kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

6/28/08


Salam alaik, lama sunguh blog ini tidak diisi hampir seminggu juga terbiar dengan posting yang lama..ingin dikataka sibuk tidak juga cuma ada perkara-perkara yang perlu di selesaikan oleh tiflu yang mungkin menyebabkan blog ini hampir berabuk..Apa pun insyallah akan di isi juga dengan bahan-bahan yang tiflu dapat dari syekh,guru,ustaz serta rakan-rakan untuk dikongsi bersama juga sebagai ikatan kepada ingatan tiflu dalam perkara tersebut..emh tiflu pasti sahabat-sahabat sering membuka blog saiful islam, biasa bukan? Tiflu amat tertarik dengan kata-kata yang digunakan oleh saiful islam dalam meningkatkan keinginan beliau dalam penulisan..matannya lebih kurang berbunyi ( tidak berapa ingat :P ) menulis bukan keran mahu tapi ingin mencetus tahu” yaps satu ungkapan yang tiflu rasa satu semangat untuk cuba menulis, ( biar ayat tungang langgang pun ) bukan kerana ingin memenuhi isi blog setiap hari,takut orang kata buat blog tapi tiada isi, ataupun hanya reti copy paste mana artikel tanpa cuba untuk menulis ( pernah kene tegur jugak sebab suka copy je..insaf dah huu ) tapi sebagai satu semangat untuk kita mengetahui tentang apa yang kita ingin tulis..

Sebagai contoh, penulisan sahabat-sahabat kita yang telah banyak menulis adalah hasil pembacaan sunguh mereka kepada perkara tersebut, mana mungkin kita ingin menulis tapi benda yang kita tulis itu salah dan tiada sandaran..Dan dengan kesungguhan itu banyak perkara yang baru akan kita perolehi..banyak sumber yang akan kita rujuki sebab kita inginkan penulisan yang terbaik.. Bukan itu saja malah kita juga akan lebih mengingati apa yang telah kita tulis berbanding hanya dengan bacaan ( berdasarkan pada diri tiflu, lain orang lain cara )..Doakan semoga kita sama-sama berusaha untuk meningkatkan thaqafah dalam diri kita insyallah.aminnn. ( tiada idea sebenarnye ni hii ) salam najah buat semua…

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) -

6/21/08

KYAI CEPOT!!!

“KYAI CEPOT”…. Hi geli hati tiflu bila terbaca tajuk video di Youtube ini, perkataan CEPOT membuatkan tiflu teringat sebuah lagu jawa yang dinyayikan oleh ustaz ketika berada di madrasah I’dadi dahulu, matannya berbunyi begini “ Aa copot Aa cepot pocot, Akhirnya giginya kempot” maksudnya?? Walaupun berdarah keturunan jawa tapi tiflu sendiri tidak dapat memahami bahasa jawa,alangkah ruginya, mungkin sahabat-sahabat boleh bertanyakan kepada mereka yang lebih arif..baik, sebelum meneruskan celoteh, tiflu ingin mengajak sahabat-sahabat menonton video ini telebih dahulu di link http://www.youtube.com/watch?v=D4--hqBPxQ4

Sudah menonton?? Bagaimana?? Pasti sahabat-sahabat terhibur dengan gelagat si cilik yang berceramah dihadapan penonton. Pelabagai gaya,gerak-geri serta nada suara yang mencuit hati..Mungkin ramai sahabat-sahabat yang telah menonton video ini, banyak yang dapat kita taklik kan dari pengamatan kita terhadap video ini..Satu program realiti yang amat baik serta dapat mendidik minda serta jiwa masyarakat baik dewasa mahupun remaja, lebih-lebih lagi kanak-kanak ke arah mengenal agama islam.. Bagi tiflu program seperti ini perlu diadakan di Malaysia, walaupun ia hanya satu pertandingan tapi ia sedikit sebanyak memberikan impak pada dakwah serta penyebaran islam.. Sahabat kecil seperti Kiki baru berusia 6 tahun tapi sudah pandai berbicara,berhadapan dengan orang ramai, memberikan peringatan pada penonton, ia sedikit sebanyak dapat menarik minat anak-anak kita ( den tak nikah lagi ek ) untuk menjadi seperti Kiki ini, program seperti ini lah yang sepatutnya di pertontonkan kepada anak-anak. Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
“Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Sebagaimana seekor ternakan yang melahirkan anaknya (dengan sempurna kejadian dan anggotanya), adakah kamu menganggap hidung, telinga dan lain-lain anggotanya terpotong?Sahih muslim, hadis yang ke 4803..

