kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

4/15/09

Dia MilikNya



Ateh doa Along,Abah,Mak sentiasa mendampingiMu..

Assalamualaikum warahmatullah..

"Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar.
(Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu
kesusahan, mereka berkata:

"Sesungguhnya kami adalah
kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali.
Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan pelbagai
kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan
mereka itulah yang mendapat petunjuk hidayah-Nya."
(Surah al-Baqarah, ayat 156 - 157).


Pada malam tadi waktu Malaysia , adik ana telah pun kembali ke sisi yang Maha Pencipta setelah di masukkan di ICU Hospital Klang kerana diserang penyakit demam denggi dan jangkitan paru-paru serta buah pingang. Ternyata Allah lebih menyayanginya, dan kasih sayang Allah lebih mengatasi kasih sayang ana dan keluarga kepadanya. Dia telah meminjamkan seketika arwah kepada kami, dan kini Dia berhak mengambilnya kembali bila-bila masa sahaja.

Alhamdulillah jenazah arwah telah pun selamat dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran kampung.. al-fatihah

Terima kasih juga ana ucapkan atas sokongan dan doa dari sahabat-sahabat semua. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Sama-sama kita doakan agar Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan tenang di sana.aminn Al-Fatihah

Dari Ummu Salamah r.a., katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak seorang pun di antara orang-orang muslim yang ditimpa musibah, lalu dibacanya apa yang diperintahkan Allah: "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Allahumma ajurni fi musibati, wakhluf li khairan minha."

(Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya) nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya,

Ummu Salamah berkata lagi: "Semasa Abu Salamah meninggal dunia aku mengucapkan sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW kepadaku, lalu Allah Taala menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya) iaitu Rasulullah SAW.
"
(Hadis sahih riwayat Muslim)