kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

1/31/08

UMURKU 21 ;)


Salam alaik..alhamdulillah pada tanggal 28 januari yang lepas lengkaplah umur tiflu 21 tahun..emh tua dah rupanya diriku ini..alhmdlillah allah masih lagi memberikan kepada tiflu peluang untuk meneruskan lagi kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini..Semoga dengan ilmu yang baru ini semangat tiflu untuk menuntuk ilmu allah di bumi anbiya ini bertambah jitu dan padu bagaikan pejuang2 palestin menempuh memerangi musuh2 yahudi laknatullah.. cerita pasal birthday ,tiflu masih teringat kali pertama dalam sejarah 15 tahun, usrah saadah kami mengadakan sambutan hari jadi khas untuk tiflu..ketika itu tiflu ingin meyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang hadis (tapi xdapat gi sebab kerajaan x bagi..boikot kerajaan ore nak gi nagji dia halang lak eee nak semua ore kat malaysia jahil murakab tentang agama ni..luahan hati :0 )..hii rasa terkejut juga ini kali pertama kami mengadakan sambutan hari kelahiran,sebelum2 ini usrah kami memang tidak pernah mengadakan sambutan hari lahir malah menegahnya kerana kata abah ia meyerupai orang kafir..emh cerita tentang sambutan hari lahir ini tiflu ada terbaca satu artikel yang menceritakan asal usul bermulanya perayaan sambutan hari lahir ini bagi ore islam..Birthday (hari lahir) dibawa masuk oleh kerajaan Fatimiyah di egypt pada abad ke 4 H dan kemudian di Iraq oleh syaikh umar bin muhammad bin Malla..sambutan ini kemudian di sambut oleh sultan2 dan pemerintahan dan akhirnya ramai dari umat islam meyambut sambutan ini..tiflu tidak pasti sejauh manakah kesahihan cerita ini tapi sekadar ingin berkongsi maklumat dengan sahabat2 … apa pun hukum bagi sambutan hari lahir ni tidak la haram kot'i,terdapat ikhtilaf ulama mengenai sambutan hari lahir ini..bagi tiflu selagi sambutan hari lahir ini di adakan tidak mendatangkan maksiat maka hukumnya adalah harus..salahkah kita berdoa kepada Allah memohon kesejahteraan hidup kita? Memohon keampunan agar diampun kan segala doasa2 pada umur yang telah lalu?

Dari Anas r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Telah berfirman Allah Ta'ala : Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli. Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langi kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu. Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.

Salahkah kita mengajak,memberi makan kepada sahabat2 lain? Lain la kalau majlis tu di adakan perkara maksiat seperti majlis tari menari atau pergaulan yang bebas lelaki dan perempuan atau sebagainya yang membawa kemurkaan allah s.w.t.. emh ni sekadar pendapat dari tiflu yang serba kekurangan ini.. "buah cempedak diluar pagar ambil galah tolong jolokkan saya budak baru belajar kalau salah tolong ajarkan kalu tak cukup tlong tambahkan.."


Emh bercerita tentang umur baru ni apa agak2nya azam baru bagi umur yang baru ni..pada tahun yang baru… insyallah ana minta pada sahabat2 agar berdoa untuk kejayaan tiflu pada imtihan tahun ni..azam tiflu pada tahun ni ialah untuk mendapatkan JAYID JIDDAN dalam imtihan tahun ni insyallah… Selagi mana kita berusaha insyallah allah akan memberikan sebanyak mana usaha kita… DUIT satu istilah yang penjadi pegangan dalam kamus hidup tiflu selama ini.. doa,usaha,ikhtiar dan tawakal tidak dapat dipisahkan dalam diari seorang pejuang islam.. sekiranya kita hanya berdoa tanpa usaha untuk berjaya adakah kita akan mencapai kejayaan?? Beritu juga sebaliknya.. kalau kita perhatikan dalam peristiwa isra mi'raj ketika nabi telah menambat tungganganya iaitu burok..kalau di lihat dari segi keimanan kita pada rasulullah mengapa rasulullah perlu menambat burok tersebut?bukankah burok tersebut didatangkan oleh allah kepada nabi..semestinya ia akan di jaga oleh allah..tetapi inilah sikap usaha dan ikhtiar rasulullah dalam sesuatu perkara begitu juga kita dalam mengejar impian untuk berjaya kita perlu memenuhi keempat2 perkara terebut insyallah kita kan berjaya..biiznillah..

Suatu hari seorang lelaki datang berjumpa Nabi s.a.w. Lalu Nabi bertanya: “Kamu datang dengan apa?” Jawab lelaki itu: “Dengan unta. Aku biarkan di luar dan aku bertawakal.” Nabi berkata: “Ikat dulu, baru tawakal.” pepatah melayu ada penyebut "hendak seribu daya tak hendak seribu dalih" dalam pepatah ingeris “what you give you get back.” Makna nyer apa yang anda beri itulah yang anda dapat… insyallah sama2 kita berjaya k..


Semoga dengan umur yang baru ini dapat meningkatkan lagi ketaqwaan dan keimanan tiflu dan juga menambahkan lagi semangat kepada tiflu untuk terus berjuang mengutip segala mutiara2 hasil peninggalan junjungan mulia nai muhammad s.a.w di bumi ambiya ini insyallah…lani 21 emh maknanya lagi 4thn la ek nak 25..hi tunguuu HACKSNH…..