Pendidikan yang sempurna kepada anak-anak amat penting dalam melahirkan sebuah institusi keluarga islam, Syaikh Abu Hamid Al Ghazal ketika membahas tentang perananan kedua ibu bapa dalam pendidikan mengatakan: “ketahuilah, bahawa anak kecil meRupakan amanat bagi orang tuanya. Hatinya yang masih suci merupakan permata alami yang bersih dari pahatan dan bentukan, dia bersedia dibentuk apa jua pun dan cenderong kepada adpa saja yang di sandarkan kepadanya. Jika diajarkan kebaikan dia akan hidup dalam kebaikan dan berbahagialah kedua orang tuanya di dunia dan di akhirat, juga bagi setiap pendidik dan gurunya. Tapi jika diajarkan kejelekan atau keburukan dan dibiarkan sebagaimana binatang ternakan, nescaya akan jadi jahat dan binasa. Dosanya pula ditanggung oleh guru serta walinya. Maka hendaklah ia memelihara serta mendidik dan mengajarinya akhlak yang baik…” kata-kata ini menegaskan kepada akan kita betapa pentingnya keperhatinan kita sebagai ibu bapa dalam mendidik anak, tidak dibiarkan mengikut kehendak mereka sesuka hati sehingga akhirnya mereka tidak menghormati ibubapa..Menjadikan ibubapa sebagai hamba, inilah antara tanda-tanda semakin hampirnya hari kiamat.. Hadis Abu Hurairah r.a katanya: …….Lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Bilakah Hari Kiamat akan berlaku? Rasulullah s.a.w bersabda: Sememangnya orang yang bertanyakannya lebih mengetahui dariku. Walau bagaimanapun aku akan ceritakan kepadamu mengenai tanda-tandanya. Apabila seseorang hamba melahirkan majikannya maka itu adalah sebahagian dari tandanya…….” Sahih muslim, hadis yg ke 10..

Syaikh Yusuf Muhammad al-Hassan dalam bukunya berjudul “Tarbiatul Aulad fil Islam” telah menetapkan beberapa penilitian terhadap anak bermula sebelum lahir hinggalah ke usia remaja..

1. Penilitian anak sebelum lahir..

Proses ini dilakukan dengan membuat pemilihan isteri yang solehah serta suami yang soleh.. Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Kahwinilah perempuan itu kerana empat perkara: Kerana harta benda, keturunan, kecantikan, dan agama. Tetapi utamakanlah wanita yang taat kepada agama, pasti kamu akan bahagia sahih muslim, hadis ke 2661.. Termasuk juga dalam bab ini ialah menuruti tatatertib islam dalam kehidupan rumah tangga.. Hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sekiranya seseorang itu ingin bersetubuh dengan isterinya hendaklah dia membaca DOA Yang bermaksud: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku! Jauhilah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau kurniakan kepada kami. Sekiranya perhubungan kelamin itu ditakdirkan mendapat seorang anak. Anak itu tidak akan diganggu oleh syaitan untuk selamanya sahih muslim, hadis ke 2591..

2. Penilitian anak ketika dalam kandungan.

Islam mengalakkan akan ibu yang hamil menjaga permakanan mereka,makanan yang berhasiat serta berzat, sering mendengar al-Quran agar anak yang berada di dalam kandungan terkesan dengan bacaan al-Quran tersebut.. islam juga mensyariatkan agar ibu yang hamil tidak berpuasa pada pada bulan Rmadhan untuk kepentingan janin yang dikandungnya.. Sabda Rasulullah sesunguhnya Alah memlepaskan separuh solat bagi orang yang musafir, dan puasa bagi orang yang bermusafir,wanita yang menyusui dan wanita hamil” hadis riwayat Abu Daud, Tarmizi dan An Nasa’i…

3. Penilitian anak selepas kelahirannya.

Dianjurkan kepada ibubapa untuk melakukan :

1) Menyerukan azan dan ikomat di telinga bayi.. Abu Rafi’ berkata aku melihat rasulullah memperdengarkan azan pada telinga Hassan bin Ali ketika dilahirkan oleh Fatimah” hadis riwayat Abu Daud dan Tarmizi..

2) Tahnik… melembutkan sebutir kurma dengan dikunyah lalu di suapkan atau di sapukan di lelangit mulut bayi.. Hadis Aisyah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w diajukan seorang bayi, lalu baginda memberkatinya dan meletakkan sesuatu pada lelangitnya
sahih muslim hadis ke 4000.. Dr Faruq Masahil telah menulis akan kelebihan tahnik “Tahnik adalah merupakan mu’jizat nabi dalam kedoktoran selama empat belas abad,agar manusia mengenal tujuan dan hikmah di sebaliknya. Para doctor telah membuktikan bahawa semua anak kecil (teruatam yang baru lahir dan menyusu) terancam kepada kematian, ia disebabkan salah satu dari dua perkara: a) kekurangan jumlah gula dalam darah.. b) suhu badannya menurun ketika terkena udara dingin di sekilingnya..”

3) Memberikan nama yang baik.. diriwayatkan daripada Wahb Al Khats’ami bahawa Rasulullah bersabda: “ Gunalah nama nabi-nabi, dan nama yang amat disukai Allah Ta’ala ialah Abdullah dan Abdurrahman, sedang nama yang paling manis ialah Harith dan Hammam, dan nama yang sangat jelek ialah Harb dan Murrah” hadis riwayat Daud an Nasa’i..

4) Aqiqah.. Ia merupakan sunnah yang sangat dianjurkan pada orang islam.menyembelih kambing untk bayi pada hari ketujuh dari kelahirannya..bagi lelaki dua ekor dan bagi perempuan seekor.. Dari Aisyah r.a bahawa Rasulullah bersabda : “ untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sebanding manakala untuk anak peperempuan seekor kambing” riwayat Ahmad dan Turmuzi..

5) Mencukur rambut bayi.. Syekh Abdullah Nasir ulwan menulis dalam kitabnya Tarbiatul Aulad fil Islam, terdapat banyak faedah akibat daripada bercukur rambut bayi ini antara nya dapat menguatkan kepala,membuka minda di samping memperkuatkan panca indera penglihatan,pendengaran dan deria hidu..

4. Penilitian anak pada usia setelah enam tahun

Pada tahan ini anak ditahap mempelajari sesuatu berdasarkan keadaan sekeliling, pada peringkat ini ibubapa mesti memberikan pendidikan sebaik yang mungkin..Penekanan terhadap agama perlu di pertingkatkan pada usia ini..

a) Memberikan pengenalan mengenai Allah dengan cara yang sederhana.. tiada penyukutuan selain daripada Allah,dia yang maha kuasa memerintah seluruh alam..memupuk cinta pada Allah dengan menanamkan rasa bersyukur atas nikmat yang telah diberikan dan sebagainya

b) Memberikan penekanan terhadap hukum-hakam yang jelas dan mengenai halal dan haram.. menyuruh mereka menutup aurat,mengerjakan solat, melarang mereka daripada berkata bohong dan sebagainya..

c) Mengajar mereka membaca al-Quran.. Hadis Abu Musa Al-Asy'ariy r.a katanya:Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Quran ialah seperti perumpamaan buah utrujah iaitu buah yang berbau harum dan rasanya enak. Manakala perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran ialah seperti buah kurma, tidak ada baunya akan tetapi rasanya manis. Adapun perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Quran ialah seperti buah Raihanah iaitu buah yang berbau harum tetapi rasanya pahit. Sedangkan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Quran ialah seperti buah hanzhalah (peria) iaitu buah yang tidak ada bau sama sekali dan ditambah pula oleh rasanya yang pahit

d) Menghormati ibubapa serta orang yang lebih tua dari mereka.. penekanan terhadap adab-adab pada ibubapa amat penting dalam membentuk akhlak yang terpuji pada anak-anak..Sekiranya ibubapa sendiri sudah tidak dihormati bagaimana dengan orang lain..Allah Ta’ala telah berfirman maksudnya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopansantun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." Al-isra ayat 23,24..

e) Dan pelbagai lagi didikan agama serta adab-adab yang perlu di titik beratkan pada usia ini..

5. Penilitian ketika usia remaja.

Pada usia ini anak-anak mengalami peningkatan umur baligh.. pada ketika ini anak sudah sedikit dewasa dan mereka biasanya menuntut supaya tidak diperlakukan seperti budak-budak..ibubapa perlu bijak mengawal situasi ini, tidak terlalu syadid dengan mereka tapi tegas..perlu mengigatkan mereka akan hukum-hukum akil baligh pada mereka agar mereka tidak terjerumus ke kancah maksiat..Menyibukkan mereka dengan aktiviti yang bemafaat serta berilmu..

Ramai remaja zaman sekarang yang tidak dihiraukan oleh ibu bapa kerana menganggap mereka sudah besar dan tidak perlu diperhatikan secara serius..Perkara seperti ini lah yang menyebabkan banyak berlakunya gejala sosial yang teruk di kalangan remaja-remaja..semoga kita sama-sama dapat berusaha dalam membanteras masalah-masalah seperti ini…insyallah…

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - KYAI CEPOT!!!

6/19/08

MENANGISKAH KITA??

Salam alaik…salam ceria salam ukhwah untuk sahabat2 semua.. Doa tiflu untuk sahabat-sahabat agar di beri kesihatan yang baik serta sempurnaan iman insyallah.. emh nak cerita apa pulak kali ni ek..ok insyallah pada posting kali ini tiflu ingin berkongsi sedikit sebanyak hasil dari apa yang telah tiflu baca dari satu penulisan ilmiah yang bertajuk “mata yang tidak menangis di hari kiamat” setelah selesai membaca tulisan ini tiflu tertanya-tanya dalam diri, adakah aku tergolong dalam 3 golongan ini?? Tiflu yakin sahabat-shabat juga ingin tergolong dalam golongan ini..siapakah mereka??

Semua kaum muslimin berkeyakinan penuh bahawa satu hari nanti akan berlakunya pengakhiran bagi segala sketza kehidupan di dunia ini dan akan datang pada suatu ketika manusia akan di himpunkan di satu tempat yang luas untuk diadili setiap amalan yang telah di lakukan di muka bumi dahulu.. Peristiwa hari Kiamat ini telah di ceritakan berkali-kali oleh Allah di dalam al-Quran.. di dalam surah al-Ghosyiah yang bermaksud

“Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?..
Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina..
Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah..
Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar),..
Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya…
Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri..
Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun..
(Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri..
Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia)..
(Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya)..

