kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

1/23/09

Merdekakah aku??



Alhamdulillah pujian syukur pada yang esa atas nikmat keimanan dan ketaqwaan yang diberikan kepada seluruh umat islam serta kenikmatan tubuh badan yang tiada dituntut bayaran atasnya, selawat dan salam pada kekasih hati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W atas kemuliaanya serta kegigihannya menyebarkan Islam keserata dunia hingga dapat dirasai kenikmatannya hingga ke hari ini.. Mohon kerahmatan magfirah Rob Izzati atas para sahabat, tabi’ tabiin, para salaf soleh, ulama-ulama, juga kepada insan-insan yang mengajar danmenyampaikan segala macam ilmu penyambung risalah suci.

KEJAYAAN MILIK KITA BERSAMA..

Imtihan fasal pertama sudahpun berakhir, segala episode penat lelah menghafal, membaca, memahami telahpun diperjuangkan sehabis-habisnya diatas helaian putih pemberian murakib yang setia menanti, keempat-empat daripada prinsip “DUIT” telah pun diperaktikkan dalam pertarungan ini , Doa insan tersayang, emak,abah,adik-adik,ahli bait, sahabat seperjuangan mengiringi setiap langkahan menuju ke medan pertarungan sehinga kembalinya dengan airmuka ketenangan sisa perjuangan. Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, samada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya) dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam) dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil), sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh).” Al-Imran 3:195 Usaha sehabis kemampuan, memerah keringat, berjaga semalaman, memerah ingatan demi mencapai satu matlamat perjuangan iaitu kejayaan. “Kejayaan tidak akan datang kepada kamu tanpa usaha yang gigih” “selagi kertas tidak sampai ke tangan murakkib selagi itu kamu mempunyai usaha serta peluang untuk berjaya” Usaha yang dialakukan tidak lain tidak bukan demi mendapat keredhoan Allah S.W.T. Terima kasih atas semangat yang diberikan. “Sifat Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa itu ialah air sungai-sungainya sentiasa mengalir di sekitar tamannya; makanannya kekal tidak putus-putus dan naungannya sentiasa teduh. Itulah kesudahan usaha orang-orang yang bertakwa, sedang kesudahan usaha orang-orang yang kafir pula ialah Neraka” al-Ro’d 13:35

Ikhtiar nota, perbincangan kertas soalan, study group serta pelbagai cara lain memudahkan lagi perjalanan menuju ke arah mencapai kemenangan yang diimpikan,ikhtiarlah dengan apa cara sekali pun kerana impian itu tidak akan datang bergolek kepada kita. Alfu syukran ila asdiqoi mahbub ‘ala musa’adatikum ‘alaiya, rabuna yusahhill ‘ala kulli umurikum fiddunya wal akhirah. Tawakal kehadrat ilahi, menyerah segala ketentuan pada yang yang maha merancang setiap perancangan hambanya,yang maha berkuasa atas segala ketentuan, yang maha penyayang lagi maha pengasih yang tidak pernah mengecewakan setiap usaha hamba-hambanya, mendambakan berkat doa,usaha serta iktiar yang dilakukan akan mencapai segala kejayaan perjuangan yang diimpikan.. “Kemudian apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” Al-imran 3:159

MERDEKAKAH AKU??

Definasi mudah bagi perkataan merdeka ini ialah perlepasan diri atau kebebasan dari pada satu bebanan yang menyusahkan atau yang menyekat kebebasan hak seseorang. Perkataan merdeka ini sering kita dapati dalam kitab feqh yang membincangkan akan prihal status insan pada ketika itu, membezakan antara hamba dan mereka yang merdeka kerana hukum antara keduanya adalah berlainan. Perkataan merdeka juga sering diungkapakan oleh kebanyakan insan yang bergelar penuntut sehabisnya penghantaran kertas terakhir peperiksaan.” Yeeh merdeka peperiksaan dah mabis merdeka” sering anda ungkapkan betul? Kegembiraan melepasi segala ujian yang paling getir bagi hidup seorang penuntut ilmu yang formal.

Persoalan yang ingin ditimbulkan disini adakah kita betul sudah merdeka? Merdeka dari sebarang taklifan? Merdeka dari sebarang ujian? Bebas merdeka melakukan apa saja? Tidak sekekali tidak.. Mafhum dari hadis nabi “setiap dari kamu mempunyai tanggungjawap, dan setiap dari kamu akan ditanya tentang tangungjawapnya” kemerdekaan yang sebenar ialah apabila kita dapat melepasi segala pertimbangan arash Allah S.W.T di akhirat kelak. Bebas melakukan apa sahaja kehendak di Syurga yang telah disediakan khas bagi mereka-mereka yang berjaya memerdekakan diri mereka dari segala taklifan serta godaan di dunia dengan amalan-amalan yang baik..

1) Tanggungjawap seorang hamba. “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” al-Zariyat 51:56 kita bukan sahaja diwajibkan menyembah Allah malaha wajib keatasa kita mematuhi segala arahanNya serta menjauhi segala laranganNya.. Seorang sufi pernah meletakkan beberapa perkara yang perlu dilakukan sekiranya kita tidak mahu mematuhi arahan Allah antaranya ialah sila cari dunia selain dari dunia Allah, apabila datang malaikat Izrail nanti katakana padanya nywa ini adalah milik aku jangan kau ambilnya dan lain-lain..bolehkah kita lakukan sedemikian? Muhasabahlah diri.. Selaku hamba yang sangat hina kita diberikan panduan akidah,syariat serta akhlak yang perlu kita patuhi,janganlah hdup seperti Firaun yang merasakan dirinya tuhan, mengakhiri hidup ditelan azab Allah. jagalah adab pergaulan,adab pakaian (terutama Akhawat) janganlah jadi seperti lembu hutan yang tidak punyai tuan bebas bergerak mengikut sesuka hati tapi sekiranya rasa diri seperti lembu atau lebih buruk dari itu silalah lakukan demikian..

2) Tanggung jawap sebagai da’i. “Imam al-Baqir as berkata:"Sesungguhnya amar makruf nahi munkar adalah jalan para nabi dan orang-orang saleh. Amar makruf nahi munkar adalah amalan wajib yang besar yang dapat menghidupkan amalan wajib lainnya, dapat menjaga ajaran-ajaran lain, menghalalkan tawar-menawar, memberantas ketidakadilan, dan dapat memakmurkan dunia..."(Al-Kafi, jilid 5)” tugas ini adalah tugas kita bersama.. “Tidak ada satu kaum pun yang mengerjakan kemaksiatan sedangkan di kalangan mereka itu ada orang yang berkuasa untuk mencegah perbuatan itu, tetapi tidak melaksanakanya melainkan Allah hampir-hampir akan meratakan mereka itu dengan siksaan dari sisiNya “ Riwayat Tarmizi, Abu Daud” Ingatlah walau siapapun yang menegur kita, walau apa pun bentuk teguran kita harus menerimanya, walaupun yang datang kepada kita itu seorang pencuri menasihati supaya tidak mencuri, ia tetap nasihat yang baik kepada kita.. Kata-kata seorang hakim “lihatlah pada apa yang dikatakan jangan lihat pada siapa yang mengatakan”

3) Tanggungjawap seorang anak. “Allah SWT berfirman: “Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun, bersyukurlah pada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Ku kembalimu.” (Luqman: 14) “Dari Abdullah bin Mas'ud RA berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW: “Amalan apakah yang dicintai oleh Allah?” Baginda menjawab: “Solat pada waktunya.” Aku bertanya lagi: “Kemudian apa?” Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua orang tua.” Aku bertanya lagi: “Kemudian apa?” Baginda menjawab: “Jihad di jalan Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)”

