kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

12/31/08

Happy New Year??

Kisah tentang gambar ini akan dipostkan kemudian.inshaAllah.
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Happy New Year??

Masanya untuk Bertindak!!




Kempen antarabangsa Palestin bagi membatalkan kepungan di Gaza pada hari Isnin lalu berkata bot yang diberi nama "Dignity" akan belayar dari Cyprus ke Gaza petang ini (5 pm,Isnin,29 Desember)dengan membawa para doktor dan bekalan perubatan sebanyak 3 tan. Anak kapal terdiri daripada 15 orang dari 11 negara yang berbeza .

"Kami tidak meminta IZIN daripada Israel untuk pergi, dan kami tidak akan berhenti sehinggalah Dignity selamat berlabuh di Gaza. Kami menjawab panggilan kecemasan daripada hospital di Gaza dan petugas2 pusat kesihatan di sana dengan membawa masuk 3 orang doktor yang mana mereka akan tinggal dan bekerja di sana untuk beberapa minggu. Kami akan mempertanggungjawabkan Israel atas keselamatan anak-anak kapal dan bekalan perubatan kami" kata salah seorang daripada mereka.

Ewa Jasiewicz, penganjur fREE GAZA yang tingal di Gaza berkata,"di manakah PBB, dimanakah Liga Arab?dimanakah pemalmpau2 yang menentang kekejaman Israel dan pertubuhan2 Mesir?Setiap Hospital di Gaza sudah kehabisan bekalan ubat. Israel sedang melakukan kemusnahan dan kekejaman di sini. Dengan hanya berkata dan mengutuk tidak cukup. Dunia perlu bertindak sekarang untuk menghentikan kegilaan ini"

Gerakan Pembebasan Gaza(Free Gaza Movement) ini akan terus melakukan tindakan yang tidak akan dilakukan oleh pemerintah2 lain di dunia ini iaitu,mengambil tindakan terus untuk mempertahankan kesihatan, nyawa dan maruah penduduk2 Gaza Di Palestin.

"Kami perlu mencipta satu kesedaran untuk menukar cara hak asasi manusai dari hanya berkata-kata kepada kenyataan. Palestin mempunya hak yang tidak boleh di cabut untuk hidup dan hak yang tidak boleh disangkal untuk hidup dengan bermaruah" ujar mereka lagi.

Para delegasi misi ini terdiri:
  • Pekerja hak asasi manusia dan kemanusiaan antarabangsa daripada Cyprus,
    Australia, Ireland, Great Britain, Tunisia, and the United States.
  • Doktor ke Gaza sebagai sukarelawan di hospital tempatan terdiri daripada Dr
    Elena Theoharous, ahli bedah dan Anggota Parlimen dari Cyprus
  • Jjournalis ke Gaza untuk melaporkan serangan besar-besaran,Wartawan Al-Jazeera Sami al-Haj, mantan pertahanan di Teluk Guantanamo .
  • Cynthia McKinney, mantan anggota wanita kongres US.


DISERANG!!


Satu bot bantuan kemanusiaan antarabangsa yang mengisi bekalan perubatan dan doktor-doktor bedah telah diserang oleh tentera laut rejim Zionis. Menurut pergerakan Free Gaza, bot yang dipanggil The Dignity itu telah ditembak pada jam 6:45 pagi Selasa tadi.

Jurucakap media berkata , beliau telah berhubungan dengan penumpang bot yang terdiri dari seorang bekas ahli kongres US dan seorang Ahli Parlimen Cyprian , tetapi sejurus sebelum hubungan telefon bimbit terputus , tembak-menembak jelas kendengaran . Tiada siapa dilaporkan tercedera pada masa itu pada masa terputus hubungan telefon namun selepas itu tidak dapat dipastikan sama ada terdapat sebarang kecederaan atau tidak,

Dalam satu siaran akhbar, pergerakan Free Gaza menyatakan, “Bertentangan dengan undang-undang laut antarabangsa, tentera laut rejim Zionis menghalang bot Dignity daripada menghampiri Gaza atau mencari perlindungan sama ada di Mesir atau Lubnan.

*Berita terbaru mengatakan Dignity telah selamat sampai di Gaza dan menurunkan bekalan2 ubatan di sana.

Latarbelakang Misi:
The Dignity bertolak daripada Larnaca Port di Cyprus pada jam 7pm (UST) Monday 29 December, pergi atas tujuan kemusnahan perang di Gaza bersama muatan lebih dari 3 tan daripada bekalan ubat yang di sumbangkan oleh masyarakat Cyprus. Pada permintaan kami, kapal itu telah di cari di bawah kuasa Cypriot Port terlebih dahulu untuk bertolak,untuk menjamin bahawa tiada apa2 yang mengancam di bawa,hanya bekalan ubatan kecemasan sahaja.

