kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

2/9/09

Fahami Prinsip Kefahaman..



"Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Al-Maidah 3:3"

Faham, ikhlas, amal, jihad, tadhiyah, taat, thabat, tajarrud, ukhwah, thiqah. Begitulah sepuluh rukun bai'ah yang telah digariskan oleh imam Hassan Al-Banna kepada setiap insan yang bergelar pejuang islam. kesepuluh garisan panduan rukun ini perlulah dihadamkan selumat2nya oleh setiap pejuang yang berada di bawah naungan payung pejuang islam..yaps selumat-lumatnya agar tiada yang menjadi katak siam..

Yakin sekali diri ini bahawa sahabat-sahabat pasti ramai yang sudah khatam serta memahami akan sepuluh rukun tersebut, sekadar ulangkaji bagi insan yang sering lupa ini dan juga sebagai ilmu tambahan bagi sahabat yang masih belum pernah mengetahui..

Kefahaman adalah aspek yang paling terpenting dalam sebuah perjuangan, tanpa kefahaman pasti akan hadir kekecewaan dalam perjuangan..
"seseorang yang faqih itu lebih ditakuti oleh syaitan berbanding seribu orang abid"

Umar Abdul Aziz pernah berkata
" sesiapa yang beramal tanpa pengatahuan lebih banyak merosak berbanding mengelokkan"

Persoalan yang pernah ditimbulkan, bagaimanakah dengan martabat keihlasan? manakah yang perlu diutamakan terlebih dahalu antara faham dengan ikhlas? kalau kita perhatikan dalam
awail kebanyakan kitab-kitab hadis, ulama' mendahulukan akan hadis yang berkisarkan keihkhlsan.Manakla Imam pula mendahulukan faham berbanding ihklas. Sebagai jalan yan terbaik, kita berjalan seiringan dengan kedua-dua perkara ini, setiap gerak kerja yang dijalankan berdasarkan kefahaman yang betul beserta niat hati yang ikhlas kerana Allah..

"kefahama yang sahih merupakan cahaya yang dicampakkan oleh Allah kedalam hati para hambaNya, yang membezakan antara yangbaik dan buruk, antara yang hak dan batil, petuntjuk dan kesesatan, penyelewengan dan kebenaran" Imam Hassan Al-Banna

Kefahamam yang sahih mestilah bersandarkan kepada dua puluh prinsip yang telah di gariskan oleh Imam antaranya :-

1)
Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan.

Ia adalah daulah dan tanahair ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan. Ia adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun keilmuan dan kehakiman. Ia juga adalah kebendaan dan harta ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Sebagaimana juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita. Isi-isi Kepentingan memahami Islam yang syumul Dalil-dalil kesyumulan Islam dari Al-Quran.

Bahaya memahami Islam secara silap (orang buta dengan gajah) Bentuk-bentuk penyelewengan dalam memahami Islam dalam masyarakat dan kesannya. Sekularisma dan bahayanya. Mutakamil Islam. Kesemua aspek kehidupan Islam tersebut telahpun disebut oleh Al-Quran.


2)
Al-Quran yang mulia dan sunnah yang suci adalah rujukan kepada setiap muslim dalam mengetahui hukum-hukum Islam.

Al-Quran difahami dengan mengikut kaedah bahasa Arab dengan tidak mengikut sikap memberatkan dan terlalu memudahkan. Kefahaman kepada sunnah yang suci adalah dengan merujuk kepada rijal-rijal hadis yang thiqah.

ikhlas adalah syarat amalan diterima. Penentu kepada betul dan salah ialah Al-Quran dan Hadis. Jaminan tidak akan sesat siapa yang berpegang dengan keduanya. Bahaya terlalu menyukarkan/membincangkan suatu yang tidak perlu atau terlalu mempermudahkan dalam memahami Al-Quran.

