kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

4/6/09

Binatang Pun Rajin Hanif oiii...



16 May 2009 Satu tarikh keramat yang agak menakutkan tiflu untuk ditempuhi, sebab apa? ha yang itu kita tak tau :) Dikatakan pada tarikh tersebut akan lahir seekor binatang yang akan membuat kerosakan di atas muka bumi ini lantas membunuh setiap jiwa yang hidup. Apakah binatang tersebut? ha itu yang kita tak tau :) ( inilah akibat pengaruh kawan2 yang menonton filem haa tak nak salahkan diri gak tu :P )

Sebenarnya pada tarikh tersebut dikhabarkan akan bermulalah imtihan bagi kuliah lughah di Zagazig ini. Bagaimana agaknya persedian tiflu? target ketika fasal satu yang lalu bersama teman seperjuangan ialah dengan memperoleh darajat Jayid Jiddan, emh berjayakah kami?? setelah berbual seketika kami rasa ada satu penyakit pada kami yang WAJIB akan akan merosakkan serta menidakkan perancangan kami untuk mendapat J.Jiddan pada tahun ini iaitu penyakit MALAS..

MALAS.. yap pasti ramai dari antum yang menghidap virus merbahaya ini kan.. Terkadang tiflu sering mengeluh sendirian "mengapalah malas sangat aku ni?", tetapi selalunya keluhan hanya tinggal keluhan, malas tetap bermaharajarela, tiada usaha yang cuba tiflu lakukan untuk menghilangkan sifat malas tersebut, tiada perancangan yang cuba tiflu aturkan bagi meniggkatkan kerajinan serta mutu pembelajaran tiflu, yang dilakukan hanyalah omong kosong serta proses membesarkan perut.. muhasabah diri...

Ya Allah Kami Memohon dari Mu Ya Allah Hilangkanlah sifat malas dan lemah dalam diri kami ini Ya Allah..Aminnn



* Ingat sokmo2 pesanan serta harapan mak abah
* nak ke tengok mak abah sedih sebab kegagalan aku disini??
* ingat lah tanggungjawap aku sangat besar pada masyarakat bila pulang nanti, kalau kat sini dah main2 bagaimana agaknya bila aku pulang nanti??
* agak2 la aku rasa seronok ke bila time result keluar aku tengok result aku rasib??

"Berusahalah sedaya yang MAMPU. Kerana kita akan akan TAHU bila kita MAHU" kata2 Akhi Mustaqim..



Kalau binatang pun rajin mengapa aku mesti malas??



Lihatlah Semut..

"(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari" An-Naml 18

Banyak yang boleh kita ambil sebagai motivasi diri dari semut kejadian agung Allah ini. Kalau dilihat dari segi kerajinan seekor semut sudah pasti kita akan berasa malu dengan sifat malas yang ada pada kita, semut2 ini tedak berhenti-henti bekerja siang dan malam, tidak mengenal erti letih dalam mencari serta mengumpul makanan bagi menyara hidup ratu mereka.

Prof Harun Yahya dalam karangannya ada menyebut "
Telah disebutkan bahwa semut hidup berkoloni dan di antara mereka terdapat pembagian kerja yang sempurna. Jika diteliti, kita dapati sistem mereka memiliki struktur sosial yang cukup menarik. Mereka pun mampu berkorban pada tingkat yang lebih tinggi daripada manusia. Salah satu hal paling menarik dibandingkan manusia, mereka tidak mengenal konsep semacam diskriminasi kaya-miskin atau perebutan kekuasaan."

satu lagi sifat semut yang jarang ada pada diri manusia lebih2 lagi dalam fatrah imtihan ini ialah berkongsi maklumat.. ramai daripada kita yang suka membuat nota atau ada yang mendapat nota dari doktor kuliah akan tetapi enggan untuk berkongsi bersama teman-teman yag lain..

Cuba kita contohi sifat semut yang sangat prihatin terhadap teman mereka, Semut memiliki tingkat pengorbanan diri yang sangat tinggi dan, karenanya, mereka selalu mengajak teman mereka ke setiap sumber makanan yang ditemukan dan berbagi-bagi makanan tersebut. bagaimana dengan kita?? contohilah semut...




Lebah


"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir" An-Nahl 68,69


Pasti ramai yang sudah mengetahui akan kelebihan lebah. Ya lebah lah satu2 nya binatang ciptaan Allah yang dapat mengeluarkan madu yang sangat berkhasiat pada manusia, banyak faedah yang dapat kita ambil dari madu hasil dari sifat rajin lebah..

Lebah bukanlah seekor bintang yang mempunyai jisim yang besar seperti gajah, bukanlah binatang yang gagah perkasa seperti singa akan tetapi lebah ialah sejenis serangga kecil yang lemah akan tetapi amat berbisa dan amat bermanfaat. Kesungguhan serangga kecil ini terbang dari satu bunga ke satu bunga untuk menyedut setiap madu yang ada, hasilnya dapat mengumpul satu bongkahan besar sarang yang penuh dengan madu sehingga dapat memberikan manfaat pada manusia..

Dala sesuatu kelompok, lebah dapat dibahagikan kepada tiga kasta, iaitu:

  • lebah ratu; lebah betina boleh bertelur
  • lebah pekerja; lebah betina tidak boleh bertelur; dan
  • lebah jantan.

Setiap jenis lebah mempunyai tugas masing-masing.

Ratu lebah mengawal keseluruhan kegiatan koloni lebah. Badannya lebih besar kerana pada peringkat larva ia diberi makan jeli raja yang kaya dengan khasiat Tugas utamanya ialah bertelur. Lebah ratu yang aktif mampu bertelur kira-kira 2,000 biji sehari. Jangka hayat ratu lebah ialah 3 tahun.

Lebah pekerja (betina) mengumpul debunga dan manisan yang kemudian akan ditukarkan menjadi madu (oleh lebah pekerja) untuk lebah ratu dan anak lebah. Ada juga lebah betina yang bertugas membersihkan sarang dan menjaga anak-anak lebah. JADILAH SEPERTI LEBAH..




labah-labah


"Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan" Al-angkabut 41


lelabah juga sejenis serangga yang kecil yang tidak bermaya, akan tetapi ia juga terkadang memberi faedah pada manusia. Pasti ramai yang telah mengetahui akan sumbangan labah-labah dalam sejarah penghijrahan nabi Muhammad S.A.W. Dengan pertolongan dari sarang labah-labah orang musyrikin menyangka gua tempat nabi Muhammad bersembunyi tiada penghuni..

Emh kalau kita manusia yang ada akal menghalang perjalanan dakwah manusia maknanya teruk lagi dari binatang.. Fikir2lah...

Sifat rajin labah-labah yang perlu kita ikuti ialah sifat tidak putus asa yang ditunjukkan oleh
labah-labah dalam membuat sarang. Sekiranya sarang labah-labah musnah ia akan terus membuat sarang yang lain, oleh sebab itu sawang-sawang yang terdapat di umah kita walaupun baru sahaja di buang pasti akan ada balik dalam masa beberapa hari..

Begitulah kita jangan mudah putus asa dalam belajar, tiada perkara yang mudah untuk diperolehi, inginkan kejayaan pasti kesusahan yang perlu ditempuhi terlebih dahulu..
Tanpa usaha mimpi tidak akan menjadi kenyataan...