kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

1/18/09

Apa Salah Mereka??!




Sejak beberapa minggu yang lepas,beberapa kejadian yang amat tragis dilaporkan dari Gaza yang mengaitkan dengan kanak-kanak. Insan kecil ini lah yang paling banyak dilaporkan terkorban dalam serangan Israel terhadap Gaza selama hampir 3 minggu. Seolah-olah askar Israel laknatullah ini sengaja ingin menghapuskan bakal mujahid dan pejuang ISLAM di bumi Palestin agar mudah untuk mereka menguasai Palestin tanpa tentangan. Jika habis semua kanak-kanak Palestin dibunuh, siapa pula lagi yang bakal meyambung perjuangan pejuang-pejuang dan mujahid-mujahid pada masa akan datang? Siapakah yang akan membela nasib penduduk Palestin pada masa akan datang? Siapakah yang akan membebaskan Palestin dari cengkaman orang kafir pada masa akan datang?Ya Allah, peliharah dan lindungilah penduduk palestin..aminn

Di sini ana ingin meringkas beberapa kejadian yang amat tragis dan tidak boleh diterima akal bahawa kesemua perkara ini dilakukan oleh MANUSIA!!

5 orang kanak-kanak tebunuh
16/01/09, Jumaat:Di pusat perlindungan Buraij, seorang ibu beserta 5 orang anaknya antara yang terkorban dalam serangan yang dilakukan oleh askar Israel ke atas pusat perlindungan tersebut.Manal al-Batran, 35, terkorban bersama 5 anaknya, Bilal, 2, Izzidin, 3, Iman, 10, Ihsan, 10, Islam, 15.


Tubuh Kecil Dijadikan Bahan Latihan Menembak

"Ayah, saya akan mati"

Itulah jeritan terakhir yang masih lagi terngiang-ngiang di telinga seorang ayah dari mulut seorang anaknya yang amat disayangi. Kejadian ini berlaku ketika Ibrahim,9 mulai merasa boring terkurung di dalam rumah bersama 2 lagi abangnya untuk mengelak dari serangan askar Isarel lalu meminta ibunya agar mereka dapat bersarapan pada hari itu diluar rumah. Ketika mereka sudah menyiapkan hidangan di taman di luar rumah, rupa-rupanya ada mata yang sedang memerhatikan mereka. Pagi yang disangkakan akan dipenuhi dengan keceriaan dan kegembiraan dengan hidangan sarapan yang enak, akhirnya berakhir dengan tragedi yang tak mungkin dapat dilupakan oleh mereka.

Serangan Israel secara tiba-tiba telah menyebabkan Ibrahim tercedera.Mendengar jeritan Ibrahim "ayah, saya akan mati!" Awaga, ayah kepada Ibrahim segera mendapatkan anaknya yang sudah berlumuran darah dan terus membawa bersama isteri dan dua lagi anaknya untuk menyelamatkan diri. Belum sempat mereka sampai ke pintu pagar , tembakan mula menghujani mereka dan terkena pergelangan tangan Awaga dan kaki isterinya. Mereka sangkakan serangan itu akan berakhir begitu sahaja , tetapi beberapa askar Israel kelihatan mula mengampiri mereka sekeluarga.

Awaga mula menyangkakan bahawa dia akan dibunuh tetapi sebaliknya yang berlaku, tubuh Ibrahim yang penuh berdarah ketika itu menjadi tumpuan askar-askar Israel itu. Salah seorang daripada mereka menguis tubuh Ibrahim menggunakan KAKI !! Dan melepaskan satu tembakan di kepala insan kecil itu diiringi dengan ketawa besar!!Kemudian tubuh Ibrahim di bawa ke satu tempat yang lebih tinggi untuk mereka melakukan sesuatu yang lebih menyeronokkan di situ.


