kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

4/4/09

Kami Sayang PMRAM



Alhamdulillah setelah hampir seminggu ana tidak post bagi mendapatkan jawapan daripada sahabat-sahabat mengenai soalan tag yang telah ana tujukan, akhirnya jawapan yang dapat ana simpulkan ialah KAMI SEMUA SAYANG PMRAM..

Seawal penubuhan PMRAM pada tahun 1930 sehingga kini, pelabagai rintangan dan halangan yang telah ditempuhi dan dihadapi oleh PMRAM. Menjadi lumrah kehidupan apabila terdapat satu pihak yang kuat serta berpengaruh akan cuba dijatuhkan oleh golongan-golongan yang berhati busuk, yang tidak senang akan keadaan tersebut dari terus berlaku. Pelbagai propaganda jahat cuba dilakukan, cubaan untuk mengharamkan PMRAM, mengaitkan PMRAM dengan parti politik, menubuhkan persatuan lain bagi menandingi PMRAM, menghalang pelajar dari mengikuti program PMRAM dan pelbagai lagi kerja jahat yang dilakukan terhadap PMRAM. Allah bersama orang-orang yang benar, Alhamdulillah segala kejahatan itu dapat diatasi dengan bijaksana oleh kepimpinan PMRAM denga kerjasama ahli PMRAM yang lain. Inilah KESATUAN yang telah lama dibina kuat serta jitu bagaikan satu binaan yang hebat tersenggam indah.




Berbalik pada jawapan yang telah ana terima hasil dari tag yang ana tujukan pada sahabat-sahabat, ana atertarik dengan satu ulasan yang diberikan oleh seorang pejuang PMRAM yang telah lama menaburbakti pada PMRAM, jawapan yang diringgi dengan linangan airmata membuatkan ana terasa alangkah manisnye berjuang dalam PMRAM yang meletakkan Islam sebagai dasar utamanya.
"ana amat sayang sayang pada PMRAM buktinya sehinga hari ini airmata ana masih mengalir mengenangkan perjuangan di dalam PMRAM" " orang yang cuba mengharamkan PMRAM bermakna dia cuba untuk mengharamkan gerakan yang ingin memperjuangkan islam" yaps itulah sebenarnya apa yang kita inginkan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir, tiada isltilah kalah dalam memperjuangkan islam yang menang mendapat kerahmatan yang mati mendapat syahid..


Malam tadi kami mendegar pembentangan oleh al-fadhil Ustaz Nazrul Nasir ( link blog ) didalam perbincangan kitab karangan Fadilatul Syekh Sa'id hawa berjudul
jundullah, di dalam perbentangan tersebut Ustaz ada menyatakan akan perkara memantapkan kerja amal di kalangan ahli PMRAM, PMRAM bukanlah milik Badan Pengurus PMRAM akan tetapi milik kita bersama..Maka tugas untuk mendatangkan keizzahan PMRAM itu terpikul di atas bahu semua ahli PMRAM. Cuba kita usahakan sepenuh tenaga pada suatu masa nanti insan-insan luar memandang PMRAM pada kehebatan ahlinya bukan sahaja pada kehebatan BP ataupun Presiden. Caranya ialah dengan kita memantapkan fikrah,ilmu serta amal kita semua, cuba antum bayangkan terdapat seratus insan seperti ust khairul nizam, ust Nazrul, Ust Kharul Anuar dan lain-lain pasti akan lahir satu generasi pelapis para ulama di negara kita Malaysia kelak insyallah.. yang penting pastikan gerakan bermula dari sekarang..


kesimpulan dari peristiwa yang berlaku tempoh hari bukanlah satu perkara yang baru, usaha untuk menjatuhkan PMRAM mengharamkan PMRAM bukan isu baru malah telah lapuk ditelan zaman sejak zaman tuk kaduk lagi.. Terdapat individu pro Umno yang membidas PMRAM di dalam blognya dengan mengatakan Muktamar PMRAM berada di tampuk lama dan lapuk, sebagai persoalan, adakah dia buta tidak melihat atau pekak tidak dapat mendengar serta tidak dapat memerhatikan di dalam perhimpunan UMNO sendiri lahir seorang mahasiswa yang kononnya intlektual bertahap PHD telah mengusulkan satu usul yang amat-amatlah lapuk.. fikir-fikirkan lah.. Sama bermuhasabah..