Senarai Nama anak2 kapal:

  1. (UK) Denis Healey, Captain
  2. (Greece) Nikolas Bolos, Jurutera Kimia dan aktivis hak asasi manusia. Berkhidmat sebagai anak kapal dalam beberapa trip Free Gaza termasuk yang pertama pada Ogos tahun ini.
  3. (Jordan) Othman Abu Falah
    Pengarah yang telah lama bersama Al-Jazeera Television. Beliau akan kekal di Gaza untuk melaporkan atas seranagn ketenteraan.
  4. (Australia) Renee Bowyer
    Guru sekolah dan aktivis hak asasi manusia.Akan kekal di Gaza untuk melakukan tugas2 kemanusian dan mebuat laporan.
  5. (Ireland) Caoimhe Butterly
    Dikenalai sebagai aktivis hak asasi manusia dan penyelaras bagi Gerakan Pembebasan Gaza(Free Gaza Movement).Akan kekal di sana bagi tugas hak asasi manusia dan bekerja dalam projek pembangunan bersama Free Gaza.
  6. (Cyprus) Ekaterini Christodulou
    Telah dikenali dan dihormati sebagai penulis bebas di Cyprus.Ke Gaza untuk melaporkan konflik di sana.
  7. (Sudan) Sami El-Haj
    ketua bahagian hak asasi manusia di Al-Jazeera Television. Akan kekal di Gaza untuk melaporkan serangan ketentaraan di sana.
  8. (UK) Dr. David Halpin
    orthopaedic surgeon yang berpengalaman, professor perubatan, captain kapal. Ke gaza sebagai sukarelawan di hospital dan klinik.
  9. (Germany) Dr. Mohamed Issa
    pediatric surgeon dari German.Ke gaza sebagai sukarelawan di hospital dan klinik.
  10. (UK/Tunisia) Fathi Jaouadi
    Penerbit TV dan aktivis hak kemanusiaan. Kekal diGaza untuk melakukan tugas kemanusian.
  11. (USA) Cynthia McKinney
    Bekas anggota kongress wanita U.S. dari Georgia, dan pada 2008 Presiden Green Party Ke Gaza untuk menilai konflik yang sedang berlaku.
  12. (Cyprus) Martha Paisi
    senior research fellow dan aktivis hak asasi manusia yang berpengalaman. Ke Gaza untuk menjalan tugas2 kemanusiaan.
  13. (UK) Karl Penhaul
    video correspondent untuk CNN,Bogotá, Colombia. Ke Gaza untuk malaporkan konflik yang sedang berlaku.
  14. (Iraq) Thaer Shaker
    Jurukamera Al-Jazeera television. Ke gaza untuk malaporkan seangan yang berlaku.
  15. (Cyprus) Dr. Elena Theoharous, MP
  16. Dr. Theoharous pakar bedah dan ahli Cypriot Parliament.Ke Gaza untuk menilai dan mengkaji konflik di sana .


Sumber:
http://www.freegaza.org
http://www.turkishweekly.net
Terjemahan:
Mohd Al Fateh Muhamad hanif (Abe Long=p)
Sumber lain:
http://www.palestinkini.info
.
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Masanya untuk Bertindak!!

Kesinambungan: Semarakan Intifadha

Penyerahan memorandum hanya diluar kedutaan Amerika..(takut la tu..)




KUALA LUMPUR, 30 Dis (Hrkh) - Kira-kira 500 aktivis dari pelbagai NGO dan parti politik menyertai himpunan aman membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat tengah hari tadi.


Himpunan yang dikepalai Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu itu bermula pada jam 11.30 pagi dengan peserta berhimpun di hadapan Bangunan Tabung Haji.

Turut hadir ialah, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Mohd Ghazali; wakil Jemaah Islah Malaysia (JIM); wakil mahasiswa Islam dan beberapa NGO tempatan.

Himpunan hari ini juga turut disertai beberapa aktivis Palestin yang berada di Malaysia.

ImageMereka membawa bendera Hamas, sepanduk yang mengecam Israel, sambil berselawat dan bertakbir.

Tepat jam 12.00, wakil himpunan, Mohamad Sabu telah menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Amerika yang hanya menerima memorandum tersebut di luar bangunan kedutaan.

Kira-kira 100 anggota Polis dan keselamatan memantau perjalanan himpunan, namun tiada tangkapan berlaku.

Memorandum yang diserah kepada wakil kedutaan antara lain menuntut Amerika segera campur tangan dalam memaksa Israel menghentikan segera serangan ke atas penduduk Palestin.

Jurucakap himpunan, Dr syed Azman yang membacakan memorandum menyatakan NGO dan parti-parti politik di negara ini mahu Amerika mengarahkan sekutunya (Israel) menghormati ketetapan yang telah dibuat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mengenai kebebasan wilayah Gaza bagi rakyat Palestin.

Tindakan biadap Israel itu dikecam keras dan seluruh masyarakat dunia kini turut membantah keras kekejaman Israel itu.

Serangan pada sabtu lalu sesungguhnya menunjukkan Israel melanggar ketetapan yang telah dibuat PBB, malah Israel dengan sengaja membunuh lebih 200 penduduk awam di Palestin, katanya.

Serangan tidak beradap ini ditentang keras oleh seluruh dunia, namun Amerika selaku negara pembela Israel masih terus menyokong kekejaman yang dilakukan sekutunya itu, katanya.

Justeru rakyat Malaysia meminta agar Amerika dan beberapa pertubuhan dunia segera mendesak Israel menghentikan kekejaman ke atas penduduk terutamanya di Gaza.

Sementara itu, Naib Presiden PAS yang bercakap selepas penyerahan memorandum menyifatkan Israel kini menjadikan Gaza seperti sebuah penjara yang memuatkan 1.6 juta penduduk Palestin.

Gaza di kepung sejak serangan bermula Sabtu lalu tanpa sebarang bantuan boleh dibenarkan masuk ke sana, katanya.

Namun pertubuhan-pertubuhan neghara bangsa dan umat Islam di dunia ini tidak pun bertindak bagi menekan Israel menghentikan tindakan biadap itu, katanya.
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Kesinambungan: Semarakan Intifadha

12/30/08

Doa untuk Palestin...

Hafal dan selitkan disamping doa2 antum selepas solat dan di mana sahaja antum berada..
Terjemahannya dalam BI ada di dalam video ini, untuk memastikan sebutan doa kita semua betul agar sampai maknanya, ana telah menyalin doa ini dari sebuah video lain..semoga dapat sama2 kita amalkan untuk kesejahteraan umat islam di Palestin dan di mana saja.InshaAllah..



بسم الله الرحمن الرحيم

حسبنا الله ونعم الوكيل…………… حسبنا الله ونعم الوكيل.

يا ذا الجلال و العزة .. …………... يا ذا الجلال و العزة

أنقذ المسلمين في غزة, اللهم أنفذ المسلمين في غزة

اللهم كن لهم عونا و نصيرا, اللهم ربنا عز جارك

وجل ثناؤك و تقدست أسماؤك, اللهم لا يرد أمرك

و لا يهزم جندك, سبحانك و بحمدك

اللهم عليك باليهود الظالمين, اللهم منزل الكتاب مجري السحاب

هازم الأحزاب اهزمهم وزلزلهم, اللهم أرنا فيهم عجائب قدرتك

قتلة الرسل و الأنبياء ظلمة العزل الأبرياء,

اللهم حرر المسلمين في غزة, ياذا الجلال و العزة

اللهم فك أسرهم و اشفي مريضهم واكشف كربتهم

اللهم بدل خوفهم أمنا ياذا الجلال و العزة

اللهم أعز الإسلام و المسلمين, وأذل الشرك و المشركين

ودمر أعداء الدين, واحم حوزة الإسلام

واجمع كلمة المسلمين على الحق, يا رب العالمين

اللهم أنج المستضعفين من المسلمين في كل مكان

اللهم أصلح أحوال المسلمين في فلسطين و في العراق و في كل مكان

اللهم ألف بين قلوبهم و اهدهم سبل السلام

وأخرجهم من الظلمات إلى النور

ياذا الجلال والإكرام و العزة.

layari http://www.minipavilion.blogspot.com/
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Doa untuk Palestin...

12/29/08

Semarakkan Intifadah!!




KUALA LUMPUR, 29 Dis (Hrkh) - “Saya akan bermain muzik hari ini dan merayakan apa yang dilakukan oleh tentera udara Israel”.

Begitulah ucapan penuh biadap pegawai pertahanan awam entiti haram Israel bernama Ofer Shmerling yang diungkap semula oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub untuk mengajak semua rakyat Malaysia membantah kekejaman dan sifat ‘kebinatangan’ Israel terhadap penduduk Palestin sekaligus memberi pengajaran kepada pengganas yang angkuh itu.

Intifadah tersebut akan diadakan esok (Selasa) di kedutaan Amerika 30 Disember, jam 11.00 pagi.

Salahuddin mengajak semua rakyat Malaysia memastikan kehadiran mereka dalam perhimpunan Intifadah di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak bagi membantah keganasan terburuk pengganas-pengganas Israel di Gaza sepanjang konflik Palestin-Israel sejak 1967.

“Saya menyeru semua rakyat Malaysia yang prihatin, tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik menyemarakkan Intifadah di hadapan kedutaan Amerika itu.

“Jika anda ragu-ragu untuk menyertai Intifadah rakyat Malaysia menentang keganasan Israel Selasa ini, anda boleh membaca apa yang diucapkan oleh seorang pegawai pertahanan awam entiti haram Israel bernama Ofer Shmerling: ‘Saya akan bermain muzik hari ini dan merayakan apa yang dilakukan oleh tentera udara Israel,” katanya berang dengan ungkapan tersebut. - azm _

sumber Harakahdaily

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Semarakkan Intifadah!!

Mari Berusaha.... BOIKOT....










Fatwa Dr Yusof al-Qardhawi

" Jihad untuk membebaskan tanahair Islam dari serangan dan penjajahan musuh Islam adalah suatu kemestian dan kewajipan suci agama. Ini berdasarkan dalil yang kukuh dalam al-Quran, Sunnah dan Ijma` Ulama`. Kewajipan ini secara utamanya terbahu ke atas penduduk-penduduk yang menghuni tanah berkenaan, kemudian wajib di atas bahu umat Islam sekitarnya. Sekiranya mereka tidak mampu, maka kewajipan tersebut menjadi kewajipan umat Islam seluruh dunia.

Antara bentuk pertolongan dan bantuan terhadap rakyat Palestin tersebut ialah memboikot secara total barang buatan Israil dan Amerika, kerana setiap ringgit atau dirham, dolar atau pound yang anda gunakan membeli barangan tersebut akan berubah menjadi peluru yang ditembakkan ke arah saudara-saudara dan anak-anak di Palestin ".

Antum sudah membacanya bukan? so apa tindakan antum seterusnya?? adakah kita ingin digolongkan dalam kumpulan manusia yang menyumbang peluru hidup kepada tentera syaitan agar dibenam ke dalam jasad pejuang2 Allah??

