kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

1/2/09

Pemimpin Hamas di Bunuh

Pasukan penyelamat sedang mencari jasad Nizar rayyan dan 13 ahli keluarganya yang lain.

Khamis:Israel semakin mengganas di Gaza dengan menjatuhkan SATU tan bom di atas rumah salah seorang 5 orang terpenting di dalam pucuk pimpinan Hamas. Serangan itu telah mengorbankan Nizar Rayan(49) dan 13 ahli keluarganya yang lain termasuk 2 isteri dan 4 orang anaknya.

"Kami akan cuba menyerang setiap orang yang berkaitan dengan Hamas , dan hari ini kami telah membunuh salah seorang pemimpin mereka" kata wakil perdana menteri Israel,Haim Ramon.

Jurucakap Hamas pula mengulas"Darah2 Sheikh Nizar Rayyan dan darah para syuhada' lain tidak akan disia2kan, Israel akan membayarnya dengan harga yang mahal atas kekejaman yang telah mereka lakukan"

Syeikh Nizar Rayan merupakan seorang profesor Undang-undang islam/Syariah dan aktif dalam gerakan menentang Israel juga salah seorang orang kuat Hamas. Beliau juga pernah berkata tentang penentangnya yang kuat terhadap israel ketika Hamas dan Fatah melakukan rundingn penyatuan pemerintahan Palestin pada 2007 dengan menyebut, "Tidak ada sesuatu pun yang dipanggil,ISRAEL. Samaada dalam realiti atau mimpi.

Sekurang-kurangnya 420 telah terunuh dan 2100 lagi cedera dalam serangan besar-besaran oleh Israel sejak 6 hari lalu.


sumber:http://www.belfasttelegraph.co.uk/
http://www.latimes.com
terjemahan:Mohd Al-Fateh Muhammad Hanif