4) Tanggungjawap sebagai penuntut ilmu. Kita diamanahkan oleh kedua ibubapa kita untuk menuntut ilmu sebanyak mana yang ada. Kita juga diamanahkan oleh ulama-ulama pembawa ilmu agar kita menjaga ilmu yang telah kita pelajari, menjaga dari sebarang pemalsuan ilmu, mejaga dari segi penyampaian ilmu dan menjaga ilmu dari dipersalah gunakan..tuntut ilmu mestilah ikhlas kerana allah.. pada suatai hari imam Syafie pergi berjumpa dengan guru beliau Imam Waqi’ danmengadu akan kelemahan beliau dalam hafalan, beliau dinasihati agar menjauhi dari maksiat kerna ilmu itu adalah cahaya Allah, maka cahaya Allah tidak akan memasuki hati-hati yang dipenuhi dengan maksiat.. Yang paling penting ialah Amal.. ilmu tanpa amalan seperti pokok tanpa buah. Ilmu sememangnya penting kepada manusia dan memberikan banyak manafaat, akan tetapi sejauh manakah manusia menggunakan ilmu mereka itu? Mungkin pada pandangan mereka ilmu hanya cukup untuk dipelajari dan sekadar untuk mencari kerja..muhasabah bersama...

Jika dilihat perkara-perkara di atas banyak lagi tengungjawap kita yang perlu kita tunaikan.. merdekakah kita? Adakah kita telah menyelesaikan segala amanah yang telah dipertangungjawapkan kepada kita? Kita masih lagi belum merdeka…

MERDEKAKAH PALESTIN?

Lagi mengenai palestin, dan pasti ada lagi cerita post tentang palestin agar semua mengetahui bertapa pentingnya cakna kita pada Palestin.. Genjatan sejata telahpun dilakukan oleh tentera iblis Laknatullah, meskipun begitu mereka dengan angkuhnya tidak mengundurkan tentera-tentera mereka. Laknat sunguh tektik kotor ini.. Hamas mengisytiharkan kemenangan mereka terhadap Israel 80 TENTERA ISRAEL YG TERBUNUH (PALING KURANG) 49 DIBUNUH SECARA SECARA LANGSUNG. DIKALANGAN PEJUANG BRIGED QASSAM MENJATUHKAN PESAWAT PENINJAU TANPA PILOT MENEMBAK 4 HELIKOPTER MEMUSNAHKAN 47 KERETA KEBAL DAN KENDERAAN TENTERA MELANCARKAN 980 ROKET DAN MISIL KEARAH BANDAR2 ISRAEL TIDAK ADA SEORANG PUN DIKALANGAN PEJUANG YANG DITANGKAP. MELETUPKAN 79 BOM KE ARAH TENTERA ISRAEL. MENEMBAK HENDAP 53 ORANG TENTERA ISRAEL MELANCARKAN 12 SERANGAN HENDAP BERTEMPUR SECARA BERDEPAN 19 KALI MENAWAN TENTERA2 ISRAEL SEBANYAK 2 KALI DAN SEMUA TENTERA YANG DITAWAN SUDAH DIBOM OLEH JET PEJUANG ISRAEL BERJAYA MELANCARKAN SATU SERANGAN BERANI MATI DI ATAS KERETA KEBAL ISRAEL. MENGHENTIKAN SERANGAN” syukur pada Allah atas kekuatan yang Allah telah berikan pada pejuang2 ini menentang tentera dajjal.. persoalan yang perlu kita fikir bersama, dengan kemenangan ini sudah merdekakah Palestin? Semenjak 60 tahun yang lalu Palestin menjadi target utama bagi Israel untuk dijadikan penepatan haram mereka, Nakbah Palestin menjadi antara titk permulaan kepada pencerobohan ini, bermula dari itulah Palestin terus dicengkam, diasak, dirobek sesuka hati tanpa pembelaan dari Negara islam yang lain..tidak perlu diulas panjng mengenai pendirian negara2 arab, berpuluh kali perjumpaan dilakukan tetapi hasilnya tetap sama.. natijah tanpa tindakan. Merdekakah Palestin?? Apa pun yang berlaku janji Allah pasti akan tiba, Palestin pasti akan menjadi hak milik sepenuhnya kepada Islam seperti mulanya ketika mana Amru bin Asr membuka lebaran islam di Palestin.. Bila akan berlaku? Kita berdoa pada Allah agak dipercepatkan kemerdekaan ini. Kemerdekaan yang mutlak kita inginkan bukan kemerdekaan luaran tanpa teras dalaman tunjang Islam yang kuat.. Berdoa sajakah tanpa tindakan?? Bergeraklah semampu boleh bagi membantu mereka, boikot,derma,belajar bersunguh-sunguh dan lain-lain. Moga usaha murni kita diterima Allah..