3) Iman yang benar, ibadat yang sahih dan mujahadah mempunyai cahaya dan kemanisan yang diberikan oleh Allah kepada hati-hati hamba yang dikehendakiNya. Manakala ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi tidak boleh dijadikan sebagai dalil hukum syariah.

tiga ciri yang sekranya dimiliki oleh seseorang nescaya ia akan dapat merasai kemanisan iman: -ia mengasihi allah melebihi dari yang lain
-ia mengasihani seseorang kerana Allah
-ia benci kepada kekufuran sepertimana ia benci dirnya dicampakkankedalam api neraka..

4)
Setiap tangkal, jampi, pelindung, tilikan (tahu dimana barang tersembunyi), tenung, pengakuan mengetahui perkara ghaib dan semua yang seumpama dengan perkara ini adalah termasuk dalam perkara mungkar yang wajib diperangi; kecualilah jika ianya adalah daripada ayat al-Quran atau jampi yang ma'thur

"Dengan yang demikian, tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayatNya. Sesungguhnya orang-orang yang berdosa itu tidak akan berjaya. " Yunus 13

Imam As-Syatibi berkata : Ulam telah bersepakat mengatakan bahawa harusnya jampi serapah ktika wujudnya tiga syarat berikut : - hendaklah mengunakan kalamullah - Dengan bahsa arab yang difahami maksudnya - hendaklah diyakini jampi tersebut bukan terkesan dengan zat nya akan tetapi degan kekuasaan Allah..

5) Pendapat Imam(ketua) dan naibnya pada masalah yang tidak ada nas atau pada perkara yang mempunyai banyak andaian dan pada masalah 'masolih mursalah'; hendaklah dipakai selagimana ia tidak bertentangan dengan kaedah syarak.

Pandangan ini kadangkalanya berubah dengan perubahan situasi, uruf dan adat. Asal dalam perkara ibadat adalah mengabdikan diri tanpa melihat kepada rahsianya. Sedangkan asal dalam perkara adat pula hendaklah dilihat kepada rahsia-rahsia, hikmat dan tujuannya.



6) Setiap orang boleh dipakai ataupun ditolak kata-katanya melainkan kata-kata orang yang maksum iaitu Rasulullah SAW. Setiap perkara yang datang dari para salafussoleh r.a. yang bertepatan dengan kitab Allah dan sunnah hendaklah diterima. Jika tidak bertepatan dengan nas, maka nas al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW adalah yang lebih utama untuk diikuti.

Tetapi kita tidak sekali-kali mengutuk dan memburukkan seseorang dari mereka kerana perbezaan pandangan mereka. Kita serahkan semuanya kepada niat masing-masing kerana mereka telah memberi saham dengan apa yang telah mereka lakukan


7) ijtihad dalam mencari dalil hukum Islam yang furu' hendaklah mengikut kepada pegangan salah seorang dari Imam-imam mazhab Islam.

Menjadi elok lagi kepadanya ketika mengikut mazhab itu jika ditambah dengan usaha yang sedaya upaya untuk mengetahui dalil-dalilnya. Dia hendaklah menerima segala petunjuk yang disertai dengan dalil jika diyakini kesahihan dan kebolehan orang yang memberikan petunjuk itu.

Dia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada pada dirinya sekiranya dia dari kalangan ahli ilmu sehinggalah dia sampai kepada peringkat Ahli-Nazar (mampu memahami hukum dari sumbernya)

8) Perselisihan pendapat dalam perkara furu' fekah tidak sepatutnya menjadi sebab kepada berlakunya perpecahan di dalam agama, juga janganlah ia membawa kepada perbalahan dan kemarahan antara satu sama lain.

Setiap mujtahid ada pahalanya. Tidak ada halangan jika dilakukan pengkajian ilmiah secara bersih dalam masalah yang diperselisihkan ini jika dilakukan dalam suasana kasih mengasihi kerana Allah dan bantu membantu untuk sampai kepada suatu hakikat dengan syarat tidak membawa kepada perbahasan cara buruk dan perasaan taasu
b

9) Melarutkan diri ke dalam masalah yang tidak membawa kepada amal adalah antara takalluf (memberatkan) yang dilarang oleh syarak.

