kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

1/25/09

Mengenal Ma'ajim :)


“Penantian satu penyiksaan” begitulah ungkapan yang paling sesuai ana rasakan untuk diberikan kepada para pencinta ilmu dan juga bagi “ulat buku” yang sentiasa menantikan akan kedatanga pesta buku yang julung kali diadakan di Negara mesir ini. “Cairo International Book Fair” Marod kutub ini di adakan hanya sekali sahaja dalam setahun, pelbagai kitab ilmu dalam pelabagai cetakan dari seluruh dunia khususnya Negara-negara arab boleh didapati di sini.. ana pasti ramai daripada sahabat-sahabat yang sedang menghitung duit atau sedang memilih kitab-kitab yang ingin dibeli setibanya di Ma’rod nanti.. Pesanan ana untuk diri sendiri juga para sahabat pastikan pembelian antum bersesuaian dengan maudu’ yang antum ingin pelajari atau dalami, sebagai contoh pembelian yang dibuat bukan atas dasar orang lain beli maka kita pun beli atau rasa berkenan dengan buku tersebut lalu kita pun beli tanpa memahami isinya atau membeli sekadar hiasan dinding bilik membiarkan debu-debu mesir meliputi kitab.. Temuilah syekh atau ustaz yang berpengalaman untuk bertanyakan mengenai buku yang bersesuaian dengan apa yang kita kehendaki..

MA’AJIM ( Kamus)

Bersesuaian dengan Ma’rod kutub yang telah tiba, penulis ingin berkongsi sedikit ilmu yang berkaitan dengan kamus.. semoga ia dapat menjadi panduan kepada kita dalam memilih kamus yang kita inginkan ( khusus untuk kamus bahasa arab ) terdapat segelintir daripada kita yang hanya membeli Ma’ajim tanpa mengetahui cara pengunaan Ma’ajim tersebut, sebagai contoh ketika penulis mula sampai di Mesir mengambil bidang Bahasa Arab, penulis sering dicanangkan akan kelebihan Ma’ajim Lisanul Arab yang dikarang oleh Ibnu Manzur Jamaluddin, setalah Penulis mendapatkan Ma’ajim tersebut penulis berasa hairan mengapakah perkataan yang ingin dicari maksudnya tidak ditemui, setelah bertanya barulah penulis tahu bahawa kaedah pencarian dalam Ma’ajim Lisanul Arab adalah mengikut kaedah Qofiah..

Secara ringkasnya Ma’ajim ini terbahagi kepada dua bahagian

1) Ma’ajim Lafzi : Ma’ajim yang menghimpunkan segala lafaz-lafaz bahasa arab kemudian diterangakan maksud bagi perkataan tersebut beserta Syawahid

2) Ma’ajim maudu”at : Ma’ajim yang menghimpunkan sesuatu lafaz mengikut kepada tajuk-tajuk yang tertentu seperti kholakol insan (kejadian manusia) karangan Al-Asma’I, Mufradat fi ghoribil Qurani karangan Al-Asfahani dan lain-lain. Ma’ajim ini juga diberi nama Ma’ajim Mubawwabah, Ma’ajim Ma’ani iaitu meletakkan makna sesuatu perkataan berdasarkan maudu’ tertentu..

Yang ingin diperbincangkan disini ialah Ma’ajim Lafzi.. Ia terbahagi kepada empat Madrasah :

1) Madrasah Taqlibat Souti

Perlu difahami dahulu apakah yang dimaksudkan dengan Taqlibat. Taqlibat ialah putaran atau pertukaran bagi setiap huruf asal bagi sesuatu perkataan, contoh perkataan عجب maka taqlibat yang keluar dari perkataan tersebut ialah عجب, عبج, جعب, جبع , بعج, بجع Seterusnya perkara pertama yang perlu diketahui dalam madrasah ini ialah dengan melihat kepada susunan mengikut tertib makhraj huruf ( tempat keluar huruf ) yang paling jauh sekali bermula dari kerongkong seterusnya ke lidah dan terakhir di bibir.. contoh bagi perkataan di atas,maka huruf yang paling jauh makhraj hurufnya ialah huurf ‘ain ع iaitu di kerongkok bawah maka bagi setiap perkataan yang terkeluar daripada taqlibat tersebut haruslah dicari bermula dari huruf ‘ain ع

Susunan huruf mengikut makhraj huruf : ع ح ه خ غ ق ك ج ش ض ص س ز ط د ت ذ ث ر ل ن ف ب م و ي

Antara Ma’ajim yang mengunakan madrasah ini

1) Al-‘ain ( Khalil al-Farahidi)

2) Al-Bari’ fi Lughah (Abi Ali Al-Qali)

3) Tahzibul Lughah ( Azhari)

4) Al-Muhit fi Lughah ( Ibnu ‘ubad)

2) Madarasah Taqlibat Hijai

Kaedah yang digunakan dalam madrasah ini hamper menyerupai dengan kaedah yang digunakan oelh madrasah taqlobat sauti, yang membezakan hanyalah dari segi permulaan mencari dengan melihat kepada susunan tertib huruf hijaiyah. Contoh perkataan عجب huruf yang pertama mengikut tertib hijai ialah huruf Ba ب maka pencarian haruslah dilihat kepada huruf Ba, maka segala perkataan yang berada dibawah taqlibat tersebut berada dipermulaan huruf Ba..

Antara Ma’ajim yang mengunakan kaedah madrasah ini :

1) Jamharah Lughah ( Ibnu Duraid)

2) Maqais Lughah ( Ibnu Faris)

3) Mujmal Lughah ( Ibnu Faris)

3. Madrasah Qofiah

Kaedah yang digunakan dalam madrasah ini ialah dengan melihat kepada Qofiah di dalam satu perkataan tersebut. Apakah yang dimaksudkan dengan Qofiah? Qofiah ialah satu ilmu yang digunakan oleh pensyair arab dalam mencipta syair2 mereka. Ia merujuk kepada huruf terakhir bagi bait-bait syair mereka. Maka pencarian yang dilakukan oleh madrsah ini ialah dengan melihat kepada huruf terakhir bagi perkataan tersebut. Contoh perkataan عجب huruf terakhir ialah huruf Ba ب maka pencarian dilihat kepada huruf Ba, begitu juga dengan perkataan yang lain..

Antara ma’ajim yang mengunakan kaedah madrasah ini :

1) As-Sihhah (al-Jauhari)

2) Lisanul Arab (Ibnu Manzur)

3) Komus Al-Muhit (Fairuzabadi)

4. Madarasah Ibjadiah

Majim yang berasaskan kepada madrasah ini ialah majim yang sering digunakan oelh para penuntut ilmu pada masa sekarang, ianya lebih mudah dan senang berbanding dengan kaedah madrasah yang sebelumnya, ia dilihat mengikut tertib hijaiyah yang bermula dengan huruf alif dan diakhiri dengan huruf yang sebelumnya, ia dilihat mengikut tertib hijaiyah yang bermula dengan huruf Alif dan diakhiri dengan huruf Ya..

Antara ma’ajim yang masyhur dalam madrasah ini ialah :

1) Asas Balghah (Zamakhsyari)

2) Mukhtasar Sihhah (Al-Wazi)

3) Misbahul Munir (Al-Fayumi)

4) Mu’jam Kabir, Wasit, Soghir (Mujma’ Lughah Arabia)

Semoga dengan sedikit perbincangan mengenai Ma’ajim ini dapat menambahkan pengetahuan kita mengenai kamus-kamus serta memudahkan kita untuk mencari kamus yang terbaik bersesuaian dengan kegunaan kita insyAllah..