kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

1/13/09

Hilangnya Sebutir Permata

Assalamualaikum warahmatullah..alhamdulillah,2 imtihan sudah berlalu, walaupun ada yang ana kurang yakin boleh menjawabnya, ala kulli hal, ana bertawkaal kepada Allah, semoga Allah memberikan yang terbaik pada ana dan rakan-rakan.aminn

Masih lagi menyentuh tentang hal Palestin, dan hal Palestin akn terus di sentuh dan di ceritakan di blog ini selagi mana AlQuds tidak berada dalam genggaman umat islam, selagi mana Israel tidak menghentikan serangannya , selagi mana bumi Palestin tidak aman dan selagi mana Allah mengizinkan ana untuk terus menulis. InshaAllah

Sebelum ini ana ada mengepost tentang kematian seorang 5 pemimpin Hamas iaitu Syeikh Nizar Rayan yang mati dibedil oleh tentera Israel yang membunuh kesemua sekali ahli keluarga beliau.Posting itu boleh antum semua temui di sini

Disini ana ada temui video dan gambar Syeikh Nizar Rayan(smoga Allah merahmatinya) dan ana ingin kongsikan bersama video kehilngan salah satu permata berharga dan salah satu pejuang Islam yang lantang dalam menegakkan kebenaran dan menyeru kepada perjuangan dan jihad fi sabilillah. Agak tersentuh apabila melihat video semasa pencarian jasad beliau mendengar jeritan para penyokong yang begitu sedih dan terkejut dengan kejadian yang berlaku juga semasa pengusungan jenazah beliau dan keluarga, kelihatan orang begitu ramai sekali melihatkan betapa Syeikh NizarRayan begitu di sanjungi dan disayangi oleh penduduk Palestin.Sama-sama kita doakan semoga beliau dan keluarga ditempatkan di kalangan para syuhada' yang dijanjikan syurga .inshaAllah

Semoga akan lahir pejuang dan mujahid Islam menyambung perjuangan para Syuhada' Islam yang telah terkorban..aminnnn

VIDEO UCAPAN DAN SERUAN JIHAD SYEIKH NIZAR RAYAN


VIDEO SEMASA PENCARIAN JASAD BELIAU SELEPAS PENGEBOMAN




VIDEO SEMASA PENGUSUNGAN JENAZAH BELIAU DAN AHLI KELUARGA