Awaga yang cedera ketika itu dapat melihat dengan jelas bagaimana tubuh anaknya menjadi bahan mainan dan latihan menembak bagi askar-askar Israel itu. Tubuh kecil yang sudah tidak bernyawa itu ditembak bukan sekali bahkan berkali-kali dan bukan seminit tetapi berjam lamanya dijadikan bahan mainan oleh Israel laknatullah itu. Setiap peluru yang dilepaskan diiringi dengan gelak ketawa dan perkataan yang tidak dapat di fahami oleh Awaga. Beliau hanya mampu menangis dan meraung melihat apa yang dilakukan oelah askar-askar laknatullah itu ke atas tubuh anaknya. Setelah beberapa jam "latihan menembak" berjalan , akhirnya askar Israel itu mula meninggalkan rumah mereka. Meninggalkan tubuh insan kecil itu yang sudah parah dan teruk bermandi darah. Hanya selepas 4 hari,barulah pihak Ambulans dapat menjejaki mereka.

"Apakah salah anak saya sehingga diperlakukan sebegitu rupa? Mereka menembaknya bukan sekali, bahkan beratus-ratus kali!!" ujar Awaga yang masih tidak boleh menerima apa yang telah berlaku.



DiBunuh Oleh Israel, Dimakan Oleh ANJING!!

"Ya Allah, aku tak pernah lihat pemandangan sebegini dahsyat" jerit seorang doktor kecemasan apabila melihat tubuh Shahd, 4 tahun yang sudah tidak dapat dicam lagi.

Kejadian ini berlaku ketika gadis kecil itu sedang bermain di luar rumah lalu terbunuh dalam serangan Israel ketika itu. Kedua ibu bapanya yang ketika itu cuba untuk mendapatkan anak mereka diserang bertubi2 oleh askar Israel menyebabkan mereka terpaksa berundur. Dan tubuh kecil itu terbiar diluar selama 5 hari dan akhirnya menjadi makanan anjiang yang tidak meinggalkan walau secebis pun daging pada tubuh kanak-kanak itu.Biarpun banyak kejadian dan kelukaan yang teruk telah ditemui oleh Dr aukal,tetapi kejadian yang menimpa kanak-kanak kecil ini paling tragis dan kejam yang pernah dia temui. Dr.Aukal yang menceritakan semula kejadian itu tidak dapat menahan dirinya menangis melihat apa yang telah berlaku.

Sepanjang 5 hari itu juga, Matar, abang kepada Shahd dan sepupu mereka,Mohamed, cuba untuk mendapatkan tubuh insan kecil itu tetapi tiap kali itu juga mereka dihujani oleh tembakan askar Israel. Dan akhirnya ketika mana sudah tidak tertahan melihat tubuh adiknya dikoyak-koyak dan dirobek anjing-anjing liar, akhirnya Matar dan Mohamed mengambil keputusan nekad dan terakhir untuk terus menyelamatkan tubuh Shahd dari terus menjadi santapan anjing-anjing itu. Yang mana akhirnya, belum sempat mereka sampai ke tubuh Shahd, mereka dihujani peluru dan tembakan Israel yang akhirnya menjadikan Matar dan Mohamed di antara salah seorang dari ribuan yang Syahid sejak serangan Israel ke atas Gaza pada 27 December 2008.

Zayda, salah seorang jiran muda menegaskan bahawa Israel memang sengaja melakukan sedemikian dengan menghalang ahli keluarga mendapat mayat atau tubuh anak mereka kerana meraka pasti selepas itu pasti akan ada anjing yang akan menyantap tubuh yang terbiar itu. Zayda yang tidak dapat menahan tangisan atas apa yang berlaku juga memberitahu bahawa apa yang berlaku tidak mungkin dapat digambarkan atau diceritakan dengan gambar atau berita untuk menggambarkan bagaimana dahsyat dan tragisnya melihat anjing-anjing tu mengoyak,merobak dan meratah tubuh kecil itu sehingga tidak tinggal walau secebis daging pada tubuh syahidah kecil itu.


Jenazah Menjadi Santapan ANJING!!

Di Jabalya juga menyaksikan kejadian yang serupa ketika seorang lelaki ingin mengebumikan 3 anaknya yang terbunuh tetapi belum sempat dikebumikan, mereka telah diserang oleh askar Israel. Setelah itu beberapa ekor anjing milik Israel laknatullah dilepaskan ke atas tubuh-tubuh kecil yang sudah tidak bernyawa itu yang sudah sedia untuk dikebumikan. Sesungguhnya apa yang brlaku memang sesuatu yang tidak mungkin dapat diterima oleh akal waras manusia.

http://www.islamonline.net
http://www.palestine-info.co.uk
Mohd Al-Fateh