kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

1/16/09

Doakan Kejayaan Islam..


Pengalaman penulis mengikuti pilihan raya kecil di Permatang Pauh tempoh hari tidak dapat dilupakan, kepulangan ke tanah air tidak dipersia-siakan begitu saja, Alhamdulillah penulis diberi peluang kenikmatan umur juga tenaga oleh Allah untuk berjuang bersama sahabat-sahabat lain demi memastikan agama islam tertegak di bumi ini.. Di mana bumi dipijak di situ Islam dijunjung” Alhamdulillah kemenanga berpihak pada yang Hak.. Dan pada hari ini sekali lagi, kita akan disajikan dengan pertarungan sengit politik antara 3 pihak yang bertanding bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu iaitu antara PAS ( Mohd Abdul Wahid Endut) , UMNO (Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh) dan BEBAS ( Azharudin Mamat ) .. Semoga Alah memberikan kemenangan pada Parti yang menjadikan Islam sebagai dasar utama dalam perjuangan mereka, insyAllah.. TAKBIR!!!


Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim


1. Pemimpin (imam) yang adil.

Setiap yang dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan kembali kelak. Maka bergembiralah kepada mana-mana peminpin yang dapat berlaku adil. Pemimpin di sini termasuklah seorang suami yang memimpin isteri dan anak-anak. Seorang isteri yang memimpin anak-anaknya dan sebagainya.


Kewajipan Memilih Pemimpin .


Kewajipan kita memilih pemimpin yang layak dan mampu bekerja atau berjuang dengan ” tangan ” bukan hanya bekerja dan berjuang dengan ” mulut ” .

Kewajipan kita memilih memimpin yang membawa ideologi perjuangan Islam tulen , bukan mereka yang membawa agenda peribadi , apalagi membawa ideologi yang asing daripada perjuangan Islam .

Kewajipan kita memilih pemimpin yang jelas aqidah ahli sunnah wal jamaah , bukan mereka yang menganut fahaman sekular , syiah atau apa jua fahaman yang menyeleweng dari ahli sunnah wal jamaah .

Kewajipan kita memilih pemimpin yang muttaqin dan faham objektif serta matlamat perjuangan suci ini. Bukan hanya dilihat melalui karisma politiknya tetapi juga wibawanya sebagai seorang mujahid yang berjuang untuk menegakkan Islam secara syumul.

Kewajipan kita memilih pemimpin yang mengambil skima pentarbiyyah parti sebagai sebuah gerakan Islam dan memiliki syaksiyyah qiadiyyah yang soleh .

Kewajipan kita memilih pemimpin yang mempunyai semangat waja dan tenaga gigih untuk berjuang mendepani cabaran luaran mahupun dalaman sehingga Islam dapat dijulang dengan jayanya.

Petikan dari surat terbuka :

Hj. Nasrudin bin Hj Hassan at Tantawi