kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

7/19/08

BERSEDIAKAH AKU???





Emh dalam masa sehari lagi tiflu akan pulang ke tanah air tercinta..Meskipun dipenuhi dengan program selama beberapa minggu ini, alhamdulillah sempat juga mencari barang-barang untuk di bawa pulang kepada keluarga tersayang,abah,mak,angah,alang,akak,ateh,uda along merindui kalian..

Emh apa pun itu bukan perkara utama yang ingin diperbincangkan,tetapi terdapat satu perkara yang sering bermain difikiran tiflu,dikuatkan lagi dengan komen yang telah di hantar oleh nurqalbi di ruang sembang, perkara tersebut ialah apabila tiflu pulang nanti dengan berstatuskan pelajar al-Azhar,tiflu akan berhadapan dengan masyarakat Malaysia..

Persoalannya, adakah diri tiflu ini telah bersedia dan mampu untuk berhadapan dengan masyarakat di malaysia nanti? Pasti terdapat pelbagai ujian dalam menghadapi situasi ini..Ramai sahabat-sahabat pulang ke Malaysia tahun ini.pagi tadi sahaja seramai 12 orang sahabat-sahabat tiflu pulang ke Malaysia, persoalan yang sama juga timbul di fikiran tiflu, adakah mereka juga telah bersedia untuk berhadapan dengan masyarakat, atau sekadar pulang semata-mata ingin pulang bercuti tanpa melakukan apa-apa perkara yang dapat membantu masyarakat di malaysia yang semakin tandus akhlaknya, yang semakin hilang jati diri, yang semakin hilang sifat kemanusian dalam diri mereka terutama golongan remaja..

Teringat akan kursus da’ie yang telah di adakan pada program Summer Festival Zagazig mingu lepas, terdapat pelbagai tip serta cara-cara yang berkesan dalam konsep berdakwah yang telah di terangkan oleh ust Cik Fauzi..Persoalan juga disini adakah tiflu mampu merialisasikan sepertimana yang telah diterangkan?? Pengalaman berpersatuan di bumi anbiya ini akan tiflu gunakan sebaik-baiknya..Amat rugilah sesiapa yang tidak berpersatuan,yang tidak penah cuba untuk berhadapan dengan sahabat-sahabat sendiri ( yang selalu ngaja tu memang mantap dah ),yang tidak ingin kehadapan memberi pendapat,yang lebih teruk lagi hanya tahu memberi komen tetapi tidak mahu membantu,ini bukan kata-kata tiflu tetapi ini kata-kata abang-abang serta mujahid-mujahid yang telah berjaya merentasi kepayahan dalam berdakwah..berhadapan dengan masyarakat bukan satu perkara mudah, seribu satu permasalahan yang akan timbul,adakah kita tetap thabat dalam perjuangan ini? Insyallah doakan kita sama-sama akan terus bersama dalam perjuangan ini..

Kepada sahabat-sahabat yang bersama pulang ke ke tanah air tidak kira di mana antum berada,mari kita bersama-sama bergerak untuk membantu golongan ulama’ kita dalam menyebarkan kefahaman islam yang sebenar kepada masyrakat kita, janganlah kita pulang hanya untuk bersuka ria,berhari raya bersama keluarga sahaja tapi ingatlah kewajipan kita yang lebih besar ialah untuk menegakkan islam di tanah air kita insyallah..Adakah tiflu mampu untuk thabat dalam perjuangan ini??atau hanya pandai berkokok tapi tidak buat apa-apa?atau sampai sahaja di rumah nanti banyak tido dari beri bermu'amalah? Doakan agar kita sama-sama dapat memberikan khidmat yang terbaik dalam perjuangan ini..kalau tiflu futur tolong beri nasihat serta teguran yang membina..kepada ahli bait tersayang juga sebagai guru atau pembimbing diri tiflu ust faezudin dan ust nasruddin doakan kami di tanah air nanti k…

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta” (Angkabut 2,3)

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - BERSEDIAKAH AKU???