Di dalam ayat di atas menerangkan kepada kita bahawasany pada hari kebangkitan nanti tidak semua wajah-wajah manusia berada dalam ketakutan, terdapat wajah-wajah yang ceria,berseri-seri disebabkan amalan keimanan yang telah mereka kerjakan di dunia dahulu..

Rasulullah telah bersabda mafhumnya “semua mata akan menangis pada hari kiamat kecuali tiga, yang pertama mata yang menangis kerana takut kepada Allah Swt. Yang kedua mata yang dipalingkan dari apa-apa yang diharamkan oleh Allah, yang ketiga mata yang tidak tidur kerana mempetahankan agama Allah” adakah kita tergolong dalam kumpulan ini?? Fikir-fikirkanlah...

Pada zaman dahulu diceritakan terdapat seorang lelaki yang sentiasa melakukan amalan-amalan maksiat,mengikut hawa nafsu,bercanda di tempat-tempat yang penuh dengan kedurjanaan.. Pada satu hari ketika dalam perjalanan pulang dari kemaksiatannya dia telah mendengar suara seseorang membaca ayat al-Quran, ayat itu bermaksud Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.” Al-Hadid ayat 16.. Setibanya di rumah, sebelum tidur, lelaki tersebut mengulangi apa yang telah dia dengari sebentar tadi,tanpa disedari air mata telah mengalir di pipinya. Lelaki tersebut telah merasakan ketakutan yang amat dasyat,bergetar hatinya memikirkan akan kemaksiatan yang telah sekian lama dia lakukan. Selepas itu, dia telah berazam atas dirinya agar berubah dan akhirnya beliau menjadi seorang ulama yang besar, beliau adalah Fudhail bin Iyadh.. Mengalirkan air mata penyesalan takut kepada Allah Swt..Beruntunglah mata yang pernah melakukan kesalahan lantas bertaubat atas segala kesalahannya dan terus istiqomah dalam kebaikan..

Yang kedua ialah mata yang dipalingkan dari melihat atau melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah Swt..

“Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya. Hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan Allah. Golongan tersebut ialah pemimpin yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya, seseorang yang hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid iaitu sangat mencintainya dan selalu mendirikan sembahyang berjemaah, dua orang yang saling mengasihi kerana Allah iaitu keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yang elok untuk melakukan kejahatan tetapi dia berkata: Aku takut kepada Allah!, seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kanan tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kirinya dan seseorang yang mengingati Allah di waktu sunyi sehingga mengalirkan air mata dari kedua matanyaSahih bukhari hadis yang ke 1712..

Menolak akan ajakan seorang perempuan cantik rupa paras untuk melakukan kemaksiatan..ahh alangkah bahagianya mata ini yang tidak melihat akan kemaksiatan ini..bagaimana dengan kita sahabat-sahabat? Selangkah keluar rumah sudah melihat pelbagai maksiat di depan mata, bersama-sama kita berusaha mengatasinya insyallah..

Dan yang ketiga ialah mata yang tidak tidur kerana membela agama Allah,tidak tidur dek menegakkan agama islam di seluruh muka bumi,Seperti mata pejuang-pejuang islam dalam menyebarkan dakwah islamiah.. Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Nabi s.a.w telah ditanya: Apakah yang dapat dibandingkan dengan jihad pada jalan Allah? Nabi s.a.w menjawab: Kamu tidak akan sanggup melakukannya. Pertanyaan tersebut diulang sehingga dua atau tiga kali. Tetapi baginda masih menjawab: Kamu tidak akan sanggup melakukannya. Pada kali yang ketiganya baginda bersabda: Perumpamaan orang yang berjihad pada jalan Allah samalah seperti seorang yang selalu berpuasa dan selalu melakukan ibadat malam serta taat kepada ayat-ayat Allah. Beliau tidak merasa letih dari puasa dan sembahyangnya sehinggalah orang yang berjihad pada jalan Allah itu kembali.. sahih Bukhari, hadis yang ke 3490”

Itu lah sahabat-sahabat tiga pasang mata manusia yang tidak akan menangis pada hari kiamat kelak..Bayangkan kita di dalam himpunan manusia yang sangat ramai yang sedang menyesali akan kejahatan yang telah mereka lakukan di dunia akan tetapi kita bergembira,ceria disebabkan amalan kebaikan yang telah kita lakukan di dunia..bersama-sama kita insafi,bersama-sama kita muhasabah kembali diri kita agar kita tergolong dalam golongan yang di berikan naungan serta kemulian oleh Allah di Akhirat kelak insyallah aminn ya Rob..

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - MENANGISKAH KITA??

6/11/08

FUTUH ISLAMIAH SIRI KE2...


