kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

12/29/08

Semarakkan Intifadah!!




KUALA LUMPUR, 29 Dis (Hrkh) - “Saya akan bermain muzik hari ini dan merayakan apa yang dilakukan oleh tentera udara Israel”.

Begitulah ucapan penuh biadap pegawai pertahanan awam entiti haram Israel bernama Ofer Shmerling yang diungkap semula oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub untuk mengajak semua rakyat Malaysia membantah kekejaman dan sifat ‘kebinatangan’ Israel terhadap penduduk Palestin sekaligus memberi pengajaran kepada pengganas yang angkuh itu.

Intifadah tersebut akan diadakan esok (Selasa) di kedutaan Amerika 30 Disember, jam 11.00 pagi.

Salahuddin mengajak semua rakyat Malaysia memastikan kehadiran mereka dalam perhimpunan Intifadah di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak bagi membantah keganasan terburuk pengganas-pengganas Israel di Gaza sepanjang konflik Palestin-Israel sejak 1967.

“Saya menyeru semua rakyat Malaysia yang prihatin, tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik menyemarakkan Intifadah di hadapan kedutaan Amerika itu.

“Jika anda ragu-ragu untuk menyertai Intifadah rakyat Malaysