kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

1/14/09

Kecil Tapi Besar..

gambar tempat yang telah di bom di israel, kene skit je pun kecoh macam kene letup satu negara, yang dia duk bunuh hampir 1000 tu tak de msalah lak..perangai sebijik macam tawabi' zawabi'

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, yang telah memberiku nikmat iman dan Islam, juga kenikmatan sihat tubuh badan sehinga dapat ku penuhi kertas jawapan lahjat dan qiraat pagi tadi dengan begitu tenang sekali tanpa berlaku sebarang pembaziran tempat kosong Alhamdulillah.. (ayat di atas sebagai doa moga2 pemeriksa berkeyakinan untuk memberikanku semaksima mungkin markah atas rongak2 yang terdapat pada jawapan ku huu ) tidak diduga perkara yang ku sangkakan tidak penting menjadi begitu penting sekali menyebabkan ku termenung sendirian di hadapan kertas soalan..itulah akibatnya kerna “ MENGANGGAP KECIL PERKARA YANG SEBENARNYA AMAT BESAR

Kerakusan anjing-anjig iblis Israel meratah setiap isi di bumi suci Palestin makin parah, angka kematian para syuhada makin menigkat dari hari ke hari, kanak-kanak menjadi yatim kematian bapa,ibu menjadi janda kematian suami tercinta..tidak sangup rasanya diri melihat akan penderitaan mereka.. inilah akibat dari sikapku MENGANGGAP KECIL PERKARA YANG AMAT BESAR.. Berapa lamakah sebenarnya Palestin telah dinodai oleh iblis celaka ini? Emh tak penting rasanya bukan Negara kita pun..emh.. Berapa ramaikah rakyat Israel yang telah menduduki Negara haram yang mereka rampas dari Palestin?? Ala sikit je pun kita umat islam ada lebih beruta seluruh dunia..emh.. “Din kau tau tak berita terbaru Palestin arini??” “Ish kau ni tengok sendiri la aku sibuk study ni penting ni exam dekat dah ni” emh.. “Man kenapa kau beli barang ni, barang muqotto’ah la”. “Ala ko ni Lan skit sikit mmuqoto’ah sikit je pun,tak kan sikit pun tak leh” emh… “ Nif, PMRAM ada lancarkan derma tuk Palestin ni kau nak bagi berapa?” ish aku dah bagi dah haritu, tak kan nak kene bagi lagi arini?” emmh… MUHASABAH BERSAMA..

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.

Permasalahan Palestin diselesaikan oleh Negara-negara Arab berasaskan fahaman perkauman semata-mata, padahal Palestin adalah sebahagian dari dunia arab. Lihatlah muka berita seluruh dunia sedang menceritakan akan kerjasama yang tidak pernah ada tindkan sejak dari dahulu lagi. Negara-negara Arab mungkin tidak pernah melihat Palestin ini sebagai tapak Masjid yang menjadi Qiblat pertama umat islam, Juga mungkin tidak pernah mengetahui akan sejarah perjalan Isra’ Mikraj nabi yang secara jelas dinukilkan dalam kitab suci al-Quran. Maka dengan sebab itu tidak hairanlah kalau kita dapati beberapa Negara Islam mengambil sikap yang bertentangan dengan memberikan kerjasama dengan Negara haram Israel, contoh terdekat dan terbaru negara Mesir membenarkan ruang udaranya digunakan oleh pesawat-pesawat Israel untuk menyerang Gaza.. Cubalah kita renungkan bagaimana fahaman-fahaman perkauman ini berjaya memisahkan orang-orang Islam dan menjadkan mereka kdang-kadang saling berbunuhan dan tidak mempedulikan nasib saudara mereka sendiri.. Semuanya kerana lemahnya sifat keislaman di kalangan orang-orang islam dan juga sifat MENGANGGAP KECIL PERKARA YANG AMAT BESAR… renungan bersama :)