Yaps, ana akui bukan mudah untuk kita memboikot barangan2 tersebut dan ana juga mengakui bahawasanya ana juga tergolong dalam golongan orang2 yang mengunakan barangan tersebut, akan tetapi adakah kita akan terus berada dalam keadaan sebegini? mengunakan barangan tersebut sewenang2nya seolah kita tidak mempunyai perasaan bersalah sedikit pun terhadap kekejaman israel?? So anak ingin mengajak kepada sahabat2 marilah sama2 kita mencuba sekadar kemampuan kita untuk memboikot barangan2 hasil daripada buatan musuh islam ini. Ana yakin kita tidak akan mati kelaparan sekiranya kita tidak menjamah KFC, kita tidak akan kehausan sekiranya kita tidak meneguk COCA COLA, kita tidak akan kekurangan maklumat kalau kita tidak membaca The Sun dan sebagainya..

Kalau kita tidak dapat meninggalkan semua janganlah sampai kita mengunakan semua k
PEACE :)

Ingatlah firman Allah yang bermaksud :

" Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan orang-orang yang memerangi kamu kerana agama sebagai kawanmu dan (mereka) mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim ".(surah Al-Mumtahanah :9)"
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Mari Berusaha.... BOIKOT....

Palestin Bermandi DARAH!!

















Hati mana yang tidak tersentuh, jiwa mana yang tidak terluka, mata mana yang tidak mengalirkan air mata melihat penderitaan dan kekejaman yang dilakukan ke atas saudaranya sendiri. Bukankah umat Islam itu kesemuanya bersaudara?

Dan kini, saudara-saudara kita yang lain sedang mnderita dan di zalimi di Palestin! Israel laknatullah terus melakukan kekejaman yang tiada henti ke atas penduduk Palestin. Tidak berperikemanusiaan .Ternyata mereka lebih teruk dari seekor binatang !!

Ya Allah, peliharah dan lindungilah,jua selamatkan saudara2 ku di Palestin ini. Tak termampu untuk diri ini membantu bersama2 menentang kekejaman musuh Allah juga musuh seluruh umat islam. Hanya doa saja mampu ana kirimkan buat mereka semua saudara2 ku di Gaza.

Sama-samalah kita berdoa, melakukan solat hajat memohon agar umat Islam di sana dilindungi dan musuh2 Islam itu dihancurkan! Ketika ini, di serata negara islam sedang giat melakukan demontrasi juga menghulurkan bermacam-macam bentuk bantuan untuk mangsa2 di palestin.

Dan kita pula, bagaimana?masih adakah lagi masa untuk kita bergembira dan bersantai-santai bercerita2 dan bergelak ketawa ketika ini?Masih bolehkah kita mengupdate friendster dengan komen2 dan gambar2 harian kita,jua kisah2 dan gambar-gambar yang menghiburkan? Masih sanggupkah kita untuk meraikan , berhibur dan bersorak- sorak keriangan menyambut kedatangan tahun baru?

Ingat,mereka itu SAUDARA kita, kita akan disoal nanti,apakah sudah kita tunaikan tanggungjawab dan menunaikan hak2 terhadap saudara-saudara Islam kita yang lain?
Ana rasa, antum semua sudah cukup bijak untuk berfikir apa yang sepatutnya kita lakukan ketika ini....!Janganlah menjadi muslim buta dan tuli seolah-olah tidak ada apa berlaku..
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - Palestin Bermandi DARAH!!

12/28/08

SALAM TAHUN BARU HIJRAH..


MUHARRAM adalah titik permulaan. Padanya bermula perkiraan Taqwim Islam setelah sekian lama umat manusia dibelenggu oleh percaturan kuasa besar Rom dan Parsi. Ia juga menjadi lambang kepada tarikh sejarah penghijrahan dalam usaha mendukung pegangan dari kezaliman yang semakin mencengkam hingga menggugat kehidupan.

Kesinambungan Hijriah didasarkan kepada rungkaian peredaran bulan yang dipetik dari hikmah al-Quran. Padanya jugalah tersemat sejarah manis dan pahit, dari sejarah mencari kedamaian di perantauan hinggalah pembunuhan cucu penghulu segala manusia lantaran merebut kekuasaan.

Semoga Muharram akan memberi satu kekuatan kepada kita demi mengharungi kehidupan insan yang bakal menghadapi segala rintangan serta cabaran dalam perjalanan menggapai keredhaan Ilahi, insya Allah.

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - SALAM TAHUN BARU HIJRAH..

إنا نحن نزلنا الذكر وإنا له لحافظون ب


Sambungan ke2 :-

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".Luqman 31:13

Syirik bukanlah satu perkara yang boleh di permain-mainkan dan syirik yang paling nyata adalah dengan menyembah sesuatu selain daripada Allah s.w.t, dan hokum yang sangat jelas bagi perkara ini ialah murtad. Di dalam Al-quran terdapat lebih dari seratus kalimah dunillah (selain Allah) dan dunihi (selainya) yang membawa maksud taat dan menyembah selain Allahg adalah syirik. Seorang mukmin yang melakukan perkara-perkara yang tidak terdapat dalam perintah Allah dan tidak menurut syariat, maka bererti dia tidak mentauhidkan Allah. Firman Allah yang bermaksud : “Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.” Yusuf 12:106

