kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

1/15/09

Allahuma Ihzimhum Wa Farriq Jam'ahum...

Sekitar serangan terhadap Israel bermula hari yang ke10.. Berdoa semoga perjuangan pihak mujahidin Palestin dapat meningkatkan lagi serangan mereka Aminnnn…


HARI KE 10 :

Pejuang Palestin sempat melancarkan 5 serangan roket ke Ushkul, Israel. Selepas itu, pejuang Palestin melancarkan lagi 2 roket ke Israel. 7.25 malam (waktu Mesir). KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) menembak sebuah helikopter apache Israel dengan penangkis kapal terbang, ruang udara Jabaliya. 7.30 malam (waktu Mesir). Abu Mujahid, jurucakap bagi kumpulan pejuang SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) yang berada di kedudukan Jabak Kashif, menyatakan tentera Israel menyerang kawasan yang dikawal pejuang-pejuang Palestin dengan sokongan udara. Pejuang Palestin membunuh 2 tentera Israel dan mengasak sehingga kereta kebal Israel tidak dapat mara lebih mendalam ke kawasan penduduk Palestin. Sementara itu, SARAYA AL-QUDS mengebom sebuah kenderaan pengangkut tentera Israel. Di kedudukan tersebut, AL-QASSAM dan SARAYA AL-QUDS dan kumpulan pejuang lain bergandingan mempertahankan serangan Israel. Malam. AL-QASSAM telah memperdaya seorang tentera Israel yang menyebabkan 3 tentera Israel terbunuh dan 30 tentera Israel yang lain parah. Menurut sumber Israel, kejadian tersebut berlaku kerana kesilapan kereta kebal Israel yang mengebom sebuah rumah yang disangka adanya pejuang Palestin tetapi mangsanya adalah tentera Israel. SARAYA AL-QUDS (sayap tentera JIHAD ISLAMI) menyatakan pihaknya meletupkan bom ke atas pasukan tentera Israel di Hayyu Zaitun melancarkan serangan roket ke Sderot, Israel. AL-QASSAM melakukan 3 serangan roket RPG ke atas jip perang Israel, timur Hayyu Tufah.

KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) mengebom sebuah pengkalan tentera udara Hatsur dengan serangan roket jenis grad.
Mereka menyatakan pihaknya menghalang kemaraan tentera Israel dengan menggunakan roket hawn dan senjata berat.KATAIB SYUHADA AL-AQSA(sayap tentera FATAH) mengebom sekumpulan kereta kebal di barat Gaza. 11.50 malam (waktu Mesir). KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) menyatakan pihaknya telah menjatuhkan sebuah pesawat pengintip tanpa juruterbang di Rafah, barat Gaza. Siaran 10 televisyen Israel: Beribu penduduk Israel meninggalkan bandar 'Askalan setelah diancam serangan roket pejuang Palestin. Sebelum itu, 4 serangan roket Palestin telah jatuh di 'Askalan, Israel.

HARI KE 11 :

Awal pagi tadi, 06/01/09. Paksi serangan Israel tidak sahaja dari serangan darat, malah melalui jalan laut. Menurut sumber, pejuang-pejuang Palestin berjaya menggagalkan sepasukan tentera Israel yang cuba memasuki Gaza melalui pantai Gaza di Dir Balah. Dinyatakan, sebaik sahaja tentera Israel mendarat, pejuang-pejuang Palestin menghujani mereka dengan ledakan peluru namun 2 pejuang Palestin syahid dalam pertempuran itu. Bagaimanapun, pasukan tentera Israel terpaksa berundur dan pulang ke kapal perang akibat gasakkan pejuang Palestin yang terlalu sengit. 06/01/09. KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) mengebom sebuah pengkalan tentera Israel, Tselim.Radio Israel, 06/01/09. 3 serangan roket yang dilancarkan dari Gaza jatuh ke Sderot. AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) menyatakan seorang dari kumpulannya syahid berikutan melakukan serangan 'amaliat istihadiah' apabila melompat masuk ke dalam sebuah kereta kebal Israel dan meletupkan dirinya. Turut berada dalam kereta kebal itu adalah tentera Israel. As-syahid bernama Sami Subuh. Seorang tentera Israel yang berpangkat brigade jeneral parah ketika bertempur dengan pejuang Palestin awal pagi tadi. 06/01/09. Pejuang Palestin melancarkan serangan roket jenis grad ke Be'er Sabie(Beer Sheba), selatan Israel. KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) mengebom sebuah kawasan penempatan Israel dengan 4 serangan roket jenis qassam. Pejuang-pejuang Palestin telah melancarkan 40 serangan roket ke Israel hari ini.

HARI KE 12 :

2 tentera Israel berjaya dibunuh oleh penembak tepat pejuang Palestin(ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN dan KATAIB PEJUANG KEBANGSAAN). Ini bukanlah kali pertama tentera Israel menjadi sasaran penembak tepat pejuang Palestin bahkan beberapa hari lalu, KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) juga berjaya menembak 2 tentera Israel. SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) melancarkan 6 serangan roket ke Sderot, Israel. KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) mengebom Ushdud dan Grata, Israel dengan serangan roket jenis grad. Sebuah lagi kawasan Israel, iaitu Majedal turut dibom dengan serangan roket jenis qassam.Penembak tepat dari pejuang KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) telah menembak 2 tentera Israel, barat laut Gaza. Pejuang-pejuang Palestin telah melancarkan 16 serangan roket ke Israel.

HARI KE 13 :

Penembak tepat dari kumpulan KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) berjaya menembak 3 tentera Israel di barat Beit Lahiya. KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) melancarkan 2 serangan roket jenis 'grad' ke pengkalan tentera udara Israel, Hetzarim. KATAIB As-Syahid ABU RISH(sayap tentera FATAH) mengebom kawasan di barat Naqab dengan 2 serangan roket jenis 'grad'. KATAIB MUJAHIDIN menyatakan pihaknya berjaya mengebom sepasukan tentera Israel. Sebuah kereta kebal Israel menjadi sasaran pelancar roket RPG. Menurut sumber, KATAIB MUQAWAMAH WATANIAH yang melancarkan serangan tersebut. KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) mengebom sebuah kawasan di Majedal, Israel kali yang ketiga dengan melancarkan serangan roket. Juga menyatakan pejuangnya telah mengebom sebuah pengkalan tentera, Isnad sufa, timur Rafah dengan serangan roket jenis 'qassam'. mengebom sepasukan tentera Israel yang menceroboh timur Hayyu Tufah dengan 3 serangan roket jenis 'qassam'. KATAIB SYUHADA Al-AQSA(sayap tentera FATAH) melancarkan serangan roket ke Sderot, Israel. Menurut sumber, roket yang dilancarkan itu jenis 'aqsa'. Kumpulan pejuang, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengebom Askalan dengan 3 serangan roket. 6.45 malam(waktu Mesir). 24 serangan roket telah jatuh di Israel hari ini. Serangan roket yang terakhir jatuh di Askalan.

HARI KE 14 :

KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) membalas kejahatan Israel dengan mengebom pengkalan tentera udara Israel, Tel Nauv dengan serangan roket jenis 'grad'. Menurut sumber, pengkalan tersebut terletak kira-kira 45km dari Gaza, malah kali pertama diserang dengan roket Palestin. Berikutan serangan Israel yang tertumpu kepada penduduk Gaza, AL-QASSAM membalas lagi serangan roketnya ke Ushdud, Majedal, Selim, Be'er Sabiek(Beer Sheba), Sderot dan Ain Salithah. SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) pula melancarkan 9 serangan roket ke Sderot, Askalan dan Kafr Ezzah. Pertempuran sengit berlaku antara pejuang Palestin dan tentera Israel di barat laut, Beit Lahiya. Dinyatakan, KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) mencederakan beberapa tentera Israel dalam pertempuran tersebut. Sementara itu, AL-QASSAM menyatakan pihaknya mengebom bandar Ushdud untuk kali kedua dengan serangan roketnya. Menurut sumber tentera Israel, sebanyak 30 serangan roket telah dilancarkan ke Israel semenjak awal pagi tadi. Pasukan khas dari kumpulan KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) berjaya membunuh 8 tentera Israel. Menurut Abu Ubaidah, jurucakap AL-QASSAM, ketika itu pasukan AL-QASSAM mendapati sepasukan pasukan khas Israel memasuki sebuah rumah tanpa penghuni. Serta-merta pasukan khas AL-QASSAM menuju ke rumah tersebut. AL-QASSAM bertindak menembak secara berdepan kesemua 8 tentera Israel. Kejadian tersebut berlaku di Kemin, Beit Lahiya. SARAYA AL-QUDS melepaskan tembakan roket RPG ke arah sepasukan khas Israel. Menurut sumber, kejadian itu berlaku ketika pasukan khas Israel berada di dalam sebuah rumah. Pihak Israel mengakui, 3 tenteranya parah dalam pertempuran dengan pejuang Palestin.

