kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

2/20/09

-KEraNa Agama, KItA tERciPTA-

Align Center

zhidunk Pictures, Images and Photos

islam Pictures, Images and Photos

Bismillahirrahmanirrahim

Maha suci Allah yang telah memanjangkan usia kita semua dan umur Tiflu sendiri pada hari ini.Alhamdulillah, asykurulillah.


Teringin Tiflu tanyakan kepada diri kita semua, adakah ada perkara yang lebih mulia dariapa Agama KITA? Jika ada antara kita yang mengatakan bahawa adanya perkara lain yang lebih tinggi dari Agama , maka wajiblah ke atas dirinya untuk kembali memeriksa imannya sekali lagi.


Kenapa sememangnya tiada jawapan yang lebih tepat dari mengatakan bahawa Agama lah perkara yang paling utama dalam kehidupan kita. Kerana, kita diciptakan kerana agama Islam dan berkhidmat juga untuk memelihara Islam itu sendiri.




Firman Allah:

شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدِّينِ مَا وَصَّى بِهِ نُوحاً وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى وَعِيسَى أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ

Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama ap
a yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama {AsSyura:13}





Dapat kita lihat, sejak dari perutusan Nabi Nuh alaihisslaam sehingga nabi Musa, Isa dan Khatimul Anbiya;, tidaklah diutuskan mereka melainkan demi agama dan untuk menegakkan Islam di muka bumi.



Islam Pictures, Images and Photos

Kita Dicipta Untuk Agama


Maka tujuan terciptanya kita adalah untuk menegakkan Agama, dan ini sebagai permulaan..:

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفاً فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا

Maka hadapkanlah dirimu ke arah agama yang jauh dari kesesatan; Fitrah Allah yang menciptakan manusia untuk menerimanya;

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ الْقَيِّمِ
Maka hadapkanlah dirimu (wahai Muhammad) ke arah Agama yang betul
{ArRum:30&43}

Jadi, kita sememangnya dicptakan untuk agama kita, Islam. Dan tidak ada yang lebih mulia dari agamaku. Oleh itu, Tiflu ingin menyeru kepada agama kita semua, menyeru kepada Allah, firman Allah Taa'la:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحاً وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata:?Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?{Fushilat:33}

Firman Allah Taa'la lagi:

ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ

Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat dan nasihat pengajaran yang baik, dan bahaskanlah mereka secara yang baik; {AnNahl:125}


Juga Allah telah berfirman:

قُلْ هَـذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَاْ وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللّهِ وَمَا أَنَاْ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Katakanlah: Inilah jalanku, aku menyeru kepada agama Allah atas bukti yang nyata. Aku dan orang yang mengikutiku; Maha Suci Allah, dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.{Yusuf:108}

islam Pictures, Images and Photos



Maka adakah ada yang lebih mulia dan tinggi daripada seruan dan dakwah kepada Allah? Tiflu yakin bahawa sesungguhnya jawapannya adalah TIDAK ada.

Wahai saudara saudariku sekalian, Allah telah berfirman di akhir surah Al Haj(77):

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.

Maka kita semua yang sedang menyeru kepada" kebaikkan", meskipun nanti kita tidak mendapat apa-apa faedah dan keuntungan sekalipun dari dakwah kita itu. Seperti mana kisah Musa Alaihissalam ketika peristiwa malam Isra' dan Mi'raj, ketika mana baginda telah berkata kepada nabi Muhammad Salallahualaihi wassalam,

"Apakah yang telah difardhukan Allah kepada UMAT mu wahai Muhammada?"

Baginda menjawab:"Lima puluh waktu solat"

Musa berkata:"Kembalilah kepada tuhanmu dan mintalah padanya agar dikurangkan, kerana sesungguhnya umat mu tidak akan mampu melakukannya".[Shahih al-Bukhari, hadis no: 349]

islam Pictures, Images and Photos


Maka berlanjutanlah peristiwa pengurangan waktu solat sehinggalah akhirnya telah difardhukan lima waktu sahaja kepada kita umat Muhammad.

Sesungguhnya Nabi Musa telah berbuat kebaikkan dan telah menyeru kepadanya walaupun dia tidak mendapat apa-apa faedah daripadanya. Maka muslim yang sebenar-benar muslim itu amat suka kepada kebaikkan dan melakukan kebaikkan kepada semua manusia, biarpun tiada apa yang diperolehi daripada kebaikannya itu. Maka apakah yang lebih tinggi dan mulia daripada menyeru dan berdakwah kepada Allah dan petunjuk umat Islam?

Mari kita lihat bangunan -bangunan dan rumah-rumah yang terbina megah , mencakar langit dengan bentuk yang sungguh gah. Tetapi ini semua tidak dapat menandingi ketinggian dan kemulian seorang insan yang berbuat kebaikkan dan menyeru kepadanya. Kerana apa? Kerana pahala amalan kebaikkan sahajalah yang kekal manakala semua material yang kita lihat sungguh hebat dan gah sama sekali tidak ada yang kekal.


Renungkanlah firman Allah Taa'la:

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً, وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيداً جُرُزاً

Sesungguhnya Kami jadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu sebagai tanah yang tandus.[AlKahf:7&8]


Juga firmanNya yang lain:

يَوْمَ تُبَدَّلُ الأَرْضُ غَيْرَ الأَرْضِ وَالسَّمَاوَاتُ وَبَرَزُواْ للّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ

Ingatlah hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan mereka berhimpun menghadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.[Ibrahim:48]

Maka apakah yang akan kekal? Amal soleh wahai saudara-sausaraku sekalian. Hanya AMAL SOLEH yang akan kekal .

Wallahua'lam.