Kesan daripada melakukan syirik ini adalah amat menakutkan, syirik dapat menghapuskan segala amlan baik manusia seumpama api yang marak menyala membakar pohon-pohon hijau di hutan kering. Allah berfirman maksudnya : Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.” Az-zumar 39:65. Allah juga telah memperumpamakan orang-orang yang menyekutukanNya ibarat orang yang jatuh dari langit kemudian angotanya berserakan lalu menjadi santapan bari kawanan burung. “(Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun denganNya; dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan).” Al-Hajj 22:31. Lantasan sebagai seorang muslim kita diwajibkan agar menjauhi perkara-perkara yang boleh membawa kepada mensyirikkan Allah malahan kita hendaklah memerangi sehabis mungkin segala perkara serta perbuatan yang membawa kepadanya, ini bertepatan dengan pengutusan para rasul begi menyeru kepada keabdian diri pada yang esa serta memerangi syirik. “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.” Al-Nahl 16:36

Antara nasihat Luqmanul hakim yang perlu kita hayati bersama

1) Berbuat baik kepada kedua ibubapa, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” 31:14. Perkara mentaati ibubapa adalah satu perkara yang amat dititik beratkan dalam islam. Bukan sahaja dalam Al-quran malah banyak hadis nabi yang mewajibkan kepada seluruh umatnya agar mentaati segala perintah ibubapa. Dalam satu hadis nabi yang bermaksud “ keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa” lihat betapa besarnya peranan ibubapa dalam konteks kehidupan kita selaku orang insane yang beriman. Akan tetapi perlu diingatkan di sini ialah tidak semua perintah yang dikeluarkan oleh ibubapa perlu kiat patuhi, ia bergantung pada arahan tersebut. Sekiranya perintah tersebut membawa kepada mensyirikan Allah maka wajib kita ingkari arahan tersebut. Ia di nukilkan dalam firman Allah yang bermaksud “Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh).” 31:15

2) Setiap amalan pasti ada pembalasannya. "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi. 31:16 setiap yang dialakukan oleh hamban ya pasti akan dibalas tidak kira besar atau kecil,tidak kira baik atau buruk, walaupun ia tersembunyi sekali pun di sebalik benda yang keras,teguh,besar, umpama benteng besar sebesar langit pun pasti diketahui oleh Allah dan akan dihukumnya. “Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?" Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)” Az-Zalzalah 99:1-8

3) Mengerjakan solat serta menyuruh kepada kebaikan dan melarang kemungkaran. "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. Luqman 31 : 17. Insan yang ingin melakukan amar makruf nahi mungkar ini perlulah mempersiapkan diri sebaik yang mungkin, menyirami diri dengan ilmu pengetahuan yang banyak serta memahami konsep dakwah ini, agar mereka tidak mengalamai kekecewaan atau putus harapan dengan ujian-ujian yang akan di tempuhi.. setiap perjuangan pasti akan ada ujian yang perlu di tempuhi. “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” Al-Angkabut 29 : 2&3.

Pada akhir surah ini Allah s.w.t menegaskan kepada selruh manusia supaya bertaqwa kepadaNya serta menjelaskan perihal hari qiamat di masa pada hari tersebut seorang ayah tidak akan sekali-kali dapat menolong anaknya begitu juga sebaliknya.. segala perhubungan sahabat karib, kaum kerabat tidak lagi bermanfaat, segala penyesalan dan pembelaan tidak lagi berguna, hany amalan kebajikan sahaja menjadi teman pelepasan. Allah menciptakan hari kiamat unutk menusia, untuk memberikan keadilan kepada makhluk-makhluknya. Menghitung segala amalan manusia yang telah dilakukan di dunia dahulu dengan memberikan kenikmatan syurga pada hambanya yang beramal soleh dan menjatuhkan hukuman neraka pada hambanya yang ingkar serta melakukan kemaksiatan..

“ Sesungguhnya Allah hanya pada sisiNya sajalah pengetahuan tentang hari kiamat dan Dial ah yang menurunkanhujan dan mengetahui apa yang ada pada rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakan esok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi manakah dia akanmati. Sesungguhnya llah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - إنا نحن نزلنا الذكر وإنا له لحافظون ب

12/24/08

APABILA HASAD MENGUASAI....



DIBENARKAN UNTUK DIPETIK DARI
http://jihadislami.blogspot.com


Bila DPMZ Meniti Saat Kegemilangannya...

menjadi buruan beberapa insan dengan dakyahnya...


(Nukilan Naluri : Muhamad Mumtaz Bin Harun)

PMRAM dengan kakitangannya yang begitu ramai, dengan didokongi dan disokong oleh majoriti penuh mahasiswa/wi sejak ditubuhkan hinggalah sekarang telah banyak memberi khidmat kepada mahasiswa serta siswi Malaysia yang berada dibumi mesir sejak sekian lama. Ianya bermula pada tahun 1930 PMRAM ditubuhkan(seperti yang terpancar dilogo PMRAM). Hitungan tahun kiranya dihisab sehingga sekarang mencecah jangka umur 78 dan hampir masuk ke 79 tahun. Nilaiannya bukan sebagai seorang tua bangka yang tidak mampu menampung diri apatah lagi membantu pihak lain, akan tetapi bernilainya PMRAM dengan umurnya yang matang umpama Mutiara berharga yang kiranya hilang amat dikhuwatiri oleh setiap pelajar sekiranya mutiara ini tiada, hilanglah salah satu tempat begantung siswa/siswi umpama anak kehilangan ibu dan ayah ( BP PMRAM dan HEWInya). Ditubuhkan demi menjaga kebajikan, memberi keilmuan, melahirkan masyarakat mahasiswa dan siswi yang berguna dan berjasa kepada agama, nusa bangsa serta banyak lainnya yang tidak terkira.

