kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

1/24/09

Hakikat Perjuangan

>

Sedetik Bersama Realiti




Perbezaan prinsip perjuangan melahirkan keteguhan kekuatan yang berasingan..


Berjuang berteraskan permusuhan membawa pulangan yang amat mengecewakan..

Ketakuatan terhadap kematian, kegusaran tiada peroleh kenikmatan..

Futur di pertengahan peperangan, pengakhiran yang amat menyedihkan..

Laknat dijanjikan Tuhan sebagai balasan terhadap kekejaman…


“Orang-orang kafir membelanjakan harta-harta mereka untuk menghalang-halangi dari jalan Allah, maka mereka akan membelanjakan untuk itu, kemudian mereka merasa rugi kemudian mereka terkalahkan. Dan orang-orang kafir dikumpulkan di neraka jahannam.” Al Anfal:36




Keimanan, ketaqwaan teras perjuangan, seiringan laungan ta’zim Allahuakbar..

Tiada gerun, tiada resah, bila Islam ditegakkan keberanian menjadi taruhan..

Menang meningkatkan keizzahan, kalah menjanjikan haruman syuhada..

Perlepasan perit Neraka menjadi taruhan sang pejuang…


“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” As-Ssof 14:10,11