kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

3/18/09

5 syarat utk buat maksiat


allah Pictures, Images and Photos

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim Bin Adham. Dia berkata,

"Wahai Aba Ishak! selama ini aku gemar melakukan maksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Iibrahim berkata,

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

"Apakah syarat-syarat itu wahai Aba Iishak?"

Ibrahm bin Adham berkata,

nasihat Pictures, Images and Photos

"Syarat yang pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata,



"Dari mana aku makan? Bukan kah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekiNya, sedangkan kamu melanggar larangany-Nya?"

krisis makanan Pictures, Images and Photos

"Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau kamu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuatkan lelaki itu terkejut separuh mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya.

"Wahai Abdullah, fikirkanlah, Apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar," kata lelaki iti. Dia kemudian menanyakan syarat yang ke tiga. Ibrahim menjawab,

nasihat Pictures, Images and Photos

"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat bersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata.

"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya! Kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelali itu mengangguk dan meminta syarat yang ke empat. Ibrahim melanjutkan,

kubur Pictures, Images and Photos

"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'ketepikan kematianku dulu. Aku amsih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar,

"Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memnuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahwa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalau bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"



"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibarhim pun menjawab,

"Wahai Abdullah, kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke apu neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya,"

Perkataan tersebut membuatkan lelaki itu insaf. Dia berkata,

"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.."

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.

"Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.



Allah Pictures, Images and Photos
Ada empat hal yang mengangkat kedudukan seseorang kepada darjat yang tertinggi walaupun amal dan ibadahnya sedikit, iaitu:
  • sifat penyantun
  • merendah diri
  • pemurah
  • budi pekerti yang baik
Itulah kesempurnaan Iman:Abul QAsim Al-Junaid.