kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

1/12/09

Sedarlah Umat Islam..

Alhamdulillah selesai sudah imtihan paper ke2 ( bahas balaghi ) doakan semoga kita semua najah. Ana bersama 2 sahabat lain (soleh,mustakim) agak terlewat untuk menghadirkan diri ke dewan peperiksaan, alhamdulillah kami masih sempat untuk mendaftarkan diri untuk masuk ke dewan pepereksaan. Soalan pada hari ini tidak sesukar 2hari yang lalu alhamdulillah.. Semangat dari sahabat sebelah (mursyid) "Fighting!! meningkatkan lagi keyakinan, melihat soleh dan mus khusyuk mengarang makin meningkatkan lagi semangat untuk terus berjuang..Doakan kejayaan kami agar dapat naik ke tahun akhir tahun depan..Amin...Insyallah

Revolusi yang dialami oleh bangsa arab di semenanjung tanah Arab dari berbagai puak yang sering bersengketa antara satu sama lain, terasing dari realti sejarah, sering dipandang hina dari segenap pelusuk negara jiran kerna kemundurannya, kepada satu ummah yang amat dihormati dan digeruni merupakan satu situasi atau fenomena yang amat menakjubkan, impak maksima ini telah merubah sejarah dunia, satu demi satu kuasa dunia tunduk dan akur dengan kehebatan islam, para pembesar yang dulunya angkuh dengan kehebatan mereka tumbang rebah ke tanah, persengketaan perbalahan antara puak-puak di satukan dengan islam, lahirnya seorang insan mulia ke bumi ini beserta cahaya islam telah membentuk revolusi sejarah baru dunia,maka tidak hairanlah sekiranya nama junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W tersenarai sebagai orang no satu paling berpengaruh di dunia karangan Michael H.Hart..


Penerimaan islam bertitik tolak daripada penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W ke bumi barakah Madinah, sejarah penghijrahan ini telah mencetuskan satu era baru dalam perkembangan islam di serata dunia. Perkembangan ini telah tersebar bagaikan arus deras merempuh kuasa-kuasa besar dunia, kedatangan islam juga telah dilihat sebagai satu bahtera penyelamat kepada umat keseluruhan alam, memulaikan insan-insan yang dihina,meninggikan martabat wanita, memerdehkakan hamba-hamba yang beriman, menyebarkan cahaya keimanan menerangi kegelapan hina umat jahiliyah.


Umar al_khattab pernah berkata : “kita dahulunya adalah satu kaum yang hina dina, lalu Allah memuliakan kita dengan islam”


“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)”al-Hujrat 13


Disebabkan fenomena yang amat menakjubkan ini, musuh islam bertanya-tanya akan kekuatan yang terdapat pada islam, setelah dikaji, diselidik, diteliti, kepastian kekuatan yang sebenar terletak pada keimanan kepada Allah S.W.T. Jihad berteraskan iman menghasilkan kekuatan yang hakiki. Berperang mengunakan senjata akan menatijahkan kekalahan, bertempur mengunakan tenaga pasti kegagalan menjadi hasilnya. Apa yang harus kami lakukan? Bermulalah episod perpecahan dalam islam, garakan dakyah kuffar bermula, mereka menumpukan serangan dari sudut pemikiran, menjaja fahaman keserata dunia, merosakkan akhlak jiwa umat islam denganunsur-unsur yang pelabagi. Kejatuhan khilafah Abasiah,turki Usmaniah, Andalus semua akibat dari perpecahan yang berlaku, umat islam berbalah kafir laknatullah bersorak kemenangan, serangan pemikiran kami sudah berjaya.. Inilah rialiti sebenar yang berlaku pada umat islam kini. Lihat peperangan di Palestin sudah hari yang ke 17 ( 11/1/2009) usaha diplomasi hanya berjalan tanpa menatijahkan apa-apa, Palestin tetap diserang, semakin hari semakin ganas, bermula dengan serangan udara beralih ke serangan darat juga laut, bermula serangan biasa beralehke serangan beracun serta berangkai tapi negara-negara arab tetap senyap..inilah kesan daripada perpecahan yang berlaku.. Angka kematian para syuhada semakn meningkat, terbaru jumlah kematian menigkat 906 syuhada dan 4117 lagi cedera.. benarlah sabda nabi yang bermaksud daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang­orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". H.R. Abu Daud




DR. Sa’aduddin Al Sayyid Salih menyebut dalam bukunya antara objektif sebenar disebalik dakyah kafir laknatullah ini ialah :

1) Menghapuskan islam dalam jiwa orang-orang islam. Perkara ini jelas dapat dilihat dalam kenyataan yang pernah dibuat oleh seorang tokoh misionari Amerika iaitu Padri Zwimmer yang pernah menyampaikan syarahannya di al-Quds pada tahun 1928 : Wahai para pahlawan dan rakan sekalian yang difardukan jihad ke atas mereka demi ketinggian agama kristian dan penjajahannya keatas dunia Islam. Sesunguhnya anda semua telah menyampaikan risalh (kristian ) yang diamanahkan oleh andadengan begitu kesan sekali.. sesunguhnya tugas Kristianisasi yang dipikulkan kepada anda oleh Negara-negara kristian untuk dilaksanakn kenegara Muhammad bukanlah terbatas kepada memasukan mereka kedalam agama kristian, maka ia merupakan satu hidayah dan kemuliaan bagi mereka, tetapi tugas anda sekilian ialahmengeluarkan orang islam dari islam itu sendiri agar menjadi makhluk yang tidak lagi mempunyai hubungandengan Allah”

2) Menghapuskan perpaduan dunia islam. Perkara seperti ini sedang berlaku di saat ini, sering berbalah antara satu sama lain, menyebarkan fitnah ( ha part ni paling rasa panas hati )

3) Percubaan Menyekat penyebaran Islam

4) Menyemaikan perasaan mudah mengalah dalam jiwa orang islam. ( tak terasa ke??? )

5) Khidmat yahudi antarabangsa. Gerakan kristianisasi memainkan peranan penting sebagai langkah merampas Palestin dari tangan orang-orang Islam dank emudiannya menyerahkannya kepada yahudi.untuk tujuan itu para misionari telah membuka 27 pertubuhan di Palestin sahaja. Pertubuhan-pertubuhan inilah yangbertanggung jawap membantu yahudi menyampaikan matlamat mereka. Markaz-markaz Kristian yang ditubuhkan di palestin berusaha mematikan roh islami dari jiwa-jiwa orang-orang Islam..


Lihatlah bertapa buruknya hasad mereka terhadap islam, patuttlah Israel laknat itu menyerang Palestin tanpa rasa bersalah, tanpa rasa balas kasihan, “BORN TO KILL” itulah slogan moto hidup mereka agaknya..Sudah 17 hari Palestin diserang, sudah bertambah angka yang terkorban dan semakin ramai juga yang sudah tidak ambil cakna dengan perkembangan Palestin, “HANGAT-HANGAT TAIK UNTA” (besar sikit) ketika mula-mula Palestin diserang ramai yang menyahut seruan akan tetapi lama kelamaan, hari demi hari mungkin mereka sudah bosan dengan berita Palestin ini ( muhasabah untuk ana) ..Ayuh bangunlah sahabat-sahabat, kita bersama memberi sokongan penuh pada pejuang-pejuang Islam di Palestin Insyallah.. TAKBIR!!!