan bahwa Allah SWT yang menjamin rezeki dan yang menanggungnya.



Jawatan itu hanyalah satu alat untuk dipergunakan dalam mencapai dan merealisasikan cita-cita di dunia ini untuk mencapai keredhaan Allah. Oleh kerana itu wasilah (alat) yang tertentu tidak boleh diubah menjadi rintangan yang menghalangi untuk mencapai tujuan.

"Katakanlah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu kuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah kamu cintai lebih dari Allah dan Rasul-Nya dan (dari) bejihad di jalan-Nya, maka tunggulah sumpai Allah mendatangkan keputusan-Nya, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq." (AtTaubah: 24)


[Tariqud Da'wah - Utz. Mustafa Masyhur]