Begitu banyak sejarahnya yang boleh didapati dalam simpanan fail PMRAM berikutan suka dukanya. Sejarah Tujuh DarsaWarsa sudah cukup untuk kita hayati dan andai diselami umpama berada dizamannya, terkadang bisa mengalir air mata mengenangkan pengorbanan jenerasi terdahulu dan terfikir mampukah jenerasi ini mengekalkan kesinambungannya, terkadang berbangga dengannya kerana tetap thabat dalam perjuangan walau dilanda arus peruntuh serta lambungan pujian yang merupakan ujian tika suka duka, dan ketika bersamanya merasa Gah!!! berdiri demi mempertahankannya berikutan haluannya yang Haq!!! Jelas!!! tanpa keraguan dasar dan perlaksanaannya.

Kiranya ingin dinukilkan sejarahnya PMRAM, pasti helaian hamparan warkah ini tidak dapat disingkatkan kalimahnya, berikutan sejarah suka dukanya yang begitu banyak. Cari dan kajilah!!! bagi insan yang memahami arti kebenaran. Akan lahirlah kefahaman dan kebenaran yang selama ini kita kusuti (yang tidak diketemukan selama ini). Maka nukilan kali ini, Khusus buat insan warga Melayu dibumi Zagazig, ingin ana mencoretkan "Inzar" atau peringatan buat yang tidak mengenali dan tidak menghargai kesatuan yang telah lama terbina ini. Fahamilah arti keberuntungan dari nikmat Haq yang Allah kurniakan buat kita dibumi Zagazig ini, dan janganlah kita cuba menghancurkan karunia keutuhan yang sedia wujud disini, apatah lagi dengan kefahaman yang soheh dibawa selama ini.

------------------------------ pentingnya anda faham kalimah dibawah ini-----------------------------------------------


Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) ditubuhkan pada suatu masa dahulu, demi menjaga kebajikan warga Malaysia yang ditempatkan disini. Penubuhan DPMZ pada tahun 1993, lewat setahun dari penubuhan DPM cawangan lain seperti iskandariah pada tahun 1992, adalah diwujudkan demi menyatukan suara anak-anak melayu atau lebih khususnya mahasiswa yang ditempatkan disini. Penubuhan DPM oleh PMRAM pada julungkalinya tahun 1992 adalah untuk memastikan kebajikan anak melayu terperlihara, walaupun ditempatkan dari selain kaherah. Maka tertubuhnya DPMZ dibawah PMRAM adalah membawa Misi dan Visi yang sama, dasarnya Al-Quran dan Al-Sunnah.

Sorotan dari kesinambungan terdahulu, dengan pimpinan bertukar tangan dari masa kesemasa hinggalah sekarang, menyaksikan kesatuan dibawah PMRAM Zagazig (melalui DPMZ) berjalan dengan baik, lancar, kemas pergerakannya, serta dapat menyatukan anak-anak melayu Malaysia disini tanpa mengira suku mahupun negeri atau lainnya. Tambahan lagi dapat dilihat kesatuan mahasiswa disini amat teguh bukan sahaja perjalanan yang baik seperti ungkapan diatas bahkan mahasiswa serta dengan penambahan baru(mahasiswi yang ditempatkan disini) amat memahami kesatuan yang telah terbina selama ini. Baru mengenal Zagazig ataupun masih merasa asing dibumi Mesir ini, bukan penghalang kepada jenerasi baru mendampingi DPMZ, bahkan jenerasi ini begitu cenderung untuk mengenali DPM ini dengan lebih dekat, kerana warta sejarahnya yang tersebar luas dan berdasarkan kebajikannya yang menyeluruh serta dasarnya begitu utuh.

Bila DPMZ Meniti Saat Kegemilangannya... menjadi buruan beberapa insan dengan dakyahnya...

Sayangnya, masih tidak lagi serik golongan ini, mungkin masih ingin terpalit lagi buat kali keduanya dengan sejarah baru, nukilan lama mereka, seperti yang terkisar pada tahun 1975 hingga 1979. Golongan inilah sebenarnya punca perpecahan, golongan yang sama, namanya saja bertambah uslubnya tidak berbeza, mengaku pembela ummah dan pembawa dakwah islamiah, akan tetapi sebenarnya cuba menghasut mahasiswa dengan dakyah mereka yang sempit perjuangan, menyatakan yang haq katanya tetapi perlaksanaan umpama insan jahil. Masakan tidak mereka sanggup memfitnah kepada perjuangan insan yang benar-benar bekorban untuk kesedaran islam mahasiswa/wi disini, mereka mengunakan pendekatan " matlamat menghalalkan cara " sedangkan islam tidak membenarkan perkara itu, islam mengajar " matlamat tidak menghalalkan cara ".

ini sejarahnya yang tidak mungkin dilupakan:

1975 PMRAM digantung pendaftarannya sehingga 1979 kerana wujud fahaman kenegerian di antara ahli. Suasana mendung menyelebungi ahli PMRAM sebaik sahaja Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun ini. Selain itu, berlaku krisis pemikiran di antara pucuk pimpinan PMRAM. (petikan dari tujuh DarsaWarsa/rujuk sejarah PMRAM.org)

sejarah ini bukan sepanjang perenggan diatas kisarkan, akan tetapi berantai halnya, ianya berpunca dari golongan yang ingin membawa fahaman mereka, akhirnya menyebabkan PMRAM diharamkan beberapa tahun, ketika mereka berada didalam PMRAM, mereka memfitnah insan-insan pejuang didalam PMRAM dan menghasut kepada pepecahan, disebabkan golongan ini PMRAM diharamkan seketika. Golongan ini tidak diterima ramai, yang akhirnya mati gerakannya ditengah jalan, Kerana perjuangannya bersifat tidak menyeluruh. Justeru itu PMRAM kembali utuh dengan kepercayaan mahasiswa/wi dimesir yang memandang hanya PMRAM yang bisa menjaga kebajikan ahlinya, bertambahan dengan kelebihan yang diberikan oleh Syu'un ijtima'e mesir, segalanya kurniaan Allah.

Kisah lama kembali lagi, golongan Jenerasi kesatuan tanpa haluan ini datang lagi, mencuba nasib. Mungkin kali ini dengan persediaan lebih rapi dan berhati-hati. kekurangan yang ketara cuba ditutupi walau ia jelas bila dikaji, Kekalahan, kesilapan, kelemahan, dan penerimaan jenerasi dahulu yang menolak dijadikan pengajaran. Apapun tidak diketahui, apakah betul-betul mereka mengatahui kisah lama ini, atau bergerak dengan tanpa ilmu lagi, mungkin mereka sedar akan ikutan mereka dari jenerasi mereka terdahulu, atau sekadar hanya mereka jenerasi baru tanpa haluan ini bergerak membabi buta.

IJA, bunyinya sahaja melambangkan umpama panggilan seorang wanita, tidak melambangkan sifat kejantanan. Itulah hasil gabungan pangkal kata bagi tiga golongan/kesatuan tanpa haluan yang perosak, didalam kamus modern dipanggil parasit. Apapun, ianya disanggah bila ia wujud disini, kerana tidak diketahui apa pentingnya. Kewujudan mereka dimalaysia bukan menjadi pertikaian besar, memandangkan ummat disana memerlukan dakwah bassic islam, pelbagai cabang kumpulan gerakan islam memang diperlukan asalkan ianya tidak menyimpang dari islam sebenar. Permasalahannya, apa perlu disini??? Adakah mereka lupa siswa/siswi disini didikan agama, satu fikrah majoritinya iaitu inginkan islam, fahaman islamnya mendalam, bahkan bukan keluaran azhari juga seperti medic menginginkan islam (yang menjadi sebab mesir pilihan utama). Mereka ini memahami agama, hanya kesatuan yang perlu diwujudkan demi islam itu tegak kembali. Tentunya saja persatuan disini dipelopori oleh mereka yang menjurus kepada islam sebenar, dan PMRAM lah persatuannya, tiada lain, kerana kematangannya dan ianya adalah pelopor kepada perjuangan mahasiswa/wi melayu islam dibumi mesir ini, berjuang sekian lama sejak 1930.

ana tidak gentar demi menyatakan yang haq... walau ada kedapatan insan yang akan membelasah warkah ini dan menghujum ana.. apa perlu takut demi yang haq!!! maka ana tambah lagi kenyataan ini..

Kini golongan baka kepada jenerasi mereka terdahulu, IJA iaitu " kesatuan tanpa haluan " ini ingin pula bergerak dizagazig, ketiga-tiga serangkai mereka kini bersatu demi memburukan dan cuba melemahkan, serta sebolehnya melenyapkan DPMZ dibawah PMRAM. Hadapan mereka umpama kawan, dibelakang merekalah lawan, itulah IJA. Sebenarnya golongan ini hanya segelintir cuma, boleh dikira dengan jari wujudnya mereka, walaupun bergabung tiga serangkai ini, cukuplah suara bumi zagazig ini yang bergerak insya'allah akan terpadamlah gerakan mereka diselururuh pelusuk mesir. Akan tetapi bila difikirkan melayan karenah segelintir cuma ini, hanya membuang masa. Maka tidak perlulah dilayan akan karenah mereka. Hanya cuma warkah ini sebagai peringatan kepada semua ahli DPMZ, agar berhati-hati dan waspada dengan dakyah mereka golongan kesatuan tanpa haluan " ini. Jangan biar tercambah haluan parasit ini. Dimalaysia bergeraknya mereka mungkin membantu islam. Akan tetapi bergeraknya mereka dimesir ini, apatahlagi ingin berjenama dibumi zagazig ini, amat disangkal, apakah mereka ini tidak memahami arti kesatuan? islam itu satu " tauhid ", islam itu inginkan satu " jamaah ", islam itu inginkan satu " utuh ", islam itu inginkan satu " haluan ", islam itu perpaduan, bukannya perpecahan.

ya!!! IJA... wahai IJA...