Assalamualaikum.. Alhamdulillah setelah hampir 2 hari laptop tiflu di timpa masalah akhirnya berjaya juga di baik pulih dengan pertolongan sahabat-sahabat.. Hikmah disebalik kerosakan laptop ini alhamdlillah tiflu telah di anugerahkan satu ilmu baru dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan komputer alhamdlillah…Dalam masa 2 hari ini juga tiflu telah menonton satu cerita sejarah, yang mana cerita ini telah disebutkan oleh Allah di dalam kitab suci al-Quran iaitu kisah Ashabul Kahfi..Cerita panjang ini telah di rakamkan sebanyak 10 episod dan setiap episod satu jam (sapa2 nak tgk datang umah ek )..Plot cerita yang amat menarik serta penuh dengan pengajaran serta semangat dalam memperjuangkan agama Allah yang suci. Ashabul kahfi terpaksa berhadapan dengan raja yang amat zalim dalam keadaan mereka sendri adalah orang penting dalam pemerintahan rom ketika itu.Keberanian Ashabul Kahfi dalam menyatakan kebenaran di hadapan seorang raja yang zalim, di tengah-tengah tentera yang lengkap bersenjata amat mengkagumkan tiflu. Yang lebih mengagumkan ialah kebesaran Allah ketika menidurkan mereka selama 309 tahun selepas lari dari pemerintah yang kejam tanpa merosakkan sedikit pun tubuh badan mereka lalu membangkitkan mereka kembali..Ya Alla Ya Rahman amat besar keagungan Mu..Insyallah tiflu akan cuba untuk menceritakan selengkapnya pada posting yang akan datang..

Sebelum masuk kepada sejarah futuh islamiah di syam dan juga Palestin tiflu ingin meyentuh sedikit isu kenaikan minyak di negara tercinta kita Malaysia..Bukan berhajat ingin berceloteh panjang mengenai hal ini tapi tiflu merasakan bebanan yang berat akan kita hadapai disebabkan kenaikan minyak ini.tidak sampai seminggu harga minyak naik,pelbagai harga barang sudahpun naik. Surat kabar hari ini menyatakan DBKL akan menaikkan kadar letak kereta pusat bandar bermula isnin ini,hari ahad pun dikenakan bayaran juga..aduih… hagra daging juga naik secara mendadak..siapakah yang harus dipersalahkan?? Ntah la yang pasti orang yang kaya terus dengan kesenangan mereka manakala yang miskin pula akan terus menderita..Apa pun kita sama-sama doakan akan kesejahteraan kita besama insyallah aminnn (http://subversif.blogspot.com/2006/04/e-buku-kenaikan-harga-minyak-hakikat.html ) link buku mengenai kenaikan harga minyak..

Ok la sambung balik mengenai pembukaan islam yang kedua iaitu di

2. SYAM DAN PALESTIN

Khalifah Abu bakar telah menyediakan empat pasukan dalam pembukaan Syam dan Palestin ini :-

1) Abu Ubaidah bin Jarrah menuju ke Hams

2) Yazid bin Abi Sufian menuju ke Damsyik

3) Syurahbil bin Hasanah menuju ke Wadi Urdun

4) Amru bin Asr menuju ke Palestin

Dalam masa yang sama tentera kuffar juga telah menyediakan empat pasukan bagi menyekat akan tentera islam..Di dalam pertembungan ini tentera kuffar mempunyai senjata yang lengkap dan kuat serta bilangan tentera yang ramai manakala tentera islam hanya mempunyai kelengkapan perang yang tidak seberapa dan bilangan tentera yang tidak terlalu ramai..Sehubungan dengan itu khalifah saidina Abu Bakar telah pun menyuntikkan semangat kepada tentera islam dan juga telah memerintahkan Khalid al-Walid agar segera meninggalkan Iraq dan menuju ke Syam bagi membantu tentera islam dan mengetuai tentera islam.. Dengan semangat juang yang ada pada sahabat-sahabat ketika itu, mereka yang diketuai oleh Khalid telah merentas padang pasir dari Iraq menuju ke Syam.. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa yang lama telah dipermudahkan oleh Allah, mereka telah sampai ke Syam dikatakan dalam masa 18 hari sahaja..bayangkanlah sahabat-sahabat bertapa hebatnya mereka..

1. Peperangan Ajnadin

Berlaku pada tahun yang ke 13 hijrah, di ketuai oleh Saifullah Khalid al-Walid, bersamanya 30 ribu tentera islam, tentera islam ketika itu tidak mempunyai kelengkapan perang yang mencukupi..manakala tentera rom mempunyai kelengkapan yang cukup serta tentera yang mantap seramai 100 ribu yang diketuai oleh Tyudur ( saudara Imbratur Harculis ).. maka berlakulah peperangan dan kemenangan berpihak kepada islam atas keimanan mereka yang tingi..

