kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

5/25/08

MELODI & RINDU BERSAMA..

rindu kat adik2 huuuu

FUHHH.... setelah 3hari bercinta,berkasih,berdua-duan,berdamping,berasmara dengan kekasih bernama nahu, tido nahu,mimpi nahu,makan nahu,minum nahu,mandi nahu,dan bermacam-macam lagi bersama nahu kini tiba giliran bersama dengan kekasih kedua yang bernama sorof yang tidak kurang hebatnya...kedua-duanya memainkan peranan yang sangat penting dalam memahami serta mendalami ilmu bahasa arab..tanpa keduanya kita tidak akan dapat menguasai bahasa arab dengan baik..jikalau didalam bahasa melayu kita mempelajari tatabahasa didialam bahasa arab juga mempunyai tatabahasa yang tersendiri iaitu nahu dan sorof..lebih-lebih lagi bahasa arab mempunyai harakat atau baris,apabila salah baris salahlah makna..( tu yg den poning tu huuu )

emh bukan nak posting apa pun,just nak kongsi nasyid yang tiflu minat dan selalu dengar time pening-pening langau ni..turt berkongsi minat bersama ahli bait tersayang ust faiz..

MELODI BERSAMA
Album : Kiasan Naluri
Munsyid : Amar
http://liriknasyid.com


Duhai kekanda usah membisu
Mengapakah bersedih
Duhai kekanda ku rasa sayu
Mengapa kau begitu
Dinihari petang menanti
Ku kesepian

Duhai adik kau tak mengerti
Mengapa ku begini
Kukenangkan kisah silam
Memori indah bersama
Apakah saat itu mungkin berulang
Ku harap saat itu akan berulang

Kiasan hidup ibarat roda
Kekadang di atas di bawah di atas semula
Redha dan syukur apa kehendak-Nya
Itulah tanda kasih sayang kita

Tutur katamu itu penuh bermakna
Kini hilanglah kerinduan di jiwa
Wahai kekanda tenangnya di hatiku
Melihat wajahmu kembali ceria

Lagu : AMAR
Lirik : AMAR
Album : Kiasan Naluri
Amar (Duet Bersama Adik Mohd Amir Shakirin B. Nasir)


RINDU BERSAMA
Album :
Munsyid : Amar
http://liriknasyid.com


Suria yang suram menanti waktu
Senja berlabuh ku terasa pilu
Tiupan angin kedengaran bagai mengalun wirama indah
Ku sengaja menutupi rasa hati selama ini
Namun tak mampu kupendamkan
Rahsia dalam sanubari

Oh..kini kupasrah
Terbongkar segalanya
Yang kurindukan kasihmu kekanda

Ciptalah kejayaan dalam dirimu
Seimbang dunia jua akhirat
Letakkan agama setingginya
Itulah nasihatku seiring rindumu

Akan kuturuti nasihatmu
Ingin kucontohi dirimu oh kekanda..

Mengubat jiwaku yang gundah
Demi cahaya yang menantiku disana

Pasti kau kecapi bahagia di hari muka
Jasamu kekanda mustahil ku lupakan
Oh..dulu kini hingga keakhirnya
Dirimu bertakhta di kalbu

Melodi Bersama - Amar

Rindu Bersama - Amar
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - MELODI & RINDU BERSAMA..

5/23/08

KEPENINGAN HUUU...


EE SEDAPNYE DIORANG EXAM KERTAS BESAR2 RAPAT2 TLIS BESAR2 LEH TGK SEBELAH HUUUU

SELEPAS SEJAM BACA NAHU HUUU ( BARU SEJAM )

LAST2 ZZZZZZZZZZZZ HUU


INILAH KESUDAHAN APABILA TENSYEN X FAHAM2 HUU


MOVIE SUPERHIRO TERBARU HUU
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - KEPENINGAN HUUU...

5/15/08

SAYA BUTA SEJARAH ISLAM!!!




SAYA BUTA SEJARAH ISLAM.. satu ungkapan yang sangat sesuai diucapkan oleh diri ini.. Mungkin kita pernah mempelajari sedikit sebanyak mengenai sejarah pada peringkat thanawi dahulu tapi sejauh manakah penghayatan kita terhadap sejarah islam ini? Adakah hanya sebagai prasyarat untuk najah imtihan lalu kita membacanya tanpa merasakan zuk islam itu sendri? Atau bagaimana? Ops bukan kita tapi saya… pembacaan terhadap sejarah khulafa rasyidin membuatkan saya rasa terlalu kosong jiwa terhadap sejarah kerna banyak perkara serta peristiwa-peristiwa penting dalam islam yang masih lagi belum diketahui oleh saya..ini baru sejarah mengenai khulafa rasyidin.. Bagaiman dengan sejarah pemerintahan islam selepas khulafa rasyidin?? Sejarah daulah islamiah umawiah,daulah ‘abasiyah, daulah fatimiyah, daulah ayubiyah, daulah mamalik, daulah uthmaniah dan lain-lain.. aduih pasti terlalu banyak peristiwa yang saya masih belum mengetahuinya..Gara-gara SAYA BUTA SEJARAH ISLAM inilah yang membuatkan saya tidak mengambil peduli terhadap perkara yang berlaku ke atas umat islam sekarang,islam dihina,islam di cerca,islam di anggap pengganas tapi saya masih leka dengan kelalaian dunia..langsung tidak merasakan perlunya membantu,mengerahkan tenaga untuk membantu umat islam yang ditindas di serata dunia di Palestin terutamnya, saya mengambil enteng perkara-perkara seperti ini langsung tidak mengetahui perkembangan semasa pereka,apa yg terjadi pada mereka langsung tidak dipedulikan “tak pe saya duk kat sini sihat jejanji ,Negara saya aman, tiada masalah” kerana apa semua ini? kerana SAYA BUTA SEJARAH ISLAM… ya allah kau bukakanlah hati ku ini…

Zaman pemerintahan khulafa rasyidin adalah zaman bermulanya penyebaran islam di serata dunia..Dengan berkat gigih usaha pejuang-pejuang islam pada ketika itu islam dapat disebarkan di merata-rata tempat di Parsi,Rom,Spanyol dan sehinggalah sampainyai islam kepada kita hari ini..alhamdulillah..Khalid Al-walid ( di gelaran saifullah ), Usamah bin Zaid ( mengetuai peperangan ketika berumur 17 tahun ), Syurahbil bin Hasanah, Amru bin Asr, Abu Ubaid bin Umar Athaqofi, Yazid bin Abi Sufian, ‘Akramah bin Abi jahal dan lain-lain adalah antara nama-nama besar pemimpin-pemimpin perang pada zaman tersebut. Mereka begitu semangat dalam memperjuangkan agama islam dimuka bumi allah ini..Jikalau dilihat di dalam peperangan yang dihadapi oleh kaum muslimin terhadapan kaum musyrikin bilangannya musuh amat-amatlah berbeza banyaknya daripada bilangan tentera islam ketika itu,seperti contoh didalam peperangan Yamamah dalam memerangi nabi palsu musailamatul kazzab tentera islam hanya 13,000 orang berbanding tentera kafir seramai 40,000 orang, di dalam peperangan Ajnadin yang berlaku pada tahun 13 hijrah tentera islam hanya sekitar 30,000 manakala tentera kafir 100,000 orang..dan di dalam peperangan Zatu Sawari (peperangan laut pertama dalam islam) pada zaman pemerintahan saidina uthman r.a tentera islam hanya mempunyai tidak lebih dari 200 buah kapal manakala tentera kafir mempunya lebih dari 600 buah kapal…walaupun bilangan tentera kafir pada ketika itu lebih ramai tetapi kemenangan tetap berpihak kepada islam kerna kuatnya iman mereka serta kuatnya azam mereka untuk menegakkan agama Allah..zaman kini orang-orang islam lebih ramai dari orang kafir akan tetapi mereka masih lagi ditindas,masih lagi di cerca, kemana hilangnya semangat pejuang-pejuang islam dahulu?? semua ini kerana SAYA BUTA SEJARAH ISLAM…

