kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

1/6/09

Puasa Asyura membantu Palestin??




عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ

Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية رَوَاهُ مُسلِمٌ..

Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)

Dalam sedar tidak sedar sudah sepuluh hari kita memasuki tahun hijrah yang baru, dan dalam ketika ni juga sedng berlakunya peristiwa yang amat mencabar jiwa raga kita selaku seorang insan yang mengaku islam dan beriman pada Allah s.w.t, serangan daripada tentera dajjal yang zalim terhadap saudara seislam kita di Palestin makin menganas, kalau pada permulaan serangan dahulu mereka hanya mengunakan jet untuk membedil nyawa-nyawa suci rakyat Palestin tapi kini mereka menjadi lebih rakus dengan menyerang dari segenap penjuru, darat, udara mahupun laut. Lebih kejam lagi mereka telah mengunakan satu serangan senjata yang dilarang iaitu uranium. Huhh perkataan “senjata yang dilarang” amat menjijikan penulis , ini kerana perkataan itu seringkali diucapkan oleh kuncu-kuncu atau bahasa kasarnya “barua” kepada Israel, termasuk pemerintah negara yang sedang penulis duduki.. Penulis sempat melihat rakaman ledakan bom berangkai oleh helikopter apace yang ditayangkan oleh berita al-Jazera.. Sangat kejam dan tidak berperi kemanusian..Bilangan para syuhada terkini yang dilaporkan oleh Al-Jazera setakat ini ( jam 9.00mlm mesir ) adalah sekitar 640 dan bilangan yang cedera sekurang-kurangnya 2850.. Ayuh semua umat islam bangkitlah!!! Bersama2 kita berusaha membantu apa yang terdaya bagi menghancurkan Israel laknatullah ini.. Bantulah mereka dari sudut kewangan, Bantulah mereka dari sudut melumpuhkan ekonomi Israel dengan memboikot barangan Israel, Bantulah mereka dengan apa cara sekali pun kerna mereka sekekali tidak akan meredhoi kita sekiranya kita hanya berpeluk tubuh tanpa melakukan apa-apa…

Melihat kepada hadis yang tertera di atas, seperti yang kita semua maklumi dan fahami daripada maksud hadis tersebut bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W mengalakkan kita agar berpuasa pada hari yang kesepuluh Muharram iaitu dikenali sebagai hari Asyura..Hal ini kerana terdapt banyaknya kelebihan yang dapat kita nikmati sebagai ganjaran pahala yang Allah telah sediakan khusus kepada umat nabi Muhammad S.A.W tidak pada umat nabi lain. Antaranya ialah dengan berkat kita berpuasa pada hari tersebut Allah akan mengampunkan dosa kita setahun yang lalu ( dosa-dosa kecil sahaja, dosa-dosa besar hanya diampunkan dengan kita bertaubat pada Allah ) Sejarah permulaan hari asyura ini telah diterangkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas radiyallahu ‘anhu di dalam Shahih Bukhari


قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ المَدِيْنَةَ فَرَأَى اليَهُوْدَ تَصُوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاء فَقَالَ:ماَ هَذَا؟ قَالُوْا هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللهُ بَنِيْ إِسْرَائِيْلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَهُ مُوْسَى. قَالَ: فَأَناَ أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ. فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

“Tatkala Nabi Saw datang ke Madinah beliau melihat orang-orang Yahudi melakukan puasa di hari ‘Asyura. Beliau Shallallahu ‘alaihi wassalam bertanya, “Hari apa ini?”. Orang-orang Yahudi menjawab, “Ini adalah hari baik, pada hari ini Allah selamatkan Bani Israil dari musuhnya, maka Musa ‘alaihissalam berpuasa pada hari ini. Nabi Saw bersabda, “Saya lebih berhak mengikuti Musa dari kalian (kaum Yahudi). Maka beliau berpuasa pada hari itu dan memerintahkan ummatnya untuk melakukannya”. HR Al Bukhari

Sejauh manakah puasa Asyura ini dapat membantu umat islam di Palestin??

Dari Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka doanya tidak ditolak” Berdasarkan hadis yang disampaikan oleh junjungan besar Nabi Muhammad di atas dapat kita fahami bahawasanya doa orang berpuasa tidak kira puasa apa sekalipun doanya tidak akan ditolak oleh Allah S.W.T. Jadi, marilah bersama-sama kita berpuasa pada hari yang disunatkan oleh Rasulullah S.A.W dan kita bersama-sama berdoa ketika berbuka nanti agar Allah S.W.T memberikan pertolongan kepada saudara kita di Palestin, serta menghancurkan tentera-tentera dajjal..aminnn


p/s : kepada ahli DPMZ mn2 yg wt bubur esok jgn lupa ajak ana berbuka sekali :D