2. Peperangan Damsyik

Peperangan ini berlaku pada tahun yang ke 14 hijrah, pada maa ini tentera islam telah mengelilingi kota damsyik kerana ahlinya telah menutup pintu serta mengunci semua pintu-pintu kota. Maka telah berpecah tentera islam kepada 5 pasukan, yang pertama di ketuai oleh Khalid al-Walid berada di pintu Timur, kedua Abu Ubaidah di pintu Utara, ketiga Amru bin Asr berada di pintu Tuma, yang ke empat Syurahbil bin Hasanah di pintu Paradais, yang ke lima Yazid bin Abi Sufyan berada di pintu kecil.. Telah berlaku pertempuran kecil maka Islam berjaya memasuki ke kota Damsyik melalui Khalid dan Abu Ubaidah..lalu menawan kota damsyik.. berlaku perselisihan pendapat mengenai Qoid ( ketua ) dalam penaklukan kota Damsyik ini samada Khalid atau pun Abu Ubaidah.. Pendapat yang rojih mengatakan adalah Abu Ubaidah kerana Khalid telah pun di lucutkan jawatanya oleh Khalifah umar pada ketika itu.

3. Peperangan Yarmuk

Harculis telah bersungguh-sunguh dalam memerangi tentera islam selepas kekalahan di peperangan yang lalu,dia telah menyediakan bala tentera yang ramai sekitar 200 ribu bala tentera,dan tentera Rom diketuai oleh Jablah bin Iham ( pemerintah terakhir ghasasanah ) manakala tentera islam adalah seramai 24ribu bala tentera sahaja yang diketuai oleh Abu Ubaidah bin Jarrah.. Natijah peperangan islam telah memperoleh kemenangan.. Harculis telah lari ke Kostontaniah..( inilah pahlawan yang sering diperbangga-bangakan oleh orang-orang kafir di dalam filem-filem mereka . Lari akibat ketakutan )

Selepas peperangan ini tentera islam telah berpecah kepada 2 pasukan, yang pertama di ketuai olehAbi Ubaidah bersamanya Khalid al-Walid menuju ke utara, kedua diketuai oleh Amru bin Asr bersamanya Syurahbil bin hasanah menuju ke arah selatan, manakala baki tentera yang diketuai oleh Yazid bin Abi sufian kekal berada di Damsyik..

Pasukan yang bertama telah berjaya membesarkan panaklukan islam ke daerah Hams, Hamah, Qonsarin, Laziqoh, dan Halb manakala pasukan yang kedua yang deketuai oleh Amru telah menakluki daerah ‘Aka, Hifa, Yafa Ghuzzah ‘Asqolan, Ludda dan Ramlah…

4. Peperangan Bait Muqaddis ( Palestin )

Telah menuju Amru bin Asr ke Bait Muqaddis diatas dua tujuan, tujuan agama dan siasi.. Tujaan agama adalah memartabakan agama di Bait Muqaddis dan tujuan sisai adalah mengakhiri penaklukan di seluruh kawasan Rom..Amru telah mengepung Bait Muqaddis selama 14 hari, lalu orang kafir telah meminta pendamaian..Maka Amru telah mengamankan segala harta benda,rumah,tembat ibadah mereka dari kerosakan..Lengkaplah menaklukan serta perluasan islam di seluruh tanah jajahan Rom pada ketika itu…

Yaps itulah sedikit sebanyak sejarang futuh islamiah yang berlaku pada zaman saidina Abu Bakar dan juga saidina Umar bin Khattab..insyallah lepas ni tiflu akan cuba untuk bercerita mengenai pembukaan di Mesir lak tempat dimana tiflu sedang menuntut sekarang..insyallah.. tiflu ingin menjamu selera dahulu salamz…

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - FUTUH ISLAMIAH SIRI KE2...

6/8/08

POSTING PERTAMA SELEPAS EXAM :)


Salam alaik..alhamdlillah setelah hampir sebulan mengharungi kenikmatan imtihan akhirnya tiflu terpaksa melepaskan juga kenikmatan tersebut pada tanggal 4 jun yang lepas…walaupun terdapat beberapa madah yang agak sedih :( dari segi jawapannya tetapi tiflu amat bersyukur dapat menjalani fatrah imtihan ini dengan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah..Terima kasih pada mak, abah, nenek, umi, adik-adik, ahli bait (ust faez,nas) sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan tiflu di sini..Insyallah dengan berkat doa antum semua tiflu akan memperoleh kejayaan untuk imtihan ini aminn Ya Rob..


Emh untuk posting yang pertama selepas fatrah imtihan ini mungkin tiflu boleh berkongsi sedikit sebanyak ilmu mengenai Tarikh Alam Islami yang tiflu dapat dalam pembacaan serta perbincangan bersama-sama sahabat baik mustakim,soleh,mursyid dan yg lain ( madah last sekali dalam jadual imtihan :p ) Alhamdlillah pada fasal kali ini kami telah mempelajari sejarah islam pada zaman khilafah rasyidin di samping memepelajari satu lagi buku mengenai Hadoroh Islamiah ( bukan islam hadhari ek ) Pembelajaran kami dimulai dengan sejarah khlifah rasyidin yang pertama saidina Abu Bakar As-sidiq dan seterusnya hingga khalifah yang ke empat iaitu saidina Ali Karamallah Wajhah..Pada posting kali ini Tiflu rasa berminat ingin menceritakan seberapa banyak kisah futuh islamiah yang telah dilakukan oleh sahabat-sahabat pada zaman tersebut..Hal ini kerana Tiflu ingin membawa sahabat-sahabat menghayatai serta mendalami sedalam yang mungkin merasai betapa hebatnya iman serta semangat sahabat-sahabat nabi dalam mengembangkan islam..Perit getir,susah payah,penat lelah pelbagai ujian lain yang telah dilalui oleh sahabat-sahabat nabi dalam menyampaikan islam sehinggalah sampai pada kita hari ini..

Sebelum menyusuri dengan lebih dalam mengenai kisah futuh islamiah Tiflu ingin menceritakan sedikit mengenai peperangan riddah (murtad) yang berlaku pada zaman khalifah Abu Bakar r.a..Sejurus selepas kewafatan nabi junjungan mulia Muhammad s.a.w ramai daripada orang-orang islam telah murtad, proses kemurtadan ini berlaku dalam dua perkara, yang pertama tergolong dalam mereka yang enggan membayar zakat dan yang kedua yang keluar terus dari agama islam, tidak kurang juga ramai yang telah mengaku sebagai rasul @ nabi antaranya Musailamah al-Kazzab ( perang yamamah ),Tolaihah al-Asadi ( Bazakhah ) Aswad al-‘ansa ( yaman ) dan lain-lain… Gejala murtad ini berlaku atas beberapa sebab

Yang pertama : Masyarakat jahiliah pada ketika itu tidak berpegang dengan ajaran islam yang sebenar,kebanyakan daripada mereka memasuki islam atas dasar pemerintah mereka memeluk agama islam tanpa menekankan ajaran islam..( berlaku pada zaman jahiliah moden lani,islam hanya ikut-ikut,hanya pada nama,tiada penghayatan )

Yang kedua : Sikap asobiah ( perkauman ) berasa sombong dengan kabilah masing-masing tidak mahu mengikut kanun atau hukum yang telah ditetapkan dalam islam..berpendapat hokum tersebut hanya pada zaman rasulullah hidup sahaja.. ( ada juga di zaman lani )

Yang ketiga : Beranggapan bahawa zakat hanya dikenakan pada ketika nabi hidup sahaja..tidak merasakan kewajipan dalam mengeluarkan zakat ( macam ada gak zaman lani )

Khalifah Abu Bakar telah menyediakan sebelas pasukan tentera islam dalam proses membanteras murtad ini.. setiap pasukan diketuai oleh panglima yang berkalibel.. Kahlifah Abu Bakar telah pun mengeluarkan surat perkeliling kepada semua tentera sebagai memberi inzar.ini adalah surat yang pertama dibacakan dihadapan seluruh insan…Antara pasukan yang telah disediakan :

1) Panglima Khalid al-Walid – memerangai Tolaihah bin Khuailid al-Asadi di Bazakhah – islam memperoleh kemenangan..

2) Panglima Akramah bin Abi Jahal – memerangi Musailamah al-Kazzab – yamamah

3) Panglima Syurahbil bin Hasanah – membantu Akramah dalam memerangi Musailamah al-Kazzab

4) Panglima Muhajir bin Abi Umayah – memerangi Aswad al-‘ansa

5) Panglima Huzaifah bin Muhson – menuju ke Daba ( satu kota lama yang masyhur di Umman )

6) Panglima Arfajah bin Harsimah – memerangi ahli mahrah

7) Panglima Sawid bin Makran – memerangi ahli tuhamah di Yamani

8) Panglima ‘Ala al-Hadrami – memerangi ahli Bahrain

9) Panglima Torifah bin Hajiz – memerangi bani Salim

10) Panglima Amru bin Asr – memerang kumpulan Qodoah, Wadi’ah dan Harith

11) Panglima Khald bin Saad bin Asr – ke Syam



FUTUH ISLAMIAH



1. Di Iraq dan Paris


  1. Peperangan Zat Salasil ( tahun safar12 hijrah )

Peperangan ini di ketuai oleh panglima perang saifullah Khalid al-walid, di beri nama dengan Salasil adalah kerana tentera Paris pada ketika itu mengikat tubuh mereka dengan rantai agar tidak lari dari medan perang,tetapi cara ini tidak berhasil kerana ada sebahagian mereka yang lari apabila ada peluang untu melarikan diri..peperangan ini berlaku di daerah Kazimah berhampiran dengan Hafir.. Tentera islam seramai 18.000..Tentera islam telah memperolehi kemenagan dalam peperangan ini dan dapat menawan Mina Ablah..


  1. Peperangan Jasr ( jambatan )

Peperangan ini berlaku pada tahun 13 hijrah, di ketuai oleh panglima perang Abu ‘Abid bin Umar as-Saqafi dibantu oleh Salot bin qais al-Ansari..dan panglima perang bagi tentera Parsi adalah Rustam.. Dinamakan peperangan ini dengan nama Jasr kerana tentera islam menyeberang jambatan yang terletak di Hairah menuju ke tentera Parsi. Natijah peperangan ini berpihak kepada tentera Parsi, dan telah syahid Abu Abid dan Salit bin Qais. Kekalahan islam berpunca daripada dua perkara, pertama mukhalafah Abi 'Abid dengan mesyurat ahli-ahlinya, kedua adalah kerana musnahnya jambatan yang dilalui oleh tentera islam,tidak dapat berundur untuk menyusun strategi yang baru...


  1. Peprangan Yaum Nakhilah @ Yaum Mahran

Selepas peperangan Jasr khlifah Umar telah tawaquf selama setahun tidak memerangi Paris, ketika masuk tahun yang ke 15 hijrah khalifah Umar telah menyediakan pasukan tentera yang diketuai oleh Jarir bin Abdullah r.a bersama Masna bin Harithah r.a. Tentera Paris diketuai oleh Mahran..Natijah peperangan dimenangi oleh tentera islam dan telah terbunuhnya Mahran..


  1. Peperangan Qodasiah

Peperangan yang masyhur dalam sejarah alam islami, ia berlaku pada tahun yang ke 16 hijrah. Bilangan tentera islam hanya 10 ribu manakala tentera Parsi mencecah 120 ribu orang.. nisbah 1 islam kepada 12 parsi.. Tentera islam diketuai oleh Sa’ad bin Abi Waqos dibantu oleh Mughirah bin Sy’bah, Qis bin Habirah dan Tolaihah bin Khuailid. Ada pun panglima Musana bin Harithah telah meninggal sebelum berlakunya peperangan.. Seperti peperangan sebelumnya pihak islam mengadakan perbincangan agar tidak berlakunya peperangan tetapi usaha damai itu tidak diterima pihak Parsi lalu berlakulah peperangan yang besar dalam sejarah peperangan islam dengan Parsi..Natijah kepada peperangan ini dimenangi oleh tentera islam lebih daripada 10ribu tentera Parsi telah lari, panglima perang rusatm telah dibunuh dan tentera islam telah memperolehi harta ghonimah ( harta hasil dari peperangan) yang banyak.. Peperangan ini telah berlalu selama tiga hari dan setiap hari mempunyai namanya yang tersendri. Hari yang pertama ( Armas ) yang kedua ( Aghwas ) yang ketiga ( ‘amas )..


  1. Peperangan Madain

Selepas kemenangan di peperangan Qodasiah tentera islam terus menuju ke asimah Tisfun yang diberi nama oleh penduduk arab sebagai Madain dan terletak berhampiran sungai najlah..Madain terbahagi kepada dua kawasan, yang pertama Madain Barat iaitu kawasan penempatan penduduk manakala yang kedua Madain Timur iaitu kawasan tingi dan penempatan bagi pemerintahan.. tentera Parsi telah mengambil sampan-sampan serta memusnahkan jambatan menyebabkan tentera islam tidak dapat menyeberangi sungai najlah, akan tetapi dengan pertolongan Allah tentera islam berjaya menyeberangi sungai tersebut dengan mengunakan kuda..tentera Parsi berasa amat terkejut,mereka mengatakan “wallahi bukanlah tentera islam ini melaikan terdiri daripada jin-jin” Hasil dari usaha gigih tentera islam mereka memperolehi kemenangan lalu menawan istana putih dan Yazdajir bin Syahriyar ( raja ghosasanah ) telah lari ke Halwan bersama dengan keluarganya..


  1. Peperangan Jalula

Akibat daripada kekalahan pada peperangan Madain maka Yazdajir telah mengumpulkan tentera untuk membalas dendam,telah menyediakan bala tentera di kawasan yang bernama Jalula, mereka telah mengorek parit disekelilingnya.akan tetapi ia tidak memberi kesan keatas tentera islam mereka menyeberangi parit tersebut..kemenangan berpihak kepada islam,Yazdajir sekali lagi melarikan diri pergi ke Rai..


  1. Peperangan Nahaund ( 21 hijrah )

Dinamakan juga dengan fathul futuh..Tentera islam di ketuai oleh Nu’man bin Maqran manakala tentera Paris diketuai oleh Fairazan.. Tentera Paris telah mengikat tubuh mereka dengan rantai seperti di dalam peperangan Zat Salasil..Panglima Nu’man telah syahid di medan peperangan lalu digantikan oleh Huzaifah bin yaman..Tentera islam diberikan kemenangan…


2. Di Syam dan Palestin..

Emh….. tungu posting lepah ni la plak ek..nak gi betulkan laptop saen :P salamz..





p/s : segala kenyataan diatas adalah atas bacaan serta kefahaman tiflu dari muhadarah doctor ( terdedah kepada kesalahan ) sekiranya ada kesalahan fakta sila bagitau ek syukran…




rujukan :

1) Tarikh khulafa, imam al-Hafiz Jalaluddin as-Sayuti, tahkik Dr Jamal Mahmud Mustafa, toba’ dar fajr litturas Qaherah

2) Mausu’ah Muyassarah fi Tarikh Islami, Dr Roghib as-Sirjani,

3) Khulafa Rasyidin, Dr Abdullah Ramadhan Abdullah, Jamiah Azhar Kuliah Lughah Arabiah Zagazig.

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - POSTING PERTAMA SELEPAS EXAM :)