Pada zaman pemerintahan khalifah yang pertama saidin abu baker telah berlakunya kemurtadan..Gejala murtad pada zaman tersebut di ketogarikan kepada dua bahagian. Yang pertama ialah mereka-mereka yang enggan membayar zakat. Dan yang kedua ialah mereka-mereka yang keluar dari islam terus..Apakah tindakan yang telah dilakukan oleh Saidina Abu baker pada ketika itu? Berdiam iri? Atau membenarkan lagi kemurtadan? Menubuhkah persatuan arab murtad? TIDAK SAMA SEKALI..Saidin Abu baker telah menyiapkan bala tentera untuk menghukum bunuh kepada umat islam yang telah murtad yang tidak mahu bertaubat setelah diberi peluang untuk kembali kepada islam ia dikenali sebagai peperangan Riddah..Tidak membayar zakat telah dihukum.. sekarang? Mencuri duit zakat,menahan orang daripada mendapat zakat..bagaimana hukuman?? Gejala murtad tidak terkira..kes Natrah,lina joy, Siti Fatimah Tan Abdullah dan belbagai lagi.. “Bagi menjaga nyawa Islam mensyariatkan hukum qisas dan diyyah. Bagi menjaga aqal ada hukuman ke atas peminum arak. Bagi menjaga keturunan Islam bukan sahaja menggalakkan perkahwinan tetapi juga mengenakan hukuman ke atas penzina dan bagi menjaga harta benda bukan sahaja zakat diwajibkan malahan pencuri juga boleh dihukum. Bagi menjaga air muka ada hukuman ke atas jenayah qazaf. Jadi mengapa pula murtad dibiarkan bebas dan tidak perlu dihukum” semua adalah kerana SAYA BUTA SEJARAH ISLAM…

YA ALLAH KAU BUKAKANLAH PINTU-PINTU HATI KAMI,AGAR KAMI DAPAT BERSAMA DENGAN PEJUANG2 MU DALAM MENEGAKKAN AGAMA MU YA ALLAH, KAU BERIKANLAH KEKUATAN PADA KAMI UNTUK TERUS MEMARTABATKAN AGAMA MU DI MUKA BUMI INI, KAU BERIKANLAH KAMI SEMANGAT UNTUK MENGHADAPI UJIAN DALAM MEMPERJUANGKAN AGAMA MU INI YA ALLAH YA RABBAL ALAMIN…

PETIKAN DARI HARAKAH

Sempena Nakbah Palestin: Salahuddin perlu diteladani
Zainudin Hashim
Thu | May 15, 08 | 2:40:22 pm MYT

Negara Palestin sering dikaitkan dengan wilayah-wilayah yang masyhur seperti Baitulmaqdis (Jerusalem), Gaza dan Baitullahm yang merupakan tempat terpenting dan melakar sejarah tersendiri kerana pelbagai peristiwa, kisah, agenda tertentu melandanya.

Apatah lagi wujud Masjid al-Aqsa dalam jajahan Baitulmaqdis yang disebut oleh al-Quran berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum ditukar ke arah Masjidilharam.

Kerana pentingnya Masjid al-Aqsa, maka Panglima Salahuddin al-Ayubi rasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk membebaskannya daripada cengkaman dan penaklukan tentera Salib yang diketuai 'Raja Richard the Lion Heart' dari England bersama tentera-tentera Eropah lain seperti Jerman, Belanda, Itali dan Sepanyol.

Walaupun beliau (Salahuddin) bukan daripada keturunan bangsa Arab, isu Masjid al-Aqsa tidak dianggapnya isu bangsa malah isu agama kerana ia adalah kiblat pertama orang Islam.

Beliau telah berjaya menarik minat dan memikat hati banyak pihak khususnya di kalangan bangsa Arab untuk menyertainya dalam satu pakatan tentera Islam mengusir keluar tentera-tentera Salib dari bumipada Anbiya' itu.

Siapakah sebenarnya Salahuddin?

Beliau adalah Salahuddin Yusuf bin Najmuddin Ayyub, lahir pada 532 Hijrah/1138 Masihi di Tikrit, Iraq daripada rumpun bangsa Kurdis, meninggal pada tahun 589 Hijrah/1193 Masihi di Damsyik.

Pengasas Daulah Ayyubiah dan bergelar Sultan Salahuddin, seorang pahlwan Islam yang paling gagah berani dalam Perang Salib dan berhasil merebut kembali Baitulmaqdis daripada tangan tentera Salib Kristian.

Persoalannya, mengapakah suatu ketika dahulu 'Salahuddin Al-Ayubi' bersama tentera Islam bermati-matian mempertahankan Baitulmaqdis ketika diserang oleh tentera Salibiah Eropah sedangkan beliau sendiri bukan rakyat Arab Palestin, beliau adalah daripada keturunan Kurdis, satu bangsa yang mendiami utara Iraq yang bersempadan dengan Turki.

Beliau berjaya menumpaskan serangan tersebut, malah berjaya menghalau saki baki tentera Kristian itu daripada bumi Palestin.

Apakah yang mendorong beliau bertindak demikian, dan tidak menyerahkan urusan mempertahan kota Baitulmaqdis itu kepada rakyat Palestin untuk mempertahankan tanah air mereka sendiri?

Sebaliknya Salahuddin ketika pada penghujung hayatnya telah berpesan supaya segala pakaian penuh berdebu yang digunakan semasa berperang, agar dimasukkan di dalam liang kubur dan ditanam bersama jenazahnya dengan tujuan supaya menjadi saksi bahawa beliau telah menghabis segala tenaga dan fikiran untuk mengetuai tentera Islam bagi mempertahankan Baitulmaqdis daripada serangan tentera Kristian Eropah.

Sesungguhnya yang mendorong Salahuddin bertindak demikian adalah kerana kesedaran yang tinggi untuk mempertahan kota suci iaitu kota yang telah menemukan Nabi Muhammad s.a.w. dengan para anbiya' yang lain, khususnya dalam peristiwa Israk Mikraj.

Sebagai seorang Islam beliau berkeyakinan bahawa apabila bumi suci Baitulmaqdis itu diganggu oleh golongan kuffar, adalah menjadi kewajipan kepadanya dan juga umat Islam seluruhnya bangun untuk mempertahankan atau membebaskan bumi tersebut dari cengkaman musuh Allah SWT itu, tidak kira sama ada mereka orang Palestin ataupun bukan.

Empat puluh tahun selepas peristiwa itu, Lord Olenby yang mengetuai pasukan Salibiah berjaya memasuki semula kota Baitulmaqdis, dia pergi ke kubur Salahuddin dan menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil berkata: "Sekarang aku datang semula ke sini."

Alangkah baculnya ketua tentera Salibiah itu, dia hanya berani berdepan dengan Salahuddin yang telah mati, dengan mesej bahawa pihak Salibiah sentiasa menyimpan dendam terhadap Islam.

Bagi Salahuddin, beliau telah melaksanakan tanggungjawabnya mempertahankan kota suci terletaknya Masjid al-Aqsa yang mulia, tempat Nabi Muhammad s.a.w. mendirikan solat dua rakaat dalam peristiwa Israk dan Mikraj.

Tanggal hitam 15 Mei 1948

Pada tarikh ini, genaplah usia 60 tahun Palestin ditakluk, betapa malunya kita sebagai umat Islam hari dengan kelengkapan serba serbi peralatan persenjataan masih tidak terdaya membebaskan bumi Palestin, malah Masjid al-Aqsa juga dikuasai rejim Yahudi.

Kalau dilihat dari sudut logik akal manusia, negara Israel dilingkungi beberapa negara Arab yang kaya dengan senjata minyak seperti Arab Saudi, Kuwait, Iraq, Syria, Lubnan, Bahrain, Oman, Yaman dan sebagainya sepatutnya pada 1948, orang-orang Arab berjaya menghalang penubuhan negara haram itu, namun ia tidak berlaku.

Sebabnya, para pemimpin Arab hanya banyak menganjurkan persidangan menjaga kepentingan mereka daripada memikirkan keselamatan rakyat bangsa Palestin yang ditindas, dianiayai, dinafikan hak mereka sepanjang 60 tahun, iaitu satu jangka masa yang begitu lama mengatasi usia Malaysia merdeka (51 tahun).

Imam Syahid Hasan al-Banna pengasas Gerakan Ikhwanul Muslimin pernah mengemukakan pandangannya kepada Perdana Menteri Mesir pada masa itu, Noqrashi Basha agar membantu rakyat Palestin dengan menghantar pasukan tentera ke Palestin bagi menghadapi segala kemungkinan agar kuasa asing tidak bertapak di kawasan yang diduduki bangsa Arab, apatah lagi beragama Islam.

Pandangannya itu bukan mahu membangkitkan isu kebangsaan, malah kebimbangannya terhadap pengaruh bukan Islam akan masuk ke dalam negara-negara yang dihuni oleh orang Arab.

Noqrashi menolak pandangannya itu malah bertindak mengharamkan segala aktiviti gerakan Ikhwanul Muslimin. Imam Hasan tidak berputus asa dan mengerahkan unit pasukan jihad gerakan itu supaya pergi ke Palestin bertujuan untuk membantu rakyat negara itu, walau bagaimanapun tentera-tentera yang dihantar itu ada yang mati syahid dan ada yang sempat pulang semula ke Mesir dengan pelbagai kesusahan yang menanti mereka.

Kejatuhan Palestin di tangan Israel disifatkan oleh Imam Hasan sebagai satu kesilapan dan pengkhianatan besar ke atas rakyat Palestin yang beragama Islam.

Selang tidak berapa lama selepas kejatuhan Palestin, pada 12 Februari 1949, Imam Hasan ditembak mati secara misteri tanpa seorang pun yang tahu kejadian itu hingga ahli keluarganya juga tidak dapat mengesan di manakah jenazahnya di kuburkan hingga hari ini.

1948 dikenali sebagai tahun perang Arab�Israel

Perang Arab-Israel 1948, dikenali juga sebagai Perang Kemerdekaan Israel, adalah merupakan perang yang pertama di dalam satu siri peperangan antara negara Israel dan negara jiran Arabnya dalam konflik Arab-Israel.

Bagi orang Yahudi Israel, peperangan ini menandakan kejayaan penubuhan negara Israel, tetapi bagi orang-orang Arab Palestin, ia menandakan permulaan bagi peristiwa-peristiwa yang dirujuk daripada bahasa Arab sebagai 'Al-Nakba' yang bermaksud 'malapetaka', perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pengusiran keluar beratus-ratus ribu penduduk Palestin tempatan dari negara Israel yang baru dibentuk, dan kemudiannya pelarangan pihak Israel kembali ke kampung halaman mereka.

Pada tahun 1947, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mencadangkan memisahkan tanah Palestin kepada negara Yahudi dan negara Arab, satu rancangan yang ditolak oleh masyarakat Arab.

Mandat British terhadap Palestin sepatutnya berakhir pada 15 Mei 1948, tetapi kepemimpinan Yahudi, diketuai oleh bakal Perdana Menteri David Ben-Gurion, telah mengisytiharkan kemerdekaan pada 14 Mei.

Kemerdekaan Israel dengan cepatnya diiktiraf oleh Kesatuan Soviet, Amerika Syarikat, dan banyak negara lain.

Pada akhir Mei 1948, 6000 tentera Syria, 4500 Iraq, 6000 Transjordan, 1000 Lubnan dan 5000 Mesir telah melancarkan serangan terhadap negara Israel yang baru lahir.

Namun, mereka ditewaskan oleh Israel yang berjaya menawan hampir setengah wilayah yang diberikan oleh PBB kepada penduduk Arab serta Baitulmaqdis Barat.

Dalam perjanjian gencatan senjata, Semenanjung Gaza diserahkan kepada Mesir, manakala Tebing Barat diserahkan kepada Jordan, dan tanah mandat British terhadap Palestin dahulu yang lain menjadi Israel.

Tragedi Sabra dan Shatila

Umum di kalangan umat Islam mengetahui, bahawa Yahudi adalah satu bangsa yang paling jahat di dunia, justeru Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dalam salah satu hadisnya yang bermaksud: Tidak akan boleh dua agama berada dalam satu negara (ia merujuk kepada Semenanjung Tanah Arab iaitu antara Islam dan Yahudi).

Pada zaman pemerintahan Sayidina Omar bin al-Khattab, beliau telah mengusir saki baki etnik Yahudi yang masih tinggal di Madinah, ekoran daripada peristiwa pengusiran itu, maka bangsa Yahudi tidak ada sebuah negara khusus, ada di kalangan mereka yang bertempiaran lari ke Eropah, Asia, Amerika dan benua Afrika yang dikenali sebagai Fallasyah.

Mereka menyimpan rasa dendam kesumat khususnya terhadap bangsa Arab dan agama Islam, justeru mereka akan perlakukan apa sahaja terhadap orang Arab tidak kira orang-orang tua, kaum wanita dan kanak-kanak walaupun ia dianggap melanggar hak asasi manusia, sehingga hari ini kekejaman mereka tidak diseret ke mahkamah antarabangsa.

Penyembelihan Sabra (Shatila/Chatila) berlaku pada September 1982, di Beirut, Lubnan, dalam kawasan di bawah kawalan Israel, oleh Nasrani Lubnan sebagai bukti kekejaman mengatasi undang-undang.

Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyifatkannya sebagai 'penghapusan kaum (genocide)' - satu istilah yang mempunyai kesan perhakiman antarabangsa. Kebanyakan perdebatan bertumpu kepada tanggungjawab Israel.

Tuduhan terhadap Israel

Berita penyembelihan tersebut tersebar melalui media seluruh dunia. Berikutan kontroversi itu, pihak Israel membentuk Suruhanjaya Penyiasatan yang diketuai oleh bekas Hakim Agung Kahan.

Laporan tersebut termasuk bukti daripada kakitangan tentera Israel, termasuk juga tokoh politik, dan pegawai Phalange.

Dalam laporan ini, diterbitkan pada musim bunga 1983, Suruhanjaya menyatakan bahawa tidak terdapat bukti unit Israel terbabit dalam penyembelihan secara langsung, tetapi ia adalah sepenuhnya dilakukan oleh Elie Hobeika dan orang-orangnya.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Kahan merakamkan bahawa kakitangan tentera Israel telah menyedari mengenai penyembelihan yang berlaku beberapa kali tanpa melakukan sebarang tindakan serius untuk menghentikannya, dan juga laporan mengenai penyembelihan sedang berlaku dilaporkan kepada menteri Kabinet Israel.

Ia mencadangkan bahawa Menteri Pertahanan Israel pada waktu itu, Ariel Sharon berhenti atau dipecat dan juga mengutuk serta mencela beberapa pegawai perisikan dan tentera.

Yang lain tidak bersetuju dengan laporan tersebut.

Pembunuhan beramai-ramai itu bukan merupakan tindakan membalas dendam terhadap pembunuhan Bachir Gemayel yang dilakukan secara spontan tetapi merupakan satu operasi yang telah dirancang terlebih dahulu bertujuan memberi kesan terhadap perpindahan beramai-ramai rakyat Palestin daripada Beirut serta bahagian-bahagian lain di Lubnan.

Penglibatan Israel dalam pembunuhan terhadap rakyat Palestin telah mewujudkan satu corak perjuangan politik yang mengusutkan melalui tindakan keganasan massa terhadap orang awam, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua.

Terbentuk Hamas bagi pembebasan al-Aqsa

Hamas adalah singkatan Harakat al-Muqawama al-Islamiyya, Gerakan Penentang Islam merupakan satu pertubuhan Islam Palestin yang ketika ini (sejak pilihan raya Januari 2006) parti berkuasa Pihak Berkuasa Palestin. Berikutan pilihan raya itu, pemimpinnya, Ismail Haniyeh telah dilantik menjadi Perdana Menteri Palestin.

Namun, pada 14 Jun 2007, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah membubarkan parlimen dan memecat kerajaan Palestin bersatu yang diketuai oleh Hamas akibat pertempuran antara Hamas dan Fatah di Gaza. Abbas telah melantik Salam Fayyad sebagai pengganti Ismail Haniyeh.

Hamas diasaskan oleh Syeikh Ahmed Yassin dari bahagian Gaza al-Ikhwanul al-Muslimun.

Sejak penubuhannya, Hamas telah melancarkan serangan terhadap penduduk Israel, negara yang menakluki wilayah Palestin.

Piagam Hamas menyeru supaya negara Israel dimusnahkan dan digantikan dengan sebuah negara Islam. Hamas sering menunjukkan sentimen anti-Israel dan berjuang untuk mengusir pihak Israel keluar dari Palestin melalui Jihad.

Dalam pilihan raya umum 2006, Hamas berjaya memenangi jumlah kerusi yang terbanyak dalam parlimen dan telah membentuk kerajaan baru.

Hal ini membuktikan populariti Hamas berbanding dengan Fatah yang dianggap tidak berkesan dan tidak berakhlak oleh penduduk Palestin. Hamas juga melaksanakan beberapa program kebajikan di wilayah Palestin, termasuk menabung sekolah, rumah yatim piatu dan klinik kesihatan.

Pertempuran antara kumpulan militan Fatah dan Hamas sejak pilihan raya Januari 2006 telah banyak berlaku, dan menyebabkan kemusnahan infrastruktur dan kegawatan ekonomi.

Hamas dianggap sebagai pihak pengganas oleh Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Australia, Israel, Jepun dan Kesatuan Eropah.

Selepas kemenangan Hamas dalam pilihan raya 2006, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah telah menyekat bantuan ekonomi kepada Palestin, demi memulaukan Hamas. Pada 8 Februari 2007, Hamas telah bersetuju mangagihkan kuasa antara pihak Hamas dan Fatah dengan harapan menghentikan sekatan itu.

Namun, Israel dan Amerika Syarikat masih tidak berpuas hati dengan penglibatan Hamas dalam kerajaan.

Pertempuran antara Hamas dan Fatah diteruskan sehingga Jun 2007, apabila Mahmoud Abbas membubarkan parlimen untuk melantik kerajaannya sendiri. Tindakan ini ditentang habis-habisan oleh Hamas.

Pada hari yang sama itu, militan Hamas berjaya menguasai seluruh Jalur Gaza dan menghancurkan pengaruh dan kuasa Fatah di kawasan tersebut.

Syeikh Ahmad Yasin, Dr Abdul Aziz Rantisi dibom hingga mati

Bagi mengurangkan pengaruh jihad di kalangan rakyat Palestin, maka rejim Yahudi telah mengupah tali barutnya di kalangan rakyat dan bangsa Arab Palestin sendiri supaya memantau kegiatan yang dilakukan oleh Syeikh Ahmad Yasin, bukan sahaja pengasas Hamas, malah beliau dianggap sebagai pemimpin kerohanian yang membangkitkan semangat jihad menghadapi golongan Yahudi.

Risikan demi risikan melibatkan jangka waktu tertentu, hingga pada tarikh 20 Mac 2004, setelah selesai solat Subuh, Syeikh Ahmad keluar dari masjid dan satu serangan peluru berpandu dilancarkan dari bumi Israel menepati tubuh badan al-marhum Syeikh Ahmad yang menyebabkan beliau syahid di situ juga.

Pada 17 April 2004, giliran pemimpin Hamas, Dr Abdul Aziz Rantisi pula menemui syahid, apabila beliau dibedil oleh serangan helikopter yang menyebabkan beliau mati syahid, kepimpinan Hamas diterajui oleh Khaled Masy'al yang berada dalam buangan di Damsyiq, Syria hingga ke hari ini.

Nakbah 60 tahun Palestin perlu sambut perjuangan ulama

Sejarah Palestin telah mencatatkan beberapa individu di kalangan pahlawan dan ulama Islam yang tidak kurang penting untuk disambut sebagai membangkitkan cetusan jihad menentang musuh Allah yang tidak akan berkesudahan hingga berlakunya kiamat.

Nama-nama seperti Sultan Salahuddin al-Ayubi, Imam Syahid Hasan al-Banna, Syeikah Ahmad Yasin, Dr Abdul Aziz Rantisi perlu diajarkan kepada para remaja bagi mengembalikan kemuliaan Islam di dalam negara masing-masing bagi mendaulatkan Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna. - lanh

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - SAYA BUTA SEJARAH ISLAM!!!

5/13/08

SALAM IMTIHAN....


IMTIHAN, EXAM, PEPERIKSAAN… satu perkataan yang sama maksud berbeza bahasa yang sering menjadi igauan para pelajar di seluruh dunia tak kira di peringkat i’dadi, thanawi, jami’ah mahupun mejester..Ada yang menganggap ianya sebagai satu kepayahan “ala apa nak imtihan lak naik tahun je terus kan mudah,tak payah nak susah-susah nagapal” ada pula yang menganggapnya satu cabaran sebagai seorang pelajar dan berasa seronok dengan peperiksaan “bila nak imtihan ni, dah tak sabar-sabar rasa nak jawab, geletar dah tangan nak jawab imtihan ni” tapi tak study lagi pun..macam-macam ada..sama la tiflu pun…

Pelbagai ragam akan kita dapati dlam fatrah imtihan ini yang akan ditunjukkan oleh sahabat-sahabat kita.. tika muzim imtihan ni la rajin nak update blognye ( den la tu :P ) tika ni la ahli bait buat masalah,(bukan ahli bait tiflu ek) tika exam ni la selalunya kita ditimpa pelbagai masalah..Itulah ujian yang akan kita hadapi… Sebagai seorang yang beriman yang mengaku sebagai seorang islam dan berjuang dalam islam dia tidak akan terlepas dari ujian Allah..Hal ini telah ditegaskan oleh Allah dalam firmannya :

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ

وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ*

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Angkabut 2,3 )

Jadi bersabarlah dengan ujian yang akan ditimpa keatas kita dalam fatrah imtihan ini..jadikan ujian tersebut sebagai semangat untuk kita hadapai ujian dalam pelajaran..

Di kesempatan ini tiflu ingin memohon jutaan kemaafan kepada sahabat-sahabat yang mengenali diri tiflu dan juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli bait tersayang yang selalu memberi semngat,sahabat-sahabat dari kuliah lughah mustakim,soleh,mursyid, sahabat-sahabt dari kuliah lain aizam,bobo,razi,abang long kak long dan lain-lain syam medic( yg sllu duk sibuk) juga sahabat-sahabat dari medic terima kasih di atas semngat yang kalian berikan pada tiflu..syukran semoga Allah membalas jasa baik antum dengan kejayaan antum dalam imtihan yang akan dihadapi ini insyallah…

YA ALLAH KAU PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN KAMI DALAM MENGHADAPI IMTIHAN INI YA ALLAH,SAMADA IMTIHAN DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT.. YA ALLAH KAU PERMUDAHKAN KAMI UNTUK MENGHAFAZ APA YANG TELAH KAMI PELAJARI,KAU PERMUDAHKAN KAMI UNTUK MEMAHAMI AKAN APA YANG KAMI BACA,JUGA UNTUK MEMAHAMI SEGALA SOALAN YANG AKAN DIBERIKAN KEPADA KAMI.PERMUDAHKANLAH KAMI UNTUK MENJAWAP SEGALA SOALAN-SOALAN YANG DIBERIKAN..YA ALLAH KAU BUKAKANLAH HATI2 KAMI, KAU BERSIAHKANLAH HATI2 KAMI AGAR KAMI DIPERMUDAHKAN UNTUK MENGINGATI SEGALA YANG TELAH KAMI BACA DAH HAFAZ YA ALLAH.. HANYA PADA MU KAMI SEMBAH DAN HANYA PADAMU KAMI MINTA PERTOLONGAN KAU PERKENANKANLAH DOA KAMI INI DAN BERJAYAKANLAH KAMI DALAM IMTIHAN YANG AKAN KAMI HADAPI INI YA LLAH YA RAHMAN YA RAHIM…AMIN YA RABBAL’ALAMIN…

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - SALAM IMTIHAN....

5/11/08

AYUH BALAS JASA IBUMU!!!




..بسم الله الرحمن الرحيم



ووصينا الإنسان بولديه حسنا

Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu - bapanya
( Al-angkabut, 29 )

وقضى ربك الا تعبدوا إلا إياه وبالوالدين إحسانا إما يبلغن عندك الكبر أحدهما أو كلاهما فلا تقللهما أف ولا تنهرهما وقل لهما قولا كريما...

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.. (Al-Israa’ 17 )

قال رسول الله لرجل حين يسأله : "من أحق الناس بحسن صحابتي؟ قال : أمك, قال : ثم من؟ قال : أمك, قال : ثم من؟ : قال : أمك, قال : ثم من؟ قال : أبوك " ( خرجاه فى الصحيحين )

Telah bersabda rasulullah kepada seorang lelaki ketika ditanyakan kepada baginda : “siapakh manusia yang paling layak aku berbuat kebaikan padanya? Rasulullah bekata : ibu kamu, kemudian siapa? Berkata rasululah : ibu kamu, kemudian siapa? Berkata rasulullah : ibu kamu, kemudian siapa? Ayah kamu.. ( au kama qol rasulullah )

“ Bayangkan ketika kamu pulang ke rumah kamu dapati orang ramai memenuhi kawasan halaman rumah kamu..terdetik di hati kamu “apa yang sedang berlaku sebenarnya?” semua jiran tetangga,saudara mara kelihatan muram, ada yang menitis air mata, ada yang tertunduk.. dan apabila kamu memasuki ke ruang tamu rumah, kamu dapati sekujur tubuh sedang berbaring di ruang tamu,badannya diliputi kain batik,bau asap kemian menusuk hidung.. kamu dapati along,angah,acik,adik sedang duduk bersebelahan tubuh tersebut, sedih,pilu,teresak-esak itulah keadan mereka pada ketika itu..apabaila didekati tubuh tersebut kamu dapati bahawa tubuh itu adalah kepunyaan IBU kamu..ibu telah meninggal..apa perasaan kamu ketika itu? Sudahkan kamu berbakti pada ibu kamu? Sudahkah kamu memohon maaf atas segala kesalahan yang telah kamu lakukan padanya? Sudahkah kamu membalasi segala perit pengorbanan yang telah ibumu lakukan? Sudahkan kamu mengembirakan ibumu dengan kejayaan mu? Apa jasa mu pada ibu? Apa ? berbaktilah selagi kamu masih mampu berbuat demikian..”

Tanpa disedari menitits air mata tiflu ketika mendengar kata-kata itu..kata-kata yang kelura dari mulut seorang abang fasilitator Kem Bimbingan Islam yang telah tiflu ikuti 3 tahun lepas ketika tiflu di sekolah menengah..Ya, apakah yang telah kita lakukan untuk ibu kita? Dalil-dalil naqli yang terdapat diatas cukup untuk menegaskan kepada kita akan bertapa pentingnya berbuat baik pada ibu bapa kita..dan jangan sekali-kali mengingkari perintah mereka keculi perintah itu yang membawa kearah kemaksiatan.

. Rasulullah telah menegaskan sebanyak tiga kali apabila ditanyakan kepada baginda akan insan yang paling utama untuk kita berbuat baik iaitu ibu.. ibu yang telah menanggung kita selama9 bulan,melahirkan kita,menjaga kita sejak dari kita kecil,menyusukan kita,membelai kita sejak dari kecil, mencorak kita dari tidak mengetahui apa-apa sehingga menjadi seorang yang berjaya..

Firman Allah :

ووصينا الإنسان بوالديه حملته أمه وهنا على وهن وفصاله فى عامين أن اشكرلى ولوالديك إلى المصير...

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menanggungnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu. (Luqman, 31 )

Sempena dengan musim imtihan ini tiflu lebih suka membawa sahabat-sahabat kearah mencipta kecemerlangan dalam pelajaran..Buktikanlah pada ibu kita,bahawa mereka tidak sia-sia mempunyai anak seperti kita,tidak sia-sia dia melahirkan kita..tidak sia-sia membesarkan kita..adakah sahabat-sahabat ingin membiarkan ibu kita menangis kerana melihat kegagalan kita? Atau sahabat ingin melihat ibu kita menangis kerana kejayan kita..

"يعرف الطفل أمه من إبتسامتها"kalau mahu melihat sedemikian ayuh bangkit!! Bangun!! Kuatkan azam,tekadkan pendirian,perkasakan usaha agar kita dapat membalas segala penat lelah,perit ranjau ibu dalam membesarkan kita dengan kejayaan kita di sini.. cuba sedaya upaya untuk menjadi USTAZ MUMTAZ (tiada kaitan dgn mana-mana insan) pepatah arab mengatakan

اللأم لا تقول ما تريد بل تعطي" jadi dimasa ini lah kita membalas segala pemberiannya ketika kita kecil..jangan ditanyakan apa yang ibu inginkan tetapi kita sendiri yang memberikan keinginan kepadannya.. semoga dengan sempena hari ibu ini dapat sama-sama kita meningkatkan keazaman kita untuk mencipta kejayaan insyallah..

KEJAYAAN MILIK KITA BERSAMA!!!

أللهم اغفر ذنوبنا ولوالدينا وارحمهما كما ربينا صغيرا أللهم ادخلهما فى جنتك وجنبهما من عذاب النار....

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - AYUH BALAS JASA IBUMU!!!

USTAZ MUMTAZ VS USTAZ RASIB

PESANAN!!!

Coretan ini tiada kaitan samada yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia,juga tiada kaitan di mana-mana tempat yang terdapat di dunia ini,ia hanyalah sekadar cetusan idea dari penulis akibat daripada kekusutan pemikiran yang sedang berlaku..harapan kepada semua pembaca,dapat mengambil manfaat dari coretan ini :)

UST MUMTAZ VS UST RASIB

Jam 3pg

UM : sedang solat tahjud

UR : sedang menonton filem ( baru siap download )

Jam 4pg

UM : bersiap unuk menunaikan solat subuh

UR : bersiap untuk tido

Jam 5pg

UM : solat berjemaah di masjid

UR : solat berjemaah di Madinah ( dalam mimpi )

Jam 6pg

UM : membaca al-Quran

UR : membaca no ekor ( mengigau )

Jam 7pg

UM : mula study

UR : mula mimpi baru

Jam8pg

UM : habis satu madah

UR : baru habis mimpi dengan Soadah

Jam9pg

UM : sembahyang Dhuha

UR : sembahyang dhuha tapi ada Qunut

Jam10pg

UM : buka internet.. baca perkembangan semasa

UR : buka internet.. baca movie semasa

Jam 11pg

UM : Sambung study

UR : Sambung chating

Jam 12tgh

UM : bersiap untuk solat zohor

UR : “ tak pe ko gi dlu” atau “kirim salam kat tok imam ek”

1ptg

UM : makan tgh hari

UR : makan berjemaah sekali

2ptg

UM : membuat nota

UR : buat taik mata

4ptg

UM : bersiap solat asar

UR : baru nak solat zohor

5ptg

UM : rehat . riadah

UR : duduk di padang dah

7ptg

UM : berada di surau tunggu azan maghrib

UR : masih di padang sebelah surau tunggu azan maghrib

9mlm

UM : mula study

UR : mula stido (keletihan)

12 mlm

UM : tido

UR : mula hari baru

5HARI SEBELUM EXAM

UM : “ya Allah imtihan dekat dah, aku kene bersunguh2”

UR : “ish hero tak gaduh ada 5 hari lagi”

1HARI SEBELUM IMTIHAN

UM : “alhamdlillah”

UR : “waduh2”

KETIKA IMTIHAN

UM : :)

UR : :(

LEPAS IMTIHAN

UM : “alhmdlillah dapat jawap semua”

UR : “insyallah jawap balik semula”

KETIKA KEPUTUSAN

U.MUMTAZ : tahniah!!!

U.RASIB : takziah!!!

إن الله لا يغير ما بقوم حتي يغيروا ما بانفسهم

"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. " ( ar-ra’du. Ayat 11 )

Adakah kita ingin menjadi seperti ust Rasib?? TAKZIAH!! KAMU RASIB..oh satu pengakhiran yang cukup menyedihkan bagi seorang yang bergelar pelajar..siapakah yang harus dipersalahkan?? Soalan susah atau kita yang menyusahkan diri? Tiada mukarar atau kita yang tidak ingin mukararkan diri kita? tidak cukup waktu atau kita yang tidak membahagikan waktu? Sudahkah kita berusaha?? Usaha sekecil pasir inginkan kejayaan sebesar gunung??

Beruntungnya seorang yang seperti ust Mumtaz, mumtaz dalam segala segi. Rohani,jasmani semuanya mumtaz..TAHNIAH KAMU MUMTAZ!! Ya allah satu ucapan yang cukup dinanti-natikan oleh semua umat manusia yang bergelar pelajar..gembira,suka, tidak dapat di bayangkan bagaimana perasaan ketika itu..Ya ini lah hasil atas segala penat lelah kita selama ini berbaloi tak? Sangat berbaloi AGI HIDUP AGI GELABAN!! Yaps ini yang harus kita pegang SELAGI HIDUP SELAGI BERJUANG!! Jangan mudah putus asa,selagi kita ada masa selagi itu kita berpeluang untuk berjaya..selagi kertas jawapan tidak dihantar selagi itu kita mampu untuk terus berusaha..pastikan DUIT ada sentiasa bersama antum (Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal ) SUSAH-SUSAH DAHULU BERSENANG-SENANG KEMUDIAN…

KEJAYAAN MILIK KITA BERSAMA!!! AMINN insyallah…

PESANAN DARI UST MUMTAZ ( PENGERUSI DPMZ ) :

BELAJAR BERSUNGGUH2, SEMOGA SEMUA NAJAH PAKAT2 BURU MUMTAZ :)

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - USTAZ MUMTAZ VS USTAZ RASIB

5/10/08

AYUH PARA MUJAHID :)

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - AYUH PARA MUJAHID :)

5/8/08

MAUT!!!





Terbayang satu persatu segala perbuatan dan amalannya sepanjang 20 tahun kehidupannya.
Sikit sekali kebaikkan yang telah dia lakukan.Dosa pula,tidak terkira banyaknya.
Terbayang pula api neraka yang menjulang_julang. Teringat pula azab-azab Allah yang selalu dia terbaca dan terdengar.
Sila rujuk kebawah untuk membaca keseluruhan cerpen

Isnin
4.00 petang

Assalamualaikum. ..!!Assalamualaikum....!!

Sayup-sayup terdengar laungan salam dari luar rumahnya."Ai. .sape pulak ni.Kacau betullah."Atin mengomel sendirian.Tangannya pula masih terus laju menekan2 papan keyboard laptop di depan katilnya.Kedengaran pula dentingan loceng pintu ditekan bertalu-talu. "eeeee!!sabarla! !kacau betullah!!"Dengan malas,dia bangun juga .Hatinya menggumam geram.

"Waalaikumsala
m, mak ayah saya tak de.Saya tak nak beli kain la." ucap Atin malas sambil membuka tombol pintu.
"Eh,korang.rupanya. Ingat benggali mana lah tadi"
Terjengul wajah rakan-rakan serumahnya sebaik saja pintu rumah dibuka.
"Amboi cik Atin,sampai hati kata kami ni benggali jual kain.Cun-cun macam kami ni,takkanla mustawa Benggali je",jawab Lina sambil masuk ke rumah.Mukanya mencebik.
"Ala,takkanla merajuk kot cik Lina intan payung permata ,berlian ,gangsa,perak, apa lagi ya,"Atin mengusik.
"Dah2,tak payah nak pujuk2,aku tau,aku punya mustawa memang tahap berlian2 dan permata2 tu,"
Mereka tergelak kecil.Kelihatan berplastik-plastik barang terjinjing ditangan masing-masing. "Penatnya ..dah la panas kat luar tu".keluh Aini ,kepenatan jelas tergambar di wajahnya.Dia terus menuju ke dapur bersama-sama barang yang di belinya."Nasib baik balik dengan teksi",tambah Rita pula yang sedang menanggalkan kasutnya,terus di susun di rak kasut yang terletak berhampiran pintu.

"Banyaknya la barang yang korang beli.stok rumah untuk sebulan ke setahun?",
"Uish Atin ni,barang rumah sikit je,yang selebih tu barang sendirian berhad.la",jawab Lina yang juga terus menuju ke dapur bersama barang-barang yang dibeli tadi.Setelah pintu di tutup rapat,Atin segera kembali ke biliknya.Kelihatan Aini sudahpun terlena di atas katil.Kepenatan agakanya.Atin terus saja duduk didepan laptop miliknya,tangannya mula laju menaip.

5.00.Petang.
"Jenal onla.yes,nak kacau la mamat ni.hehe",die tersengih sendirian.Terus ditekan butang buzz.Tak menang tangan di buatnya.Masakan tidak, berchating 10 orang dalam satu masa.Tak terlayan.Kadangkala dia tersenyum,kadang kala tergelak dan kadang kala pula wajahnya berubah kelat.Berbagai riak muka yang terhasil tiap kali dia menghadap laptopnya itu.Menuntut ilmu diperantaun jauh daripada keluarga dan rakan-rakan memjadikan internet seperti suatu keperluan.Dengan internetlah dia berhubung dengan keluarga di Malaysia,dengan internetlah dia mengetahui perkembangan rakan-rakan lamanya,melalui internet juga dia mengetahui isu semasa di tanah air dan melalui internet jugalah die menonton Tv juga mendengar radio tidak kurang juga untuk berhubung insan tersayang yang juga berada diperantauan. Aktiviti dan mesyuarat persatuan juga menggunakan internet sebagai medan menyampaikan maklumat dan berita terkini.Internet la segala-segalanya. Tidak hairanlah andainya hampir setiap mahasiswa-mahasiswi di situ mempunyai komputer mahupun laptop sendiri.Malangnya, akibat salah menggunakan kemudahan ini,membuatkan ramai yang terleka.Atin sendiri,hampir 24 jam menghadap laptopnya itu.Aktiviti yang paling di gemarinya apabila duduk di depan laptopnya ialah berchating atau istilah pasarnya,YM.

6.00 Petang
Aini tersentak dari lena.Tawa atin yang nyaring mengilai telah mengejutkannya. Tiba-tiba dilihatnya wajah Atin berubah kelat.Tawanya tadi terhenti"Apa kenalah dengan budak ni.Tadi gelak macam orang gila,tiba-tiba masam mencuka pula.Uish,tak faham aku"..monolog Aini sendirian sambil menggaru-garu kepalanya."Erm. .Atin. dah pukul berapa sekarang?",tanya Aini sambil menggosok-gosok matanya
"erm..pukul. ..6,"jawab Atin tanpa memandangnya. Tangannya masih terus laju menaip."Ha!! Alamak,Aini tak solat asar lagi.Atin dah solat asar ke?,"Tanpa menunggu jawapan Atin pantas dia melompat turun dari katilnya menuju ke bilik air
.Atin masih lagi tekun dengan rakan-rakan chatingnya." Ala,nanti nak dekat Maghrib aku solat la,nanti boleh terus solat Maghrib.Senang sikit.",Ngomel Atin sendirian.

6.30


Seusai solat,Aini kembali ke biliknya semula.Masih tersisa lagi kepenatan membeli belah tengah hari tadi."Atin,dah solat?,"soalnya sebaik saja melihat Atin masih lagi tekun di depan laptopnya .."emh..belumlah. .".jawab Atin malas."Eh,Fatin Nadia,dah pukul 6.30 ,dah lewat sangat ni,6.45 kan dah Maghrib.Tinggalkan la sekejap "buah hati" Atin tu.,"Nasihat Aini lembut.
"Ha!!6.30?!! ",terus dia melompat bangun menghilang ke bilik air.Tidak lama kemudian dia kembali semula ke bilik dengan wajah basah dengan air wuduk dan singgah sebentar di laptopnya,"Ya Allah Atin,dah lewat sangat ni.Janganlah singgah2 lagi.Tingalkan laptop tu,"Aini mengeraskan sedikit suaranya.Marah benar dia melihat Atin seperti memper
mainkan- mainkan ibadah wajib itu,"Sabar la,nak bagi tau kat kawan-kawan ni suruh tunggu sekejap la.,"Atin menjawab geram dan terus menghilang ke bilik solat.Aini hanya menggeleng melihat kerenah rakan sebiliknya itu.Kedudukan Atin sebagai anak tunggal menjadikannya seorang yang manja dan mudah merajuk.Pantang ditegur,pasti akan mencebik wajahnya.Pening Aini nak memujuknya semula.

6.35 Petang.

Ee,tak habis-habis membela nenek sorang ni.ngomel Atin sendirian sambil melangkah ke bilik solat.Dia melangkah sambil sengaja menghentak-hentak kakinya.Tiba- tiba .."Aduh!!!", Atin jatuh terlentang.Kakinya tergelincir terpijak kain bajunya yang tidak berlipat bertaburan di bilik solat.Kepalanya terhentak ke lantai.Dunia gelap tiba-tiba.

Selasa
8.00 pagi

"Yassin..wal quranil hakim.."

Kedengaran bacaan yassin sayup-sayup ditelinganya. Atin membuka matanya perlahan.Kepalanya terasa berpinar-pinar. Dia mendapati dirinya sedang terbaring di ruang tamu sambil dikelilingi o
rang ramai.Bacaan surah yassin semakin jelas kedengaran,bukan seorang tetapi hampir semua orang yang berada di situ membacanya.Dia bingung.


"Boleh lah kita mandikan sekarang.Sebelum zohor juga kena dikebumikan. ".

Suara Aiman tu.Apa yang presiden ni buat kat rumah aku ni??,Atin semakin kebingungan. Diteliti satu persatu wajah insan di sekelilingnya. Tiba-tiba pandangannya terhenti.

Aini!!

Aini duduk berhampiran kepalanya sambil tunduk memegang kitab yassin dan membacanya
perlahan.Dilihatnya ada air mata mengalir di pipi sahabatnya itu.Ditoleh pula di sebelah kirinya,Kelihatan kesemua teman serumahnya yang lain jaga sedang tunduk membaca Surah Yassin disisinya.Hampir semua teman seperantauannya ada di di sini.

Tiba-tiba terasa dirinya diangkat perlahan .
"Angkat perlahan-lahan, bawa ke luar,kami dah sediakan semua bahan yang diperlukan di sana.,"
Sekali lagi terdengar suara Aiman memberi arahan.Aini, Lina dan teman-teman serumah dan beberapa akak senior mengangkatnya ,perlahan dan berhati-hati sekali.Dia terasa tubuhnya di bawa perlahan menuju ke luar rumah.Kemudian terasa dirinya diletakkan semula di dalam suatu bekas seperti sebuah kotak p
anjang yang diperbuat daripada aluminum yang terletak di luar rumah.Sejuk! !.Dingin terasa Tatkala saja tubuhnya menyentuh permukaan bekas itu.Dia menjadi semakin kebingungan.

"Eh,kenapa ni.Apa yang korang semua nak buat kat Atin ni??." tanyanya kebingungan. Dipandang satu persatu wajah di sekelilingnya. Menanti jawapan keluar dari bibir salah seorang daripada sahabat-sahabatnya itu.Namun ...semua diam membisu,tiada siapa yang menghiraukan pertanyaannya. Seakan-akan mereka tidak mendengar soalannya.

Geram terasa,malas menanti jawapan dari rakan-rakannya itu,lantas dia cuba untuk bangun,tetapi badannnya seakan-akan mengeras,tidak boleh digerakkan.Sekali lagi dia berusaha untuk bangun,cuba digerakkan kaki juga tangannya.

Keras!!.

Walaupun hanya satu jari,tidak mampu untuk digerakkan.Atin menjadi semakin kalut,dia takut menanti apa yang bakal dilakukan oleh sahabat-sahabatnya itu yang kelihatan sibuk berbincang dan menyiapkan sesuatu.Sedang dia kalut berusaha untuk bangun,kelihatan tempat itu ditutupi dengan kain.Seperti tirai.Tempat itu menjadi seperti sebuah bilik kecil,seolah- olah wad di hospital.

Dia makin kebingungan.

"Aini!!Kenapa ni!!!.Apa yang Aini nak buat kat Atin...???! ,"Jeritnya pada Aini..Tiada respon.

"Baiklah,kita mulakan sekarang,Bismillah, ". Kedengaran suara Aini membaca sesuatu sambil mejirus perlahan air ke atas tubuhnya yang hanya ditutupi dengan sehelai kain batik.

"Aduh!Sejukkkkkkk! !!!!!!!!Sakitnya aaaaaaaaaaaaa! !Ya Allah!!!",Atin menjerit sekuat-kuat hatinya sebaik sahaja jirusan air menyentuh tubuhnya.Air dingin itu terasa seperti kejutan elektrik .Badannya juga terasa sakit-sakit seperti disiat-siat. Sakitnya berbeza sekali.

"korang nak bunuh Atin ke ha!!" tengkingnya sambil mengerang kesakitan.Sedangkan selama ni,tubuhnya biasa saja apabila disentuh air.Tetapi kali ini,walau setitis air pun terkena tubuhnya,terasa keperitan yang amat sekali .Jirusan demi jirusan disiram perlahan atas tubuh kakunya itu.

"Berhentiiii! !!"
"Ya Allah!,sakitnya! !",Atin menjerit2 kesakitan bercampur kesejukkan yang amat.Tapi tidak seorang pun yang ada disitu menghiraukannya. Perlahan- lahan tubuhnya terus dibersihkan. Masing-masing senyap dan tekun melakukan tugas mereka.

"Kenapa korang mandikan Atin ni,??!Tahula Atin mandi sendiri nanti!!Ya Allah,sejuknya! !.,"

Dia terus menjerit dan meronta-ronta. Sekali lagi dia cuba untuk bangun,tapi tidak temampu.Badannya seakan-akan lumpuh.Dia berusaha lagi,tapi tetap tidak berhasil,seluruh tubuhnya kaku,tidak mampu untuk digerakkan walau seinci.

Dia pasrah .;..
"mak..ayah.. tolong Atin.."
Tangisnya hiba.
Proses memandikannya tetap terus di jalankan.Dia hanya mampu menangis dan memandang sayu satu-persatu wajah rakan-rakan yang sedang memandikannya. Tiada siapa pun yang mendengar tangisannya. Walaupun seorang!


9.oo pagi

Proses memandikannya sudahpun selesai..Tetapi tangisannya masih tidak berhenti.Badannnya di angkat semula dan ditutupi dengan sehelai kain kering.Tirai yang menutup tempat yang memandikannya di buka.Perlahan- lahan tubuhnya di bawa masuk ke dalam rumah semula.Beberapa helai kain putih kelihatan sudahpun terbentang di tempat pembaringannya tadi.Macam pernah dilihatnya kain putih itu.Itu....kain. ..

YA Allah!!!.KAIN KAPAN!!.
Dia terpana seketika.

"Aku.....aku dah mati??Aku DAH MATI ??!!Tidaaaaaaaak! !!!!!!",Atin menjerit semahunya dan meronta-meronta. Tapi seperti tadi,dia tidak mmpu menggerakkan walau seinci pun tubuhnya.

"Kullu nafsin dzaaiqatul maut..." (Al Ankabut : 57, Ali
Imran : 185)

Janji Allah kini terbukti.

Perlahan-lahan tubuhnya,sebetulnya ,MAYATNYA di letakkan di atas pembaringan yang beralas lapisan-lapisan kain putih di ruang tamu.

"Tidak!!!Aku tak nak mati lagi!!," Atin menangis ,meraung dan meronta semahunya.

Proses pengkapanan tetap diteruskan.Jeritan dan raungannya,tiada siapa yang dengar.Sehelai demi sehelai kain putih menutupi tubuhnya dan di ikat kemas di beberapa bahagian tubuhnya.haruman air mawar dan kapur barus menusuk hidungnya.Bau yang dulu amat dibencinya,kini bau itulah yang menjadi pewangi tubuhnya.Proses pengkapannya selesai.Hanya wajahnya sahaja yang dibiar terbuka.Dia masih lagi menangis.

"Aini...tolonglah Atin,Atin minta maaf sangat-sangat sebab selalu tak dengar nasihat Aini.Aini..Atin tak nak mati lagi..,Aini. ..Tolonglah. ."..rayunya pilu pada Aini yang setia duduk disisinya.Aini hanya memandang sayu ke arahnya.Matanya merah.Dia mengharap Aini mendengar suaranya.
Aini kemudian dia tunduk semula meneruskan pembacaan Surah Yassin.Langsung tidak mengendahkan rayuannya.

"Aini!!!Dengar tak!!!!Atin tak nak mati lagiiiiiiii! !!,"dia menjerit-jerit dalam raung tangis yang sungguh memilukan.Aini tetap tunduk membaca kitab yassin di tangannya.Atin sekali lagi cuba meronta.Dia ingin bangun.Tapi, sia-sia

11.00 PAGI

"Kedua ibu bapanya akan tiba sebentar lagi.Sudah sampai di lapangan terbang.Kita nak bawa ke kubur dulu atau tungu saja di sini??,"
"Saya rasa ,kita bawalah dulu ke tanah perkuburan,kita tunggu kedua ibu bapanya di sana.Hampir zohor ni.Hari pun nampak seperti nak hujan.,"

Kedengaran suara Aiman berbual dengan seorang lelaki di situ.
Mak??Ayah??! !Meraka akan datang sebentar lagi.Dia lega seketika.Tidak lama,die terkaku .

TANAH PERKUBURAN!!
"Aku....".
"aku,benar-benar sudah mati??

Terbayang satu persatu segala perbuatan dan amalannya sepanjang 20 tahun kehidupannya.
Sikit sekali kebaikkan yang telah dia lakukan.Dosa pula,tidak terkira banyaknya.
Terbayang pula api neraka yang menjulang_julang. Teringat pula azab-azab Allah yang selalu dia terbaca dan terdengar.

Dia meraung semahu-mahunya. Ketakutan menyelubungi dirinya.Ketakutan yang teramat sangat.

Ya Allah!
aku seringkali ingkar perintahMu ,dosaku tidak terhitung banyaknya
Jangnlah kau cabut nyawaku sekarang,berilah aku kesempatan untuk menyucikan diri ini
aku tak nak mati lagi

Dia teresak-esak merayu dan berdoa.

Ya Allah......Hidupkan lah aku walau seketika,walau sesaat pun.
Ya Allah!!!!!!! !,ampunkan dosaku!!!!!! !!!!!

dia menangis semahu-mahunya. Penyesalannya kini tiada gunanya.

Disaat manusia terlena dengan mimpi-mimpinya yang indah hanyalannya yang manis dan angan-angannya yang membuai, tiba-tiba sang maut datang, sang ajal tiba, sang pemutus kenikmatan hadir menghancurkan semua impiannya, mengubur semua angan-angannya, saat itulah ia sedar bahawa apa yang ia lakukan selama ini sia-sia dan ia berharap untuk kembali ke dunia mengulangi kembali perjalan kehidupannya dengan berbuat amal baik.
(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seorang dari mereka, dia berkata:"Ya Rabbku kembalikanlah aku (ke dunia), (QS. 23:99)
agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkan saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitan. (QS. 23:100)

Sedang dia terus meratap dan menangis,terasa dahinya dikucup lembut.Aini! !Merah matanya merenung wajahnya.Terasa wajahnya diusap lembut.Dengan suara yang tersekat-sekat ,penuh kesayuan,Aini berbisik

"Wahai sahabatku sayang..sudahku maafkan segala kesalahan-kesalahan mu padaku.Ku doakan,Semoga dirimu aman dan tenang bersemadi menghadap sang pencinta .Semoga dirimu ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.Tidurlah dengan tenang dan aman..., Fatin Nadia..,sahabatku. .," satu lagi kucupan lembut hinggap di dahinya.Terus saja Aini bingkas bangun lari pergi darinya.Terdengar sayup esakkannya dari kejahuan.Atin menangis semahu-mahunya.

"Aini..Atin sayang Aini..terima kasih kerana sudi memaafkan segala kesalahan sahabatmu ini,maafkan Atin...."

Dia terus menangis dan meraung.Tetapi kini,sesalan sudah tiada gunanya lagi.Seorang demi seorang rakan-rakan perempuan yang lain mengucup lembut dahi dan merenung wajahnya buat kali terakhir.Dia hanya mampu menangis dan merenung wajah sahabat2nya dengan pndangan sayu dalam esak tangis yang tiada henti-henti. .Kehidupannya di dunia sudah pun berakhir,tugasnya juga sebagai kahlifah di muka bumi,sudahpun terhenti.Kini segala-galanya sudah berakhir.

12.00 tengah hari.

Redup dedaunan hijau pokok memenuhi tanah perkuburan.Guruh dilangit sayup kedengaran.Suasana tanah perkuburan sepi dan tenang sekali.Penghunia- penghuni negara abadi ini senyap di pembaringan mereka.

Dari tanah kita diciptakan dan di dalamnya juga kita akan dikembalikan.

Dan kini,aku kan di kembalikan dan dipulangkan kepada sang pencipta.Aku akan ditinggalkan sendirian.Dalam kubur.Dalam kegelapan.Keseorang an...
Tangisan dan raungannya kini....Tiada siapa pun yang akan mendengarnya
Terasa hangat kepanasan api neraka menantinya.. ....

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Menanti di Barzakh:Far East

PENULIS : NURHANISAH MANSOR..

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - MAUT!!!

5/2/08

JGN TENSON TAISON EK.. GUMBIRAKAN MINDA ANTUM LU K..


SALAM ALAIK SAHABAT2 SIHAT? CAMNE STUDY? TENSEN? YG GILA PUN ADA GAK? UISH KES BAHAYA NI..RILEKS2 TENANGKAN JIWA,INGAT MAK AYAH KAT UMAH,AMIK AIR SEMAYANG, WAT SOLAT HAJAT BEBANYAK, KLU PENING2 BELI VTACID, KLU XFHAM TANYA CIKGU K..SLOW2 EK INSYALLAH BLH NYE ( huu den sbenarnye insan yg malang tu :( ) K LA APA KATA SAHABAT2 BACA LU CITE2 LAWAK KAT BAWAH NI UNTUK GUMBIRAKAN HATI STABILKAN PENIN2 TU K..SELAMAT MEMBACA.. ( copy paste je :P )

KISAH SATU :-

RELOAD PREPAID TANPA DUIT.....

Kat sini aku ada berita baik punya untuk menjimatkan poket kawan-kawan yang sentiasa kering. Cara me reload prepaid tanpa membayar duit. Pelik kan.

Aku dapat daripada awek kat kedai handphone masa aku round kat suria klcc. Duduk berborak dengan dia aku pun korek lah rahsia pasal handphone ni. Last-last cair jugak dia. Dia pun bagi tau lah aku cara-cara nak mereload prepaid ni secara percuma.

Ok, sila baca keterangan dibawah ni untuk kegunaan ngkorang... untuk semua talian 012,013,016,017 dan 019,anda semua selepas ini tak payahlah pergi ke kedai handphone lagi untuk mereload prepaid anda. disini ada cara untuk mereload handphone dengan cara yang agak illegal yerr.. tapi cara mereload handphone ini hanya boleh digunakan pada 20 hingga 30 haribulan pada setiap bulan. Ini kerana setiap talian ini di upgrade pada masa-masa ini.

Ok, kepada pengguna talian 012,013,016,017,019 ambik telefon anda dail 1415007 dan tunggu dalam 5
saat dan anda akan dengar seperti bunyi bising, tunggu sehingga bunyi itu hilang dan dail 9151 tunggu 3 saat dan tekan nombor telefon anda.

Anda akan dengar dia cakap "please insert you pin number" masukkan 011785 45227 00734 tunggu selepas dia kata nombor pin selesai, lepas tu dial 0405 untuk k.l, 0406 untuk yang duduk di selangor.

Anda akan mendengar "for airtime top-up press 1723" selepas dail nombor tadi tekan nombor telefon anda sekali lagi.

Tunggu selepas bunyi bising selesai, dial 4455147 diikuti 146 selepas 5 saat... ok, selepas beberapa saat, anda akan mendengar "your pin number is accept" anda terus dail 1007 dan anda akan dengar "your emey number is accept" terus dail 4566 dan anda akan dengar "your password is accept".

Lepas itu terus dail nombor talipon anda dan anda akan dengar "kepala hotak kau, kat dalam dunia ni mana ada benda yang free, masuk toilet pun kena bayar 20 sen" dan anda terus matikan handphone anda dan akan kata "jahanam punya orang hantar e-mail ini!" tapi lepas itu kamu akan forward kepada rakan-rakan untuk menipu mereka pula....

Sudah lah pi balik buat kerja masing-masing..

Sekian,terima kasih......

=====
KISAH2 X LAWAK...


*****

Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta tu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu tu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak hairan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumah dia.


*****

Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina cukup. Anjing A training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada anjing A, sempat makan lagi. Anjing A pun tak puas hati, tapi anjing B kata, "Rileks la, aku ni kan anjing laut."


*****

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah. "Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok" jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi "apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong
merah tu?"


*****

Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut dipanggil penipu, penjual berkata "Eh! tadi merah, pasal jatuh tu la, dia takut jadi pucat dan putih." Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka penjual tu.


*****

Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang beserta 2 orang kenamaan jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi al-Fatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu disoalsiasat oleh polis, "Cuba ceritakan apa yang terjadi untuk memudahkan siasatan." "Mmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya rasa sejuk sangat. Jadi, saya matikanlah kipas Helikopter tu..."


*****

Ramli menyewa sebuah pejabat yg cantik beserta perabot antik. Sedang dia duduk sendirian, tiba2 dtg seorang lelaki. Utk menunjukkan kesibukannnya, Ramli mengangkat telefon berkata2 berseorangan seolah2 sedang berbincang tentang sesuatu projek besar. Setelah beberapa minit bercakap, dia memandang lelaki tadi yg masih tercegat di depannya. "Boleh saya tolong?"tanya Ramli. "Encik! Saya datang nak pasang telefon" kata lelaki tersebut sambil tersengih.


*****

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: "Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh saya membaca macam org lain???"Dah tentu," jawab doktor. "Oh gembiranya. Dah lama saya buta huruf.akhirnya boleh juga saya membaca."kata lelaki itu dengan riang.


*****

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan. Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum? Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir. Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum? Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya..


*****

Ketika memeriksa seorang pesakit, Dr Rafik mendapat panggilan telefon daripada seorang suri rumah. Suaranya begitu cemas. Surirumah: Doktor! Doktor! Anak saya makan semut! Doktor: Tak apa, jgn cemas. Semut tak berbahaya. Surirumah: Tapi, saya dah beri dia makan racun serangga agar semut tu mati. Doktor: Apa???Cepat bawa dia ke hospital!


*****

Peter yg telah lama bertugas di Hong Kong terkejut apabila tunangnya tiba2 ingin memutuskan pertunangan. Wanita itu juga meminta dikembalikan semua gambarnya. Lalu Peter memungut semua gambar yg ada dalam simpanannya kemudian dibungkus dalam kotak besar lalu diposkan kepada tunangnya bersama nota: "Maaf, aku lupa yg mana satu gambarmu. Pilihlah sendiri gambar tu, tapi ingat selebihnya kembalikan kepadaku.."


*****

Seorang gadis membawa teman lelaki barunya yang berasal dari bandar pulang ke kampung untuk bertemu dengan neneknya.Setibanya ke rumah, si gadis terus meluru masuk ke dapur dan memeluk neneknya. Lupa tentang teman lelakinya yang masih di ruang tamu, si gadis tersebut terus berbual dengan neneknya.Teman lelakinya terus duduk di ruang tamu, sambil menantikan kekasihnya di dapur dia terpandang semangkuk kecil kacang badam dan gajus di atas meja. Bosan menunggu, diapun terus mangambil sebutir kacang, lalu memakannya.. setengah jam kemudian.. habis semangkuk kacang itu dimakannya!Si gadis setelah puas berborak dengan neneknya baru teringat yang teman lelakinya masih berada di ruang tamu. Lalu dia dan neneknya baik ke ruang tamu "Nenek, inilah teman lelaki saya yang katakan tadi.., Yang, minta maaf lupa nak kenalkan dengan nenek tadi," kata si gadis.. "Tak mengapa, saya pun nak minta maaf dengan nenek, habis semangkuk kacang nenek saya habiskan.." kata pemuda itu pula. "Itulah cu, cucu-cucu nenek ini suka berikan nenek coklat kacang, tapi nenek ni bukannya ada gigi, jadi nenekpun hisaplah coklat tu sampai habis, kacangnya nenek letakkanlah dalam mangkuk tu..."

SELAMAT MENGHADAPI IMTIHAN KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG BERADA DI MESIR...SEMOGA ANTUM MEMPEROLEH KEJAYAAN INSYALLAH AMINNN YA ROB.. KULLU 'AM WA ANTUM NAJIHIN....
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - JGN TENSON TAISON EK.. GUMBIRAKAN MINDA ANTUM LU K..