kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

4/24/09

Bermanis Muka lah..



Imtihan bakal tiba tidak lama lagi, satu perkara yang sering terjadi ketika musim peperiksaan ini ialah pergolakan rumah tangga di antara ahli bait :) . Percaya atau tidak itulah yang sering berlaku, pada ketika ini masing-masing menumpukan sepenuh masa pada imtihan dan apabila stress melanda diri, pasti sahabat tersalah sedikit pun boleh menimbulkan perselisihan nauzubillah..


Di antara sifat-sifat yang boleh membukakan hati orang ramai kepada pendakwah dan menjadikannya dapat diterima dan dimesrai ialah sifat manis muka dan manis tutur kata dalam apa situasi sekali pun.


Muka adalah menjadi petunjuk pada seorang pendakwah, menjadi cermin yang melantunkan apa yang tersemat dalam lubuk hatinya. Kiranya beliau bermasam muka, keadaan itu menunjukkan beliau seorang yang sempit dada dan mudah keluh-kesah tetapi kiranya beliau seorang yang sentiasa bermuka manis, keadaan ini akan membayangkan kebaikan.


Wajah yang manis bukanlah bererti kecantikan dan keindahan paras rupa, kerana boleh jadi paras rupa cantik tapi tidak terdapat padanyakemanisan. Sebaliknya boleh jadi paras wajah yang hodoh tetapi ia penuh dengan kemesraan dan keriangan.


Seorang pendakwah mestilah membiasakan diri berwajah cerah sekalipun beliau terpaksa melatih dirinya berbuat demikian. Beliau juga mestilah membiasakan dirinya sentiasa tersenyum walaubagaimanapun keadaannya yang menderita dan menekan.


Kejayaan seorang pendakwah tersembunyi pada kemampuannya menyesuaikan diri dan menguasainya, bukan sebaliknya. Beliau juga mestilah mampu mengawal dirinya pada semua keadaan yang dilaluinya. Beliau mestilah bijak memilih perkataan supaya sesuai dengan tempatnya.


ini bukan pendakwah yang dimaksudkan ek :P


Sesetengah para pendakwah yang keluar menghadapi orang ramai dengan senyum yang melimpah di muka mereka sedangkan di dalam hati mereka merendam dukacita dan permasalahan yang Allah sahajalah yang mengetahuinya.


Jikalau kita melihat para duat lain yang tidak mampu menguasai diri mereka berdepan dengan masalah yang kecil, kita dapat melihat kesannya dengan jelas pada wajah mereka juga melalui tindak-tanduk mereka, pada waktu itu kita merasakan seolah-olah kitalah yang telah melakukan kesalahan terhadap mereka.


Muhasabah khas untuk diri ana yang terkadang tidak mampu untuk mengawal riak muka ketika marah..


Contoh teladan


Di ceritekan terdapat seorang pendakwah yang sering memberikan ucapan di hadapan orang ramai di kampung-kampung di Mesir, beliau telah meninggalkan anaknya di Kaherah dalam keadaan sakit tenat. Sedang beliau berucap salah seorang dari keluarganya telah masuk ke dalam dewan syarahan dan menghampiri pentas dan menyerahkan secebis kertas, setelah beliau membacanya beliau lalu meneruskan ucapannya seperti biasa dan dengan para hadirin tidak dapat melihat sebarang kesan.


Setelah beliau selesai dari ucapannya beliau terus menjawab berbagai soalan dengan jiwa yang

lapang dan dada yang luas. Kemudian orang ramai terkejut apabila mereka mengetahui bahawa cebisan kertas yang diberikan kepadanya tadi membawa berita tentang kematian anaknya yang sakit tenat itu.


Alhamdulillah dapat berita pemergiaan Ateh bukanlah ketika tengah mengajar pada waktu tu, selepas sejam pemergian ateh baru abah hantar mesej, sekiranya dapat berita ketika ana tengah mengadakan perbincangan agak-agak dapat ke jadi macam syekh ni??




Rujukan : Konsep Penguasaan Dalam Kehidupan Dakwah dan Pendakwah - Utz. Fathi

Yakan