kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

1/7/09

Baca, Lihat, Fikir dan Bertindak....

Kanak-kanak Gaza, Palestin yang terkorban

Pada Ahad yang lepas, tentera IOF(The Israeli Occupation Forces) telah membedil sebuah rumah di bandar Rafah,selatan Gaza dan mengorbankan seorang ayah dan tiga orang anak lelakinya beserta ahli keluarganya yang lain. Pada hari yang sama juga, tentera udara Israel menyerang pula sebuah rumah di bandar Gaza yang telah membawa kepada kematian 2 orang kanak2 dan mencederakan ahli keluarganya yang lain. (Agak-agaknya Ahad yang lepas, masa kita semua tengah senang -lenang bersantai dirumah, jalan-jalan hujung minggu, main2 internet,tengok cerita..Kat Gaza pula???emh..)

Lagi kanak-kanak Palestin

Isnin,5 Januari 2009:Isnin pagi, sekali lagi Israel melakukan serangannya terhadap dua buah keluarga Palestin termasuk 8 orang kanak-kanak. Dikatakan tentera Israel dengan senang hatinya yang tidak berperikemanusiaan itu telah menyerang kem pelarian di timur Gaza yang telah mengorbankan keseluruhan keluarganya iaitu 5 orang kanak2 dan kedua ibu bapanya. Dan di laporkan juga, setelah itu mereka membedil pula sebuah rumah yang juga telah mangakibatkan kematian 3 orang kanak-kanak dan kedua ibu bapa mereka. Maka setelah di campur, 5+3, lengkap sudah 8 orang kanak2 yang telah terkorban seperti yang telah dilaporkan. Tahniah kepada askar2 Israel atas kejayaan mereka untuk terus menggungguli carta calon-calon penduduk neraka paling teratas sekali dalam rekod dunia kini.

Seperti yang telah diberitakan sebelum ini, askar Israel dan pejuang Hamas sedang hangat berperang di kawasan sekitar Beit Hannon dan Beit Lahyia. Olehyangdemikian, penduduk-penduduk tempatan di situ telah mula berpindah untuk mendapatkan perlindungan di sekolah2 United Nation(UN) di beberapa tempat yang berbeza. Lebih kurang 500 buah keluarga sudah meninggalkan rumah masing-masing. Mari kita lihat apa kata salah seorang pelarian:
"Kami meninggalkan segala-galanya, sehinggakan pakaian sekalipun kami tinggalkan.Pihak UN memberitahu mereka tidak mampu memberikan kami apa-apa melainkan tempat berteduh. Mereka memberitahu bahawa pihak Israel tidak membenarkan bekalan ubat dan makanan di bawa masuk. Sedangkan bekalan yang ada hanya mampu bertahan untuk 3 hari sahaja lagi." Hal yang sama juga dilaporkan oleh jurucakap agensi United Nation Relief and Work Agency (UNRWA).

Kesian tak kesian diorang ni? Cuba periksa almari masing-masing, berapa puluh pasang baju yang ada? Tengok pula dalam almari ,peti ais, berapa kotak dan plastik makanan kita simpan? Banyaknya lah kan?Tu belum lagi campur baju yang dah berapa hari terperap tak basuh2, belum lagi tambah makanan-makanan yang disorok bawah katil ,bawah meja , dalam kotak. Mewahnya kita kan?Kat Gaza pula??emh...

Mendapatkan Perlindungan.. TERLINDUNGKAH mereka?


Selasa,6 Januari 2009:Pada hari Selasa.HARI INI,42 penduduk Palestin terkorban termasuk KANAK-KANAK dan mencederakan 50 yang lain dan sebahagian mereka berada dalam keadaan kritikal apabila pesawat pejuang Israel F16(konon hebatlah sangat la tu ada nombor2) telah menyerang kem pelarian UN dia uatara gaza pada malam Isnin,malam semalam. Menurut UNRWA, mangsa yang terkorban adalah diantara lebih 400 orang yang telah meninggalkan kediaman mereka di Beit Lahyia untuk mendapatkan pelindungan di UN. Bilangan yang terkorban pada hari ini telah menjadikan jumlah yang telah terbunuh sejak 2 minggu serangan Israel kepada 650 dan 3000 yang tercedera.

Nampaknya,tiada tempat yang selamat dan tiada nama TEMPAT PERLINDUNGAN bagi penduduk Palestin.

kanak-kanak lagi John Ging, pengarah operasi UNRWA ketika di temubual di Hospita Shifa , Gaza melaporkan keadaan dan situasi yang amat genting di hospital itu ketika ini. Ubat-ubatan sudah mula berkurangan dan generator yang membekalkan tenaga elektrik sudah out of date(speaking sat). Dilaporkan 1juta penduduk Palestin(2/3 penduduk Gaza)hidup dalam keadaan ketiadaan bekalan elektrik ,manakala 700, 000(hampir setengah population) yang lain keputusan bekalan air.

Antum semua sudah baca dan lihat apa YANG BARU SAHAJA BERLAKU ini? Rasa macam mana?Masih biasa-biasa lagi? Checklah diri , mungkin ada mana-mana organ dalam diri yang bermasalah. Tak tahu nak buat apa?
BERDOALAH ..DAN BERDOALAH..BERJUANGLAH,SERANG EKONOMI MEREKA,BOIKOT BARANGAN ISRAEL DAN AMERIKA!!

inshaAllah, ana takkan jemu dan penat berkempen dan menyeru kepada antum semua untuk terus berdoa untuk rakyat Palestin dan terus memboikot barangan-barangan Israel dan Amerika. Penduduk di Gaza sedang bertarung nyawa, menderita sejak 2 minggu lalu,masih lagi terus cuba untuk bertahan dan berjuang, takkan ana yang baru beberapa hari berkempen dengan hanya duduk menulis sudah penat??

Ya Allah,bantulah Palesin, hancurkan Israel..aminnn


P/s:semua tu gambar2 fresh, baru lagi,kelmarin dan semalam punya. Nak gambar mayat2 terbaru lagi?silalah beli barang2 buatan Israel dan Palestin, nanti esok2,adalah yang terkorban tu. Best ke jadi penyumbang dana bagi pembelian peluru dan senjata askar Isrel ni?nanti boleh sape2 cerita perasan dia.bangga ke?terharu ke?

Sumber:
http://www.imemc.org
http://www.palestine-info.co.uk/en/
Terjemahan:
Muhammad Al-Fateh Muhammad Hanif