kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

1/5/09

Berjuanglah!!



Nampak 3 jasad kecil di atas? wajah suci ini baru sahaja terkorban pagi Isnin ini di Gaza Palestin. Israel dilaporkan melancarkan lagi satu serangan dengan membedil sebuah penempatan dan telah mengorbankan 17 orang termasuk satu keluarga seramai 7 orang dan 5 orang kanak-kanak. Lebih menyayat hati, mereka dilaporkan terkorban di tempat kejadian atas kehilangan darah yang banyak kerana ambulans tidak mampu sampai di tempat kejadian berikutan ketika itu Israel sedang rancak melakukan seranagn udaranya.

Dan pada hari Isnin ini, jumlah kematiah di Gaza, Palestin dilaporkan telah mencecah 531 yang terkorban, 2490 lagi cedera manakala 300 lagi dalam keadaan kritikal. Dan yang terbaru, askar Israel mula memasuki Gaza sejak malam semalam untuk melakukan SERANGAN DARAT!Dan pada hari pertama pertempuran dengan pejuang hamas di Beit Lahiya dan Beit Hanoun, dilaporkan 30 askar Israel tercedera dan berpuluh2 pejuang Hams di tembak. Dan 2 daripada askar Israel berjaya di tangkap oleh pejuang Hamas.

Antum semua masih rasa biasa2. Tak tercuit langsung dengan berita ini? Letih rasanya mnyeru kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam yang kononnya mengkeji kekejaman Israel, tapi masih lagi setia membeli barangan-barangan mereka. Apa semua ini?

Di sewaktu negara-negara lain di seluruh dunia sehinggakan rakyat Israel sendiri menentang dan mengkeji serangan yang dilancarkan oleh Israel dengan mengadakan tunjuk perasaan dan demontrasi beramai-ramai sehingga ada yang terbunuh dan tercedera di Beirut ,dua cedera di Indonesia, 7 orang cedera di belasah polis di Jerman
, konsert2 tahun baru dibatalkan di Mesir, Turki dan Lubnan semata-semata ingin menunjukkan betapa mereka menentang dan ingin sama-sama turut berjuang menegakkan hak2 kemanan dan nyawa juga maruah rakyat Palestin.

Sebaliknya di Malaysia, yang dikenali sebagai sebuah negara Islam yang disanjung kerana kemajuan dan akhlak yang tinggi, ramai lagi yang masih mengambil tidak peduli dan seolah-olah menutup mata atas apa yang berlaku. Ya, memang ada yang melakukan demontrasi tetapi jumlahnya? sedikit berbanding yang langsung tidak peduli atau yang peduli tapi hanya dimulut sahaja. Kenapa ana berkata begini, dilaporkan di pusat2 membeli belah, orang Islam masih rancak membeli belah, dan apabila ditilik di dalam troli dn bakul masing2, ada nescafe, maggi, dan barangan2 keluaran Amerika dan Israel. Di KFC , Pizza Hut dan McD, ibu ayah sibuk melayan anak bermain dan makan-makan disitu . Kenapa begini jadinya? Tak tahu barangan2 yang perlu di boikot? kata perihatin dengan nasib rakyat Palestin, sudah tentu kita tahu dan ikut perkembangan semasa yang kini sibuk dengan kempen BOIKOT ISRAEL dan PALESTIN.

Tak sangka di kekecohan penentangan terhadap Isarel dan ketika rakyat2 Gaza menderita dan setiap hari adasaja nyawa yang terkorban bukan satu dua ,malah berpuluh, rakyat kita di Malaysia masih lagi memikirkan selera mulut dan fikir untuk mengisi perut dan seterusnya menjadi antara pembekal peluru dna bom2 yang bakal di bedil dan di junamkan ke atas tubuh penduduk2 Gaza di Palestin.

Orang Yahudi ketawa besar. Umat Islam cuma mampu menjerit di jalanan. Bakar bendera, pijak gambar, kemudian setelah penat menjerit, masuk pula ke starbuck,kfc dan meneguk coca-cola dan pepsi.

Umat Islam tiada semangat untuk berjuang. Berperang bukanlah lagi jihad sebenar. Ekonomi adalah jihad sebenar. Serang ekonomi mereka. Boikot barangan-barangan mereka.Percayalah, serangan ekonomi memang berkesan.Harap anda mengetahui berita tentang surat khabar Denmark yang telah mempermainkan kekasih junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang hingga sekarang mereka langsung tiada kekesalan. Semoga mereka merasa kekesalan mereka kali ini! Denmark ambassador, perdana menteri dan Denmark Channel semuanya cuba untuk hentikan boikot yang telah dilakukan oleh Muslim seluruh dunia sejak bulan lepas di mana sehingga kini mereka menanggung kerugian sehingga 2 BILLION EURO! Jika kita terus boikot DENMARK untuk 7 bulan lagi, mereka boleh rugi hampir 40 BILLION EURO! .

Jadi apa lagi yang ditunggu,masih lagi bersenang2 di kfc dan mcd sambil mebaca surat khbar tentang penderitaan penduduk Gaza? Masih lagi duduk bersimpuh di depan tv melihat berita di Gaza sambil menelan Maggi dan meneguk air coca-cola? Atau masih lagi duduk bersandar di pejabat2 sambil menghirup nescafe penuh nikmat sedangkan penduduk Gaza sedang kebuluran kehabisan bekalan makanan dan nyawa mereka yang kini berada di hujung tanduk?

Berjihadlah!Doa sahaja tidak mencukupi.Seranglah dan lumpuhkan ekonomi mereka.BOIKOT BARANGAN ISRAEL DAN AMERIKA!!