kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

1/8/09

SEMANGAT!! Kita Hanya Berhadapan Kertas Exam, Mereka Berhadapan SYAHID!!!


Setelah tragedi berdarah di Gaza pada Awal Muharam 1430 yang lalu, kedatangan wakil Malaysia telah pergi ke sana dan bertanyakan bantuan apakah yang dapat disumbangkan namun tahukah jawapan yang diberikan..? Difikirkan pasti sekian-sekian bentuk bantuan yang akan diminta dan boleh disalurkan namun jawapan yang diberikan, Pergilah kamu pulang ke tanah airmu. Didiklah anak-anakmu sebaik mungkin agar jika kami semua sudah tiada untuk mempertahankan bumi Palestin ini maka nanti adalah dikalangan kamu(saudara seislamku) bangun ke medan juang ini dan mempertahankan sehabis kudratmu, Duhai sahabatku, Mereka di sana mati berdiri, mereka berjuang biarpun habis batu dan kayu mereka lemparkan! Walaupun dengan hanya itu yang mereka mampu lakukan. subhanallah...

Ketika posting ini ditulis bilangan terbaru para syuhada yang telah terkorban dalam menentang kafir israil laknatullah untuk hari yang ke 13 telah meningkat ke angka 710 dan yang tercedera meningkat ke angka 3100.. Ya Allah kau bantulah pejuang2Mu di Palestin dan hancurkanlah tentera-tentera Israel sehancur-hancurnya.. Mengikuti perkembangan dari laman Mini pavilion PMRAM ada melaporkan bahawa terdapat satu serangan yang datangnya dari selatan Lubnan. Serangan ini telah mengemparkan dua kawasan di Israel (Naharia dan Jalil) sekiranya serangan ini benar datangnya dari Lubnan ini sebagai satu petanda baik bahawasanya ada pihak yang berani tampil untuk membantu pejuang-pejuang Palestin, moga ia mendapat sokongan dari Negara-negara yang berhampiran.. Mesir?? Emh bukan nak mengata tapi sampai ke hari ini sempadan Rafah-Gaza masih lagi disekat. Pihak dari Pesuruhjaya Tinggi untuk Pelarian (UNHCR) melaporkan mereka masih belum menerima apa-apa respon dari Mesir untuk membuka laluan.. Ya Allah kau bukalah pintu hati insane-insan yang degil ini..

Imtihan akan berlansung kurang dari 48 jam dari saat ini.. persedian ana juga kurang memuaskan hati, banyak lagi bait-bait syair yang perlu dihafal dan juga di fahami..Sejarah Peradaban Andalus dan Abasiyyah serta sasteranya memang satu madah yang bukan mudah untuk di skor, ramai sahabat seperjuangan yang tergolek,terpelanting juga tercabut otak mereka untuk memahamkan apa yang ingin dimaksudkan oleh pensyair..Apa-apa pun kami wajib untuk terus berusaha. Jika di perhatikan kata-kata yang disampaikan oleh pejuang palestin di atas dapat kita ambil sebagai satu semangat untuk kita terus berusaha.. Ya kita tidak mampu untuk pergi ke Palestin membantu mereka, kita juga tidak mampu untuk terbang ke sana membantu mereka, tidak mampu untuk mengangkat senjata bersama-sama mereka menentang Israel, jadi kita harus berusaha bersungguh-sunguh menuntut ilmu, menimba setiap mutiara ilmu tidak kira di mana kita berada untuk kita membina satu kekuatan yang sangat kental bagi membantu mereka berjuang memapertahankan islam apabila ketiadaan mereka nanti..

Adakah ana sudah mengaku kalah? Tidak bersemangat? Malas nk menghafal? Sedangkan ana hanya berhadapan dengan kertas ujian, berhadapan dengan murakkib yang sewajibnya akan menganggu penumpuan ana dalam imtihan?? Wahai Muhammad hanif Lihatlah pejuang-pejuang di Palestin, mereka berhadapan dengan senjata,berhadapan dengan kematian, ledakan bom di merata-rata tempat, serangan datang dari segenap penjuru udara,lautan juga daratan, mereka berhadapan dengan pelabagai rintangan, lihatlah adakah mereka telah futur? Adakah mereka sudah hilang semangat? Adakah mereka lari bertempiaran kerna ketakutan?? TIDAK SESEKALI TIDAK!!! Mereka terus menentang, terus menghalang, tetap dengan perjuangan mereka walau mereka mengerti bahawa nyawa mereka pasti akan diragut tapi dalam hati mereka hanya ada Alla,hanya ada Islam..

Ingatlah perjuangan tetap akan diteruskan walau dimana anda berada.. berusahalah bersungguh-sunguh untuk mencapai kecemerlangan, selagi ada masa selagi itu kita mempunyai waktu untuk berjaya..Allah akan memberikan sebanyak mana kita berusaha insyallah.. Dikesempatan ini juga ana ingin memohon jutaan kemaafan kepada seluruh insan yang mengenali jiwa yang hina ini, seandainya ada tersalah kata, terkasar bahasa, terlanjur bicara, tertarik telinga, tercuri selipar, ter ter ter belaka harap dapat dimaafkan..doakan kejayaan ana dan kita bersama insyallah..

KEJAYAAN MILIK KITA BERSAMA..