Kepada golongan IJA " kesatuan tanpa haluan " ini, harap sadarlah anda wahai individu tiga serangkai ( IJA ) , diri ini tahu, kalian segelintir cuma, sekadar seorang dua, berjenamakan tiga kesatuan dalam satu badan tanpa haluan ini, hilangkan fahaman hasad yang wujud sekian lama ini, jangan ditimbulkan lagi sejarah hitam tahun 1975 hingga 1979 itu, kelak anda terpalit semula seperti jenerasi anda dahulu, menjadi kutukan masyarakat melayu tika itu. Hilangkan IJA tiga serangkai ini, hilangkan disini, bergerak dimalaysia terserah pada kalian. Fahamilah, islam ingin satu padu, dan itu kita nikmati disini sejak sekian lama, janganlah dicari lubang perpecahan, PMRAM bukanlah syumul, tetapi ia menyeluruh untuk cerdik pandai, golongan pertengahan, bawahan, azharian, tibbian dan sebagainya. bukan telarang ta'adud tetapi biarlah ianya ta'adud tanawwu' ( bercabang jemaah dibawah satu pusat) tetapi bukan ta'adud tudhad (berbilang jemaah tanpa pusat yang mengawal)...

wahai IJA, sedarlah dari igauan kelalaian, kiranya kalian tetap berkeras, pejuang-pejuang haq disini akan bertindak. Janganlah dicemburui akan gemilangnya DPMZ tika ini, gemilangnya kerana kefahaman ahli bukan matlamatnya mengagung individu, matlamatnya keredaan ilahi yang satu. Gemilangnya DPMZ kerana berpadu, jangan mencari ruang bersuku-suku. Gemilangnya DPMZ kerana bersatu, kerana DPMZ dasarnya islam Al-Quran dan Al-sunnah dari asalnya wahyu.
Kami diDPMZ satu " tauhid ", inginkan satu " jamaah ", satu " utuh ", satu " haluan ", satu " Al-fahmu", satu " fikrah ", satu " amal ", islam itu perpaduan, bukannya perpecahan.

----------------------------- dalil ilahi yang perlu diingati -----------------------------------


Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman:

وَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيْعًا وَلاَ تَفَرَّقُوْا وَاذْكُرُوْا نِعْمَةَ اللهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوْبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُوْنَ {أل عمران:103}

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian pada tali Allah seraya berjama’ah, dan janganlah kamu berfirqah-firqah (bergolong-golongan), dan ingatlah akan ni’mat Allah atas kamu tatkala kamu dahulu bermusuh-musuhan maka Allah jinakkan antara hati-hati kamu, maka dengan ni’mat itu kamu menjadi bersaudara, padahal kamu dahulu nya telah berada di tepi jurang api Neraka, tetapi Dia (Allah) menyelamatkan kamu dari padanya; begitulah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu, supaya kamu mendapat petunjuk.” (QS.Ali ‘Imran:103 )

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ اللَّهَ يَرْضَى لَكُمْ ثَلاَثًا وَيَسْخَطُ لَكُمْ ثَلاَثًا يَرْضَى لَكُمْ أَنْ تَعْبُدُوهُ وَلاَ تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَأَنْ تَعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيْعًا وَلاَ تَفَرَّقُوا وَأَنْ تُنَاصِحُوا مَنْ ولاَّهُ اللَّهُ أَمْرَكُمْ وَيَسْخَطُ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ

“Sesungguhnya Allah itu ridho kepada kamu pada tiga perkara dan benci kepada tiga perkara. Adapun (3 perkara) yang menjadikan Allah ridho kepada kamu adalah: 1). Hendaklah kamu memper ibadati-Nya dan janganlah mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, 2). Hendaklah kamu ber pegang-teguh dengan tali Allah seraya berjama’ah dan janganlah kamu berfirqoh-firqoh, 3). Dan hendaklah kamu senantiasa menasihati kepada seseorang yang Allah telah menyerahkan kepemim pinan kepadanya dalam urusanmu. Dan Allah membenci kepadamu 3 perkara; 1). Dikatakan mengatakan (mengatakan sesuatu yang belum jelas kebenarannya), 2). Menghambur-hamburkan harta benda, 3). Banyak bertanya (yang tidak ber faidah).” (HR Ahmad, Musnad Imam Ahmad dalam Musnad Abu Hurairah, Muslim, Shahih Muslim: II/6. Lafadz Ahmad)

Umar bin Al-Khattab berkata:

إِنَّهُ لاَ إِسْلاَمَ إِلاَّ بِجَمَاعَةٍ وَلاَ جَمَاعَةَ إِلاَّ بِإِمَارَةٍ وَلاَ إِمَارَةَ إِلاَّ بِطَاعَةٍ فَمَنْ سَوَّدَهُ قَوْمُهُ عَلَى الْفِقْهِ كَانَ حَيَاةً لَهُ وَلَهُمْ وَمَنْ سَوَّدَهُ قَوْمُهُ عَلَى غَيْرِ فِقْهٍ كَانَ هَلاَكًا لَهُ وَلَهُمْ

“Sesungguhnya tidak ada Islam kecuali dengan berjama’ah, dan tidak ada Jama’ah kecuali dengan kepemimpinan, dan tidak ada kepe mimpinan kecuali dengan ditaati, maka barang siapa yang kaum itu mengangkatnya sebagai pimpinan atas dasar kefahaman, maka kesejahte raan baginya dan bagi kaum tersebut tetapi barangsiapa yang kaum itu mengangkatnya bukan atas dasar kefahaman, maka kerusakan baginya dan bagi mereka.” (HR.Ad-Darimi Sunan Ad-Darimi dalam bab Dzihabul ‘ilmi: I/79)


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

فَعَلَيْكَ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّمَا يَأْكُلُ الذِّئْبُ اْلقَاصِيَةِ

“...maka wajib atas kamu berjama’ah, karena sesungguhnya serigala itu makan kambing yang sendirian.” (HR.Abu Dawud dari Abi Darda, Sunan Abi Daud dalam Kitabus Shalah: I/150 No.547)
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - APABILA HASAD MENGUASAI....