HARI KE 15 :

Mohammad Nazal, salah seorang pemimpin HAMAS menyatakan, 12 tentera Israel terbunuh kelmarin. Sementara itu, penembak tepat dari pejuang KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) melakukan operasi tersebut di beberapa kawasan dan tempat sekitar Gaza. Mohammad Nazal, salah seorang pemimpin HAMAS menyatakan, 12 tentera Israel terbunuh kelmarin. Sementara itu, penembak tepat dari pejuang KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) melakukan operasi tersebut di beberapa kawasan dan tempat sekitar Gaza. 3 serangan roket jenis 'grad' yang dilancarkan dari Gaza jatuh ke Sderot dan Askalan. Menurut sumber, serangan tersebut menyebabkan 2 penduduk Israel mengalami kecederaan dan 2 buah bangunan mengalami kerosakan. KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) telah mengebom sebuah pengkalan tentera udara 'bilmakhem' dengan serangan roket jenis 'grad'. Menurut sumber, kali ini serangan roket Palestin mampu mencapai jarak 50km.

HARI KE 16 :

KATAIB SYAHID JIBRIL menyatakan pihaknya telah menggagalkan tentera Israel yang cuba menceroboh barat Beit Lahiya. Setakat ini, AL-QASSAM telah:

- Mengebom penempatan Sderot dengan 3 serangan roket jenis 'qassam'.
- Melancarkan serangan roket ke 2 buah penempatan Israel, Ushdud dan Nativout dengan roket jenis 'grad'.- Mengebom pengkalan tentera udara Israel, Belmakhiem bagi kali kedua dengan serangan roket jenis 'grad' dan 'qassam'.- Bandar Beer Sheeba dengan satu serangan roket jenis 'grad'.- Seorang tentera Israel dari sebuah pasukan turut menjadi sasaran penembak tepat AL-QASSAM di selatan bandar Gaza.- Berjaya meletupkan sebuah kereta kebal Israel dengan 2 bahan peledak di barat Jabaliya. Hanya beberapa minit selepas wartawan memberikan laporan kepada pemberita, satu serangan roket pejuang Palestin jatuh di selatan Israel. 7.45 malam(waktu Mesir). KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) menyatakan pejuang AL-QASSAM berjaya menembak sebuah helikopter apache milik tentera udara Israel. Pejuang dari kumpulan SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) membedil sepasukan jentera perang Israel di utara dan selatan gaza dengan menggunakan beberapa pelancar roket. AL-QASSAM mengebom Majedal, Israel dengan 2 serangan roket jenis 'grad'.

HARI KE 17 :

Fakta daripada KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) semenjak Israel mula menyerang Gaza.Setakat ini, pejuang Palestin telah melancarkan 330 serangan roket ke Israel. Jumlah tentera Israel termasuk pegawai tentera yang dibunuh pejuang Palestin sebanyak 32, manakala 315 tentera Israel cedera akibat tentangan daripada pejuang. 5 buah helikopter apache mengalami kerosakan akibat ditembak dengan penangkis kapal terbang. Sebuah pesawat pengintip tanpa juruterbang milik Israel juga berjaya dijatuhkan oleh AL-QASSAM. SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) melancarkan 8 serangan roket ke Netzarim, Israel. Di kawasan yang lain, SARAYA AL-QUDS mengebom sebuah jentera perang Israel. 3.05 petang(Mesir)/9.05 malam(Malaysia). KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) menyatakan, pihaknya telah menawan seorang tentera Israel. Bagaimanapun tentera tersebut terbunuh dalam satu pengeboman yang dilakukan Israel. Menurut AL-QASSAM, tentera tersebut terbunuh bersama sekumpulan tentera Israel yang ditawan pejuang Palestin. Menurut pejuang Palestin, setakat ini mereka telah melancarkan 11 serangan roket ke Israel. KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) melancarkan 3 serangan roket ke Sderot, Israel. Di Jabaliya, AL-QASSAM mengebom sebuah jentera perang Israel. Manakala di Buraij, AL-QASSAM mengebom artileri Israel. ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN dan KATAIB SYAHID JIHAD JIBRIL mengebom sebuah jentera perang Israel dengan pelancar roket hawn.