Di antara masalah seperti itu adalah seperti banyaknya cabang dalam hukum-hukum yang belum berlaku, membahaskan makna ayat al-Quran yang masih tidak diketahui oleh akal pengetahuan dan perbincangan melebihkan antara sahabat-sahabat r.a dan pertentangan yang berlaku antara mereka.

Setiap dari sahabat ada kelebihan bersahabat dengan Rasulullah SAW dan kesemuanya dibalas bergantung kepada niatnya. Membincangkan perkara boleh membawa kepada perselisihan yang buruk akibatnya.

10) Mengenal Allah Taala, bertauhid kepadaNya dan membersihkanNya dari sebarang kekurangan adalah akidah Islam yang paling mulia.

Mana-mana ayat dan hadis sahih yang menceritakan sifat Allah dan penyerupaan yang layak denganNya, kita beriman dengannya sepertimana datangnya ayat itu tanpa takwil dan ta'til. Kita juga tidak mencampurkan diri kita kepada perkara yang diperselisihkan oleh ulamak mengenai perkara ini. Kita hanya mengikut apa yang diredhai oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda.

Firman Allah yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama berkata: "Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan Kami"

11) Setiap perkara bid'aah dalam Agama Allah yang tidak ada asalnya walaupun dipandang elok oleh orang ramai dengan nafsu mereka tidak kira samada dengan menambahkan ataupun mengurangkannya, semuanya adalah perkara sesat yang wajib diperangi dan dihapuskan dengan cara yang terbaik yang tidak membawa
kepada perkara yang lebih buruk dari itu.


12)
Perkara bid'ah tambahan dan pengurangan serta iltizam dengan ibadat yang mutlak adalah antara masalah fekah yang masih diperselisihkan.

Setiap ulamak mempunyai pandangan yang tersendiri. Tidak menjadi halangan jika kita mencari kebenaran dengan dalil dan bukti.

Pembahagian bid'ah :

1) Bid'ah Haqiqiyyah - Bid'ah yang tiada dalil syara' dari kitab, sunnah dan ijma'. juga tiada dalil yang muktabar dari ulama' samada secara umum atau khusus.

2) Bid'ah Idafiyah - mempunyai dua pembahagian 1. hampir dengan bid'ah hakikat sehinggakan bid'ah ini hampir-hampir di anggap hakikat 2. jauh dari hakikat sehingga hampir dianggap sebagai sunnah semata-mata

3) Bid'ah Al-takriyyah seseorang meniggalkan sesuatu yang dihalalkan pleh syra kerana berpeganng kepada agama. Seakan-akan ia mngharakan sesuatu yang telah dihalalkan oleh syara'..

Imam Assyahid menetrapkan katagori ini termasuk dalam perkara khilaf fikhi. dengan ini, tiada tegahan untuk membincangkan permasalahan yang termasuk dalam ketagori ini, beserta dalail dan bukti di bawah naungan mahabbah dan persaudaraan..

13) Mencintai, menghormati dan memuji orang-orang yang soleh kerana amalan kebaikan mereka adalah satu pendekatan diri kepada Allah Taala. Wali-wali Allah ialah orangorang dimaksudkan oleh Allah sebagai orang yang beriman dan mereka bertaqwa kepadaNya.

Perkara keramat berlaku kepada mereka dengan syarat yang syar'ie dengan menganggap bahawa mereka tidak mempunyai kuasa memudaratkan atau memberikan manfaat untuk diri mereka sendiri di kala hidup atau mati apatahlagi dapat memberikan perkara seperti itu kepada orang lain.

"Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang. " al-Maidah 55,56

14) Menziarahi mana-mana kubur adalah perkara yang disyariatkan tetapi hendaklah dengan caranya yang ma'thur.

Namun begitu, meminta pertolongan, memanggil orang mati (walaupun siapa dia), meminta tunaikan hajatnya darinya secara dekat ataupun jauh, bernazar kepada mereka, membina perkuburan dan menerangkan kubur mereka, menyapu-nyapunya, bersumpah dengan selain dari nama Allah dan sebagainya adalah perkara bid'aah yang merupakan dosa besar yang wajib diperangi.

Sabda nabi yang bermaksud
" Sebelum in i aku menegah kamu menziarahi kubur ( tapi sekarang ) ziarahlah kubur, kerana (menziarahi kubur) boleh membuatkan kamu zuhud terhadap dunia dan meniggatkan akhirat" hadis riwayat ibnu majah..

15) Doa kepada Allah yang disertai dengan tawassul dengan seseorang dari makhluk adalah termasuk dalam masalah khilaf furu' dalam masalah cara berdoa dan ia bukannya dari masalah akidah.

16) Uruf yang salah tidak akan menukarkan hakikat lafaz syariat bahkan kita wajib memastikannya dari hudud makna yang dimaksudkannya dan berhenti di situ.

Begitu juga wajib kita berjaga-jaga dari tertipu dengan kata-kata dalam setiap aspek perkara dunia dan juga agama. Yang diambil kira pada sesuatu ialah apa yang dinamakan dan bukan nama-nama yang diberikan.

Sabda nabi yang bermaksud
"Akan ada satu puak dari umatku yang cuba menghalalkan arak dengan menamakn dengan nama yang lain" hadis riwayat ahmad.

17) Akidah adalah asas kepada amalan dan amalan hati adalah lebih penting dari amalan anggota luar.

Mencari kesempumaan dalam keduanya (amalan zahir dan hati) adalah dituntut oleh syarak walaupun terdapat perbezaan derjat tuntutan ini.

"Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; (demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya) dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah meyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya); dan (ingatlah) Allah Amat segera hitungan hisabNya. " an-Nur 39

18) Islam telah membebaskan akal dan menggalakkan supaya memerhatikan alam ini. Islam juga telah mengangkat taraf ilmu dan ulamak dan mengalu-alukan apa yang baik dan berfaedah dalam setiap perkara.

Hikmat (wisdom) itu adalah barang yang hilang dari mukmin dan sekiranya dia menjumpainya, maka dialah orang yang paling berhak dengannya.

"Dan apabila dikatakan kepada mereka" Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara ugama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)" al_Baqoroh 170

19) Kadang-kala pandangan syarak dan pandangan akal membicarakan bidang yang sama tetapi keduanya ini tidak mungkin akan berselisih dalam perkara yang pasti(qat'ie).

Hakikat ilmiah (sains) yang sahih tidak sekali-kali akan bertembung dengan kaedah syarak yang telah tetap. Perkara yang dzan (belum sampai tahap pasti 100%) pada keduanya perlu ditakwilkan agar bertepatan dengan perkara yang qat'ie.

Jika keduanya adalah perkara yang `dzon', maka pandangan syarak adalah lebih patut dipakai hinggalah perkara aqli tersebut bertukar menjadi thabit atau akan terbubar.

20) Kita tidak akan mengkufurkan orang muslim yang mengikrarkan dua kalimah syahadah, beramal dengan tuntutannya dan mengerjakan fardhu-fardhunya semata-mata kerana pandangan ataupun maksiat yang dilakukannya

Kecualilah jika dia mengakui dengan perkataan kufur, mengingkar perkara yang tersangat maklum asas agama, ataupun mendustakan al-Quran yang jelas, atau mentafsirkannya dengan tafsiran yang tidak dapat diterima oleh gaya bahasa Arab, ataupun beramal dengan amalan yang tidak boleh ditakwil lagi selain dari kufur.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud " Mana-Mana lelaki yang berkata kepada saudaranya " wahai kafir" maka kekafiran itu tetap akan terkena keapda salah seeorang dari keduanya"