Dari Muaz bin Jabal r.a, berkata : " Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. " Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. " Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? " Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah . " Sabda baginda : " Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. " Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini ? " Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. " Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : " Awas, jaga ini baik-baik. " Aku bertanya : " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ? " Baginda lalu menjawab : " Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. "

SEDETIK BERSAMA SEABAD TERASA
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - UMURKU 21 ;)

1/20/08

BERSAMA TINGGKAT USAHA!!!!


Salamun alaikum jamian...emh lama sungguh blog ni di biarkan tanpa sebarang posting sehingga berabuk, bukan setakat berabuk malahan dipenuhi sawang2 lelabah bak di dalam sejarah nabi ketika beliau berada di dalam gua Thur dalam perjalanan hijrah pertama dalam sejarah kenabian ke kota madinah,ketika itu pintu gua di penuhi dengan sarang lelabah,sehinggakan kafir quraish menganggap gua tersebut tidak berpunghuni...itulah ibarat blog ni setelah sekian lama ditinggalkan seperti tidak bertuan..insyallah sempena maal hijrah yang ke 1429 ni blog ini juga akan turut berhijrah kearah yg tingkatan yang lebih baik dan bermanfaat insyallah....


Fuuuhh alhamdlillaha selesai sudah fatrah imtihan yang cukup mencabar,penuh dugaan dan juga bagi tiflu satu fatrah yg amat2 menyeronokkan tau sbb apa?? sbb time imtihan ni la waktu kita paling rajin sekali..yaps rajin dari segala segi membaca,menulis,membuat nota n paling penting time ni lah kita selalu beribadah bagun qiam,solat hajat tul x?? tapi adakah semangat ni hanya berkekalan pada waktu imtihan?beribadah hanya semata2 imihan? alim hipokrit???? insyallah kita sama2 tangkis segala sangkaan2 ini dengan kita mengekalkan segala amaln2 tersebut hingga ke akhir hayat demi kebahagian, kecemerlangan dunia dan akhirat k insyaalah ...emh ..hidup bergelar seorang pelajar amat2 menyeronokkan,waktu ni kita tidak di bebankan dengan sebarang bebanan tanggungjawap yang berat..in mind just think about learning,how me can be excellent in education,(tul kke?? hi) klu de pun tanggung jawap dalam persatuan...


Perkataan JAMIAH, JAM'IYAH,JAMI' xdapat di pisahkan dalam hidup seorang pelajar..teringat tiflu ketika dilantik menjadi fasiditator tuk majlis minggu pengetahuan silaturrahim anjuran PMRAM07, ahli2 kumpulan di minta untuk menyediakan secawan teh yg sedap dengan membuat 2 pemilihan antara 3 benda iaitu gula,teh atau air...macam2 ragam dapat dilihat ada yang memilih teh dgn air,ada yang memilih air dgn gula dan natijahnyer tetap sama iaitu tidak dapat menyediakan secawan air teh yg sedap...pelbagai taklikan yg diberi oleh ahli2 kumpulan dan kesimpulannya hanya satu.. di ibaratkan air,gula,teh tadi seperti jami', jamiah dah dan jam'iyah...sekiranya x ditunaikan salah satu kita xakan dapat membuahkan hasil yang lumayan...rajin beribadah,rajin belajar tapi x bepersatuan atau bercampur masyarakat,di manakah manfaat ilmu yg telah kita pelajari?? sedangkan kita sering mendengar malah menghafaz sabda nabi yg bermaksud "sebaik2 kamu ialah orang yang mempelajari alquran dan mengajarkan nya" adakah ilmu yg kita belajar hanya untuk diri sendri...dalam hadis panjang yg lain sabda nabi yg bermaksud " sampaikanlah daripada ku walau satu ayat"...dimanakah dakwah kita? nak tggu habis ngaji dlu baru nak berdepan dengan masyarakat? ke nak tunggu masyarakat dah punah ranah baru nak gi betulkan??... rajin bepersatuan,rajin beribadah tapi malas belajar,kuliah tak hadir,talaki x pergi...apa yang ingin kita sampaikan pada masyarakat kalu kita sendiri tergolong dalam golongan orang yang baladah, ghubarah dalam ilmu?? wow!!! bercakap,bersyarah bagaikan ngauman si raja rimba tapi tiada getaran dalam hati dri si pendengar...cakap berapi kentut berasap.....sapa tu?? semua ni di tuju khas untuk diri tiflu yang lemah dan hina ini,setela lebih setahun berada di bumi anbiya ini, dri seolah2 tidak pernah berlaku apa2 perubahan hanya datang belajar tapi ilmu tetap kosong, sekosong2nya jauh ketinggalan klu nak dibandingkan dengan sahabat2 yg lain apatah lagii klu ingin dibandingkan dgn ulama2 yg berada di bumi ini, ya allah kuatkanlah keimanan dalam dri ku ini kuatkn ketabahan dri ku utuk terus berjuang menyingkap segala khazanah2 ilmu di bumi ini...dan kuatkanlah semangat diri kami untuk terus thabat dalam perjuangan membela agama islam dalam apa jua bentuk insyallah...sama2 kita berdoa agar kita di beri kejayaan dalam imtihan di duni mahupun di akhirat insyallah....
TERUSKAN PEMBACAAN ANDA :) - BERSAMA TINGGKAT USAHA!!!!