kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

3/2/09

Arak tidak haram..tapi.....


islam beauty Pictures, Images and Photos

Salam kesejahteraan kepada seluruh umat manusia yang beriman kepada tuhan yang Esa Allah Subhanahu Wataa'la, selawat dan salam atas junjungan besar, penghulu, kekasih kita insan yang terpilih lagi mulia Nabi Muhammad Sallallah Alaihi Wasallam, juga keatas ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat dan para pengikut ajaran yang di bawa oleh baginda keseluruhannya..

Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa ana mengatakan bahawa arak tidak haram. Ya, sekali lagi ana menta'kidkan dakwaan ana bahawa arak tidak haram, malah ana menambah lagi kenyataan ana dengan mengatakan bahawa darah,dadah juga tidak haram.. dan ia juga tidak halal.. :)

Mengapakah ana begitu berani mengatakan sedemikian? adakah ini fatwa baru atau ada ajaran baru yang mengatakan arak tidak haram?

Baiklah, pertamanya ini bukanlah satu ajaran baru atau ajaran sesat yang menghalalkan perkara yang haram serta mengharamkan perkara yang halal atau satu fatwa pesong dari mana-mana ulama
.

Tetapi ianya sebagai satu ilmu yang berkaitan dengan istilah yang diguna pakai dalam perbahasan ilmu feqh.. dan perlu diketahui bagi mereka-mereka YANG MENUNTUT ILMU.. bagaimana??

quran lantern Pictures, Images and Photos

* HUKUM (mengikut istilah ulama' feqh) ADALAH SETIAP KHITAB ALLAH YANG BERKAITAN DENGAN PERBUATAN ORANG YANG MUKALLAF DENGAN TUNTUTAN ATAU PILIHAN


Khitab Allah : iaitu kalam Allah ( Al-Quran ) perkara yang berkaitan dengan khitab Allah juga kalam Nabi Muhammad S.A.W, ini kerana wahyu Allah dapat dibahagikan kepada dua bahagian pertama: wahyu Matlu, wahyu yang dibaca iaitu quran dan kedua: wahyu ghair matlu, wahyu yang tidak dibaca iaitu hadis nabi Muhammad S.A.W.. Termasuk juga dalam khitab Allah ialah ijma' ulama iaitu persepakatan seluruh ulama' mengenai seuatu hukum..


Perbuatan mukallaf : iaitu segala perbuatan yang bersangkut paut dengan manusia yang telah dipertanggung jawapkan dengan hukum hakam iaitu insan yang telah baligh aqil. budak kecil atau orang gila tidak di kira mukallaf kerana terlepas dari taklifan mukallaf..


Maka perlu difahami di sini, yang dinamakan dengan hukum ialah setiap
perbuatan yang dilakukan oleh manusia yang mukallaf..


* maka adakah arak ialah satu perbuatan?? arak ialah sesuatu
benda cecair yang boleh memabukkan, maka "benda" tidak termasuk dalam hukum samada haram mahupun wajib :) alaisakazalik.. begitu juga dadah,darah dan benda2 lain..
benda haram Pictures, Images and Photos
Oleh itu, jisim arak itu sendiri tidak haram akan tetapi perbuatan meminum, membuat, membeli, menghidangkan arak dan yang sebagainya itulah yang dinamakan haram :)




Perlu kita ketahui bahawasanya dalam ilmu usul feqh, ia telah menentukan istilah yang tertentu bagi sesuatu perbuatan mukallaf yang telah diikat dengan sesuatu hukum..

Membezakan istilah bagi perbuatan melakukan perbuatan dengan hukum melakukan perbuatan tersebut..


HUKUM TAKLIFI..

1) Wajib

perbuatan : perbuatan melakukan solat disebut sebagai
wajib (الواجب)
hukum : hukum menunaikan solat adalah
wujub (الوجوب) atau ijab الإجاب

2) haram

perbuatan : perbuatan melakukan amalan maksiat seperti munum arak disebut sebagai
haram,mahzur محظور
hukum : hukum melakukan minum tersebut disebut
hurmah الحرمة atau tahrim التحريم atau hazor الحظر

3) sunat

perbuatan : perbuatan bersugi disebut
mandub المندوب
hukum : hukum bersugi disebut
nadbu الندب

4) makruh

perbuatan : perbuatan makan petai atau bawang di sebut dengan
makruh المكروه
hukum : hukum melakukan perbuatan makan petai tersebut dipanggil
karahah الكراهة

5) harus

perbuatan : perbuaatan melakukan perkara yang harus seperti minum air disebut mubah المباح
hukum : hukum melakukan perkara tesebut disebut ibahah الإباحة


solat Pictures, Images and Photos


Jikalau sebelum ini pasti ramai yang mengatakan hukum mencuri adalah haram, tapi yang sebetulnya bagi pendapat ulama' usul feqh ialah hukum mencuri adalah hurmah manakala perbuatan mencuri tersebut adalah haram :)

Istilah yang telah diletakkan oleh ulama' usul feqh ini bukanlah sebagai perkara yang sia-sia atau perkara yang menyusahkan akan tetapi sebagai satu penerangan kepada manusia bahawasanya bukan mudah untuk kita mengeluarkan sebarang hukum hakam tanpa kita mendalami sesuatu ilmu tersebut.

Bukan seperti zaman sekarang, hanya belajar ilmu sedikit sudah bisa mengharamkan segala perbuatan manusia, itu salah ini salah.. Perlu diteliti terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sesuatu hukum.. :)


p/s : ( perlu perhatian ) istilah ini hanya perlu diketahui bagi mereka yang menuntut ilmu, tapi bagi kebiasaan masyarakat awam khususnya di malaysia ianya tidaklah menjadi masalah mengunakan istilah yang telah biasa digunakan :) xde msalah pun :d


tulisan ini juga perlu dikritik sekiranya terdapat kesalahan dari segi penyampaian :)