kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

1/20/09

Realiti Yang Tersembunyi..

Masih lagi menyentuh berkenaan isu Palestin dan Israel laknatullah, biarpun serangan telah dihentikan dan askar Israel sudah mula keluar daripada Gaza, tetapi perjuangan untuk membebaskan Palestin tidak akan berhenti. Selagi mana Palestin tidak bebas dari cengkaman Israel, selagi itu Palestin belum MERDEKA. Teruskan perjuangan antum semua, melalui pena, lisan atau harta demi membantu rakyat Palestin. Kempen dan usaha memboikot jangan berhenti setakat ini,teruskan! Hukum memboikot pun sudah di letakkan sebagai wajib. Jadi teruskan istiqamah dan berterusan dalam perjuangan dan usaha antum semya. Disini, ana postkan beberapa keping gambar yang tidak disiarkan secara umum tentang kekejamnya musuh Allah ini ....lihat dan fikir2kan...(fikilrah apa yang patut..)Mereka menjajah secara perlahan dan kini telah menguasai hampir ke seluruh PALESTIN!!


Penakut!dengan budak2 pun guna senjata.

Apabila kebinatangan menguasai kemanusiaan

Apalah salah insan lemah ini diperlakukan begini
Penderitaan yang sementara..kebahagian menanti di sana..inshaAllah
Bersemadilah dengan tenang di sana..




Kisah yang sungguh tragis,....---Israel menghancurkan rumah-rumah penduduk Palestin
Kemudian seorang wanita barat cuba menghalang untuk melindungi sebuah rumah penduduk Palestin
Tetapi tidak dihiraukan oleh askar Israel ,dan akhirnya wanita itu di sodok oleh benda besar tu,apa ntah namanya.=p
dan mati serta merta ditempat kejadian..
Begitulah kisah yang berlaku kepada Rachael Corrie seorang rakyat Amerika yang terbunuh ketika cuba melindungi sebuah rumah milik satu keluarga Palestin di Gaza. Kisah yang lain pula berlaku pada seorang lelaki asing dari barat yang ditembak menggunakan snipper di kepalanya yang menyebabkan kecedaraan yang teruk pada otaknya,tetapi dia masih bernasib baik kerana masih diberikan peluang untuk hidup,tetapi....hanya setahun selepas itu..dia menemui ajalnya..



Sudahlah rumah2 mereka korg hancurkan.sekarang korg suruh diorg duduk dalam tanah pulak??!

Seorang rakyat Palestin menemui ajalnya dalam keadaan ayang amat menyayat hati apabila ditangkap dan hampir ditelanjangkan atas tuduhan membawa bom di badannya, walaupun tuduhan itu tidak berjaya dibuktikan,pemuda ini tetap dibunuh!! dalam keadaan yang sungguh mengaibkan.Semoga dirimu ditempatkan ditempat yang mulia di sana..aminn


Kita sudah lihat betapa kejam dan binatangnya Israel laknatullah..masih ada lagi yang menjadi rakan kongsi Israel(tidak memboikot)?? Masih ada lagi yang tak ambil peduli hal saudara kita di Palestin? Masih ada lagi yang langsung tidak memberi apa2 sumbangan untuk membantu mereka walaupun dengan hanya berdoa??... fikir2kan lah..apa sumbangan kita selama ni kepada mereka..ingatlah..kita akan dipersoalkan nnti akan t/jwb kita sebagai saudara seislam.. wallahua'lam..