kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

1/4/09

Bangun!!! Lihat!! Buka Mata Anda Semua...








"Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya"

SUMBER : Minipavilion PMRAM



Hari Pertama : 27 Disember 2008,


Israel kembali mengganas dengan serangan udara yang menggemparkan beberapa tempat di Gaza. Serangan ini boleh disifatkan terlalu kejam, penuh dengan kezaliman malah bakal meledakkan api fitnah sesama umat Islam walaupun yang melakukannya adalah pihak yang tidak memahami erti aman dan tidak tahu bagaimana mematuhi janji.

27/12/08, Gaza - Jam 11.30 pagi al-Jazeerah menyiarkan siaran langsung dari beberapa tempat yang menjadi sasaran serangan udara Israel.



Hari kedua : 28/12/08


Hari kedua serangan Israel ke Gaza kononnya dengan alasan untuk menjatuhkan HAMAS. Jumlah penduduk Palestin yang terbunuh telah meningkat ke angka 282, 700 lagi cedera, 180 darinya mengalami kecederaan yang kritikal. ( 12.08 tengahari (waktu Mesir) )

Kapal Terbang Qatar yang membawa bantuan kemanusiaan telah sampai di Lapangan Terbang 'Arish semalam. Bagaimanapun, sehingga saat ini bantuan-bantuan tersebut belum lagi mendapat keizinan dari Mesir untuk dibawa masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah Mesir-Gaza. Jumlah penduduk Palestin yang terkorban meningkat ke angka 284 orang. (2.10 petang (waktu Mesir) )

Menurut sumber setakat ini, jumlah penduduk Palestin yang syahid meningkat ke angka 290, manakala 800 lagi cedera termasuk yang kritikal. Sekarang Israel sedang menyerang Jabaliya yang merupakan benteng terkuat bagi pejuang Palestin di Gaza. Sementara itu, di Khan Yunis, Selatan Gaza Israel mengebom sebuah bangunan



Hari ketiga : 29/12/08,


Terkini : 2 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan terbaru di tempat yang berbeza di Gaza. Menurut sumber, beberapa buah bangunan yang berhampiran Universiti Islamiah Gaza mengalami kerosakan akibat serangan Israel sebentar tadi. Antaranya adalah bangunan asrama. (jam 12.15 pagi (Waktu Mesir)

Angka kematian penduduk Palestin akibat serangan Israel meningkat ke 301, manakala 800 lagi cedera termasuk kritikal. ( 1.30 pagi(Waktu Mesir) )

Setakat ini jumlah palestin yang syahid akibat serangan ganas Israel meningkat ke angka 345, manakala 1650 cedera termasuk kecederaan yang kritikal.4 pejuang Palestin dari SARAYA Al-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) syahid dalam serangan Israel di Khan Yunus.

Jumlah penduduk Palestin yang terkorban dalam serangan Israel meningkat ke angka 350, 1650 cedera termasuk luka yang kritikal. jam 8.20 malam (waktu Mesir)



Hari keempat : 30/12/08


Jumlah penduduk Palestin yang syahid setakat ini meningkat ke angka 360, 1700 cedera termasuk kritikal. Bagaimanapun dalam serangan udara Israel pagi tadi mengakibatkan 2 kanak-kanak perempuan(kakak dan adik) syahid, jam 9.05 pagi (waktu Mesir).

Jumlah penduduk Palestin Gaza akibat serangan Israel meningkat ke angka 360, manakala 1750 penduduk Palestin mengalami kecederaan termasuk kritikal. Jam 11.50 (waktu Mesir)

Jumlah penduduk Palestin Gaza akibat serangan Israel meningkat ke angka 363, manakala 1750 penduduk Palestin mengalami kecederaan termasuk kritikal. Jam 2.35 petang (waktu Mesir)

Jumlah penduduk Palestin Gaza akibat serangan Israel meningkat ke angka 364, manakala 1750 penduduk Palestin mengalami kecederaan termasuk kritikal. Jam 4.15petang (waktu Mesir)

Jumlah penduduk Palestin Gaza yang syahid dalam serangan Israel meningkat ke angka 387, manakala 1750 cedera termasuk kritikal. 11.00 malam, 30/12/08 (waktu Mesir)



Hari kelima : 31/12/08


Jumlah penduduk Palestin Gaza yang syahid dalam serangan Israel meningkat ke angka 388, dan 1750 lagi mengalami kecederaan termasuk yang kritikal.

Jumlah mangsa yang syahid akibat serangan Israel meningkat ke angka 391, manakala 1800 cedera termasuk yang kritikal. Jam 12.42 petang (waktu Mesir)

Jumlah mangsa yang syahid dalam serangan Israel di Gaza meningkat ke angka 391, manakala hampir 2000 cedera termasuk jumlah mangsa yang kritikal. Jam 2.10 petang (waktu Mesir)

Jumlah mangsa yang syahid akibat serangan Israel meningkat ke angka 394, manakala 2000 lagi cedera termasuk kecederaan yang kritikal. Jam 9.30 malam (waktu Mesir)



Hari keenam : 1/1/09 ( tahun baru???? )


Jumlah mangsa(Penduduk Palestin Gaza) yang syahid dalam serangan Israel meningkat ke angka 400, manakala 2000 mengalami kecederaan termasuk yang kritikal. Jam 8.10 pagi, 01/01/09 (waktu Mesir)

Jumlah penduduk Gaza yang syahid dalam serangan Israel yang boleh disifatkan melampau meningkat ke angka 420, manakala 2070 lagi cedera termasuk kritikal. Jam 9.30 malam, 01/01/08 (waktu Mesir)



Hari ketujuh : 2/1/09


Jumlah mangsa(penduduk Palestin Gaza) yang syahid akibat serangan Israel di Gaza meningkat 425, manakala 2200 lagi cedera termasuk yang kritikal. Jam 1.30 petang (waktu Mesir)

Jumlah penduduk Palestin Gaza yang menjadi mangsa serangan Israel meningkat ke angka 428, manakala 2200 lagi cedera termasuk kritikal. Jam 4.30 petang (waktu Mesir)

Jumlah penduduk Palestin Gaza yang menjadi mangsa serangan Israel meningkat ke angka 430 syahid, manakala 2280 lagi cedera termasuk kritikal. Jam 7.30 malam (waktu Mesir)

Israel menghebatkan serangan udaranya di Gaza malam ini. Menurut sumber, beberapa kawasan di timur dan utara Gaza menjadi sasaran serangan Israel. Jumlah penduduk Palestin Gaza yang menjadi mangsa serangan Israel meningkat ke angka 434 syahid, manakala 2280 lagi cedera termasuk kritikal.



Hari kelapan : 3/1/09


10.30 malam (waktu Mesir) Jumlah penduduk Palestin Gaza yang syahid dalam serangan Israel meningkat ke angka 465, manakala 2400 lagi cedera termasuk kritikal. Peningkatan mendadak ini berikutan serangan Israel yang berterusan dan terlalu dahsyat sekitar jam 5 petang tadi.



Hari kesembilan : 4/1/09


Hari ke sembilan. Menurut sumber, jumlah penduduk Palestin yang syahid dalam serangan Israel meningkat ke angka 470, manakala yang cedera termasuk kritikal 2400.



Tingkatkan usaha kita bersatu hati mendoakan serta membantu saudara seislam kita di Palestin.. TAKBIR!!!!