kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

4/13/09

Kami Sentiasa Di SisiMU Teman..







Kemanisan persahabatan


Maksudku dengan ukhuwwah (persaudaraan) adalah: Hati-hati dan ruh terikat dengan ikatan akidah. Ikatan akidah adalah ikatan yang paling kukuh dan mahal. Persaudaraan sebenarnya adalah persaudaraan iman dan perpecahan itu adalah saudara kepada kekufuran.


Kekuatan yang pertama kepada kita adalah kekuatan kesatuan, tidak ada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah adalah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah martabat `ithar' (melebihkan saudaranya dari dirinya sendiri).


Akh (saudara) yang benar dengan fikrahnya akan melihat saudaranya lebih utama untuk diberikan perhatian dari dirinya sendiri kerana kalaulah mereka tidak bersama dengannya pasti mereka akan bersama dengan selain darinya.



Sesungguhnya serigala akan membaham kambing yang kesesatan. Mukmin dengan mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan yang menguatkan antara satu sama lain. "Mukminin dan mukminat sebahagian mereka adalah pemimpin kepada sebahagian yang lain." Inilah situasi yang perlu kita wujudkan.


terjemahan : RiSaLaHtAAliM - Imam Hassan AlBann




----




Bersabarlah, Kami Sentiasa di SisiMu Teman..



Teman, Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, kenimatan yang yang kita kecapi lengkapkannya dengan tahmid sebagai tanda syukur pada yang maha memberi, kemaslahatan yang dihadapi perindahkannya dengan kesabaran sebagai penguat jiwa menjalani tarbiah diri.


Sahabat, bersabarlah.. Anggaplah ujian yang dihadapi sebagai satu proses untuk membina diri melengkapkan misi sebagai seorang pejuang yang dijanjikan syurga oleh Allah s.w.t.


Hilangnya sesuatu tidak bermakna kita hilang segala2nya, pasti dan yakinlah kehilangan tersebut sebagai satu ujian untuk meningkatkan kehebatan diri dan sekiranya kita berjaya pasti ganjaran penghargaan yang lebih baik akan dikurniakan,PASTI... percayalah..



Teman..


Kuatkan semangatMu, Tingkatkan keAzamMU, Perhebatkan JatidiriMu, Fokuskan MatlamatMU, Pastikan Mumtaz dalam GenggamanMu..


Ingatlah Teman, kamu TIDAK KESEORANGAN dalam menghadapai kekusutan ini, tolehlah kebelakang, lihatlah betapa ramai dari sahabat-sahabat yang lain bersama2 kamu.. kami sentiasa bersama mu sahabat...


Bersama kita menuju kemuncak destinasi... FIGHTING!!!!



-----