kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

2/6/09

Jalinan Ukhwah objektif Rehlah







Alhamdulillah setinggi kesyukuran dipanjatkan keatas Rabbul Izzati atas rahmat kurniaanNya pihak
DPMZ dapat merialisasikan satu daripada agenda tahunannya iaitu Jaulah ke semenanjung Sinai bersempena cuti musim sejuk sedang yang sedang berlalu. Jaulah selama 3 hari ini memberikan satu impak yang amat berguna pada semua peserta yang hadir. Para peserta terdiri daripada mahasiswa pengajian agama dan juga mahasiswa perubatan. Ukhwah yang ditonjolkan oleh para peserta amat mengkagumkan, tiada langsung perasaan kekok atau malu-malu untuk berinteraksi di antara sesama mahasiswa perubatan dan pengajian islam, juga antara yang lama mahupun yang baru, inilah ukhuwah yang cuba kita terapkan bersama, semoga ianya dapat kekal hinga ke akhirnya insyallah....
Jalinan Ukhwah Objektif Rehlah..

Ukhuwwah islamayah adalah satu kurniaan yang Allah telah campakkan kedalam hati-hati hambanya yang ikhlas serta hamba-hambaNya yang bertaqwa, hal ini bersusaian dengan maksud dari firman Allah
"Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (al-Anfal 63)


Ukhwah juga adalah satu kekuatan keimanan diri yang dilahirkan dari perasan yang mendalam berteraskan kasih sayang, kecintaan, kemulian serta mendahului orang lain dalam segenap perkara.. Sabda Nabi Muhammad yang bermaksud
"tidak beriman seseorang dari kamu sehinggalah dia mencintai sahabatnya sebagaimana ia mencinta dirinya sendiri" HR Bukhari Muslim" "sesunguhnya orang-orang mukmim itu bersaudara"(Al-Hujrat 11) Di sepanjang perjalanan rehlah ini terdapat satu tragedi yang dapat menzahirkan ukhwah antara para peserta, ia dinaqolkan dari kalam pengarah program Ustaz Taufiq Salehudin mengenai peristiwa kehilangan satu google milik kedai arab ketika aktiviti snorkeling diadakan, setelah berbincang, semua peserta sebulat suara menyatakan kesangupan mereka untuk mengumpul duit bagi mengantikan google yang hilang tanpa meletakkan kesalahan pada mana-mana individu tertentu..







Ukhwah yang berteraskan keimanan adalah ukhuwwah yang betul-betul sejati, persaudaraan yang diasaskan berdasarkan kepentingan tertentu tidak akan mendatangkan keberkatan serta keteguhan dalam perjuangan, hal ini lambat laun akan menghancurkan perasaan ukhwah yang telah diterapkan, ia pasti akan menimbulkan perbalahan atau permusuhan dikalangan manusia yang lebih mementinkan tujuan duniawi berbanding keteguhan iman dalam diri. Perkara ini dapat dibuktikan dengan fenomina yang sedang berlaku hari ini, menusia sering bermusuhan akibat harta, kerana wanita persahabatn sangup diabaikan.. Nauzubillah. "Pada hari itu ( hari kiamat) sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh). Az-zukheruf 67)" Para peserta saling bantu membantu ketika ekspedisi mendaki bukit tursina dijalankan, menanti dengan penuh sabar sahabat yang keletihan, terdapat juga dikalangan peserta yang tidak mempunyai kewangan akan tetapi telah dibantu sepenuhnya oleh sahabatnya dalam setiap urusan..inilah sifat seorang sahabat sejati berteraskan ukhuwwah islami..Tahniah!! "Nu'man bin Basyir r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit"







Serendah ukhuwwah berlapang dada, ithar setinggi-tingi tahap bersaudara

Imam Hassan Al-Banna berkata:

"Aku maksudkan dengan ukhuwwah ialah "hati dan jiwa ditautkan dengan aqidah" "Aqidah ialah ikatan yang paling kuat dan paling berharga. Ukhuwwah adalah saudara bagi iman. Perpecahan adalah saudara bagi kekufuran. kekuatan yang paling ampuh ialah kekuatan kesatuan. Tiada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah ialah kesatuan hati ( terhadap saudara seislam) dan yang paling tingi ialah ithar ( mengutanakan orang lain dari diri sendiri) Allah subhanahu wataala berfirman yang bermaksud "dan sesiapa yang dipelihara oleh Allah pada kebakhilan dirinya, mereka itulah orang yang beruntung"

saudara islam yang sebenar, memandang saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri, kerana jika ia tidak bersama mereka nescaya ia tidak akan besama orang lain manakala jika mereka tidak bersamanya mereka akan bersama orang lain, sesunguhnya serigala itu memekan kambing yang terpisah jauh. seorang mukmin yang dengan saudara mukmin yang lain ibarat sebuah bangunan yang saling menguat santara satu sama lain..

Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w telah bersabda: Ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya. Hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan Allah. Golongan tersebut ialah pemimpin yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya, seseorang yang hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid iaitu sangat mencintainya dan selalu mendirikan sembahyang berjemaah, dua orang yang saling mengasihi kerana Allah iaitu keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah......