kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

2/10/09

Amanat Tuan Guru..


ucapan beliau ketika berforum di dataran Asyir Mesir..

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil maka sampaikanlah berita yang mengembirakan mereka, dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Mereka itulah orang-orang yang telah rosak amal perbuatannya di dunia dan di akhirat, dan mereka tidak akan memperoleh sesiapa pun yang dapat memberi pertolongan." al-Imran 21,22


Yang berhormat pengerusi majlis, yang dikasihi ahli2 yang berhormat anggota rombongan ahli parliman, rakan2 yang menyertai rombongan, seluruh pimpinan, abnai wa banati litolabah wattolibat,


Pertama2 marilah kita menyedari bahawa kita berada dalam suasana- nabi kita muhammad s.a.w, kita melihat ayat2 al-Quran yg di wahyukan tidak mati dngn wafatnya nabi muhammad saw.. islam ini penganutnya yang dihentap begitu rupa tidak boleh dihapuskan sekali-kali, di sinilah kita melihat besarnnya peranan penuntut-penuntut ilmu agama dan besarnya peranan mereka yang menuntut ilmu dalam segala bidang ilmu duniawi yang bersam a dgn kefahaman dan kesedaran Islam, setelah kita melihat islam di belasaah dizalimi, islam dipecah, dibelah, dihancurkan dgn cara yang begitu rupa, umat Islam dipisahkan oleh semangat nasionalisma yang memporak perandakan mereka.

Golongan yang bangkit meneruskan cita-cita Islam dizalimi dan dianiaya, pendokong gerakan Islam habis mati dibunuh, yang dibuang negeri, dipenjara, disusahkan kehidupannya, kalangan pelajar ditekan dan ditindas dgn pelbagai cara, seolah orang yang berpegang dengan Islam laksana berpegang dengan bara api, kita melihat keadaan yang lebih dasyat, darah yang mengalir di Iraq, mengalir di Afgnistan,mengalir di Mendanau, di Petani di Checnya dan akhirnya mengalir di Gaza Kesakitan yang diaalami dan darah mengalir itu tdk boleh membunuh cahaya Islam, apa yg berlaku adalah kesakitan dan darah yang keluar dari ibu yang mengandung yang akan melahirkan anak - berjayalah mereka yang bersama Islam, celaka dan guri ah mereka yang teragak2 untu bersama dengan islam.. "Dan jika sekiranya kamu berpaling daripada menuanaikan kewajipan menunaikan islam ini, tuhan akan tukarkan kaum yang lain daripada kamu ( untuk menegakkan islam) dan mereka tidak seperti kamu..

Islam di hentam, sehinggakan menghilangkan kuasa pemerintahan, tidak ada negara yang melindungi islam yang tinggal hanya hukum hakam yang dipelajari, akidahnya yang dipertahankan, akhlaknya yang tertanam dalam diri muslim, penjajah telah berjaya memecahkan tanah air islam, setalah hilangnya pemerintahan di awal abad yang lalu melalui perjanjian – perjanjian yang memisahkan negeri-negeri Islam di Asia Barat. Ada negeri yg dijajah oleh British, oleh Prancis, dijajah oleh Itali, perjanjian Bangkok dan Pengkulu membahagikan Asia Tengara ini di bawah penguasaan Budha, Inggeris dan Belanda, tidak padan mereka menakluk tanah air umat islam setelah mereka mengalami penentangan yang hebat dari umat islam seluruh, berdepan dengan senjata yang moden dan janggih, umat islam tidak mudah menyerah kalah, mereka mnyedari di sana ada punca kekuatan umat islam iaitu adalah ajran islam itu sendiri, lalu dilancarkan serangan bentuk baru, serangan pemikiran untuk memisahkan umat islam daripada agama mereka dengan mengunakan senjata sekularisma yang telah berjaya menghancurkan penganut agama Kristian, bukan sahaja penganut agama asal yang di bawa oleh nabi Isa Alaihissalam yang telah diselewengkan, agama yang lemah ini dibelasah apabila tidak mampu berdepan dengan pengaruh politik di barat, paderi yang telah menyeleweng bertembung dengan kuasa pemerintahan yang zalim, akhirnya paderi menyerah kalah, dibuat peraturan memisahan antara gereja dan istana ataupun politik dengan agama, dalam masa yang sama dunia barat yang menimba tamadun Islam di dalam bidang sains dan teknologi, mereka mengambil ilmu dari umat islam tanpa mengambil Islam, kalangan ahli-ahli sains yang pulang ke Eropah mencetuskan revolusi industri yang mengejutkan paderi-paderi yang berpegang dengan agama yang tidak - dengan tamadun dunia menyebabkan dilakukan segala pemisahan di antara agama dan dunia dan ilmu pengetahuan, maka lahirlah fahaman sekularisme barat, sekularisme yang dijadikan senjata oleh Zionis menghancurkan umat Eropah dengan dimasukkan fahaman ini ke dalam Revolusi Perancis, Revolusi di England, di Amerika, di Soviet Union dan lain-lain, digunakan ke dalam dunia islam untuk melumpahkan umat Islam tetapi agama Islam bukan macam agama Kristian, bukan sahaja penerimaan perintah Allah s.w.t, kesempurnaan agama Islam itu sendiri menolak sekularisme, Islam tetap mengatasi ajaran-ajaran yang lain daripadanya.