HARI KE 18 :

Abu Wadi', jurucakap bagi kumpulan pejuang KATAIB SYAHID ABU ALI MUSTAFA menyatakan kumpulannya bersama KATAIB SYUHADA AL-AQSA dan KATAIB AIMAN JUDAH menyerang sekumpulan jentera perang Israel secara berhadapan. Bagaimanapun, Abu Wadi' menjelaskan selepas melancarkan serangan itu, terus mereka beredar dengan segera. Pejuang KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS): Pasukan infantri Israel menjadi sasaran serangan hendap di Khaza'ah. KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS): Seorang pegawai tentera Israel terbunuh dan 4 lagi tentera Israel parah akibat letupan daripada sebuah rumah yang diisi dengan peledak.

HARI KE 19 :

SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) meletupkan sebuah rumah yang dijadikan kubu pertahanan pasukan khas tentera Israel, selatan Gaza. Jumlah tentera Israel yang terbunuh belum dinyatakan. KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) meletupkan sebuah kereta kebal Israel dengan peledak. Kejadian tersebut berlaku di timur Gaza. Di utara Gaza pula, AL-QASSAM menembak sebuah kereta kebal Israel dengan pelancar roket RPG. KATAIB SYUHADA AL-AQSA(sayap tentera FATAH) melancarkan 3 serangan roket ke bandar Askalan, Israel yang berhadapan dengan utara Gaza. KATAIB MUQAWAMAH WATANIAH mengebom ke atas sekumpulan jentera perang Israel dengan roket hawn di selatan Gaza. Pejuang KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) bertindak merempuh masuk ke sebuah rumah yang diceroboh pasukan khas Israel. Menurut sumber, pejuang AL-QASSAM melepaskan tembakan yang mengakibatkan beberapa tentera khas Israel terbunuh dan parah. Sementara itu, pasukan penembak tepat AL-QASSAM menembak 2 tentera Israel berdekatan Mukhayyam Shatie dan meletupkan sebuah jentera perang Israel dengan pelancar roket hawn. Pejuang Palestin(AL-QASSAM, SARAYA AL-QUDS, SYUHADA AL-AQSA dan beberapa lagi kumpulan) telah mengebom beberapa penempatan dan kawasan Israel. Menurut sumber Israel, sebanyak 15 serangan roket Palestin jatuh ke beberapa penempatan Israel. Antaranya, Beer sheeba, Askalan, Netvatuf, Ain Thalita, Aushkul, Ushdud, Nehal Auz, Oulu Meem dan Kafr Ezza.
SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) telah mengebom sebuah jentera perang Israel di Netzarim, Gaza. SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI): Pejuang Palestin berjaya menggagalkan satu operasi komander Israel yang cuba mendarat dipersisiran pantai Gaza. Menurut sumber, beberapa tentera Israel parah dalam pertempuran itu. Askalan dan Ushdud dibom dengan serangan roket pejuang Palestin jenis 'grad'. Menurut sumber, sebuah kilang kimia di Ushdud, Israel terbakar dan meletup yang dipercayai terkena serangan roket pejuang Palestin. Beberapa Israel dinyatakan mengalami kecederaan dan parah.

Jumlah tentera Israel yang terbunuh dan cedera
(Fakta: 12/01/09, KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera HAMAS)

Jumlah tentera Israel termasuk pegawai tentera yang terbunuh semenjak perang bermula di Gaza adalah 32, manakala tentera Israel yang mengalami kecederaan termasuk kritikal adalah 315.

sember : minipavilion.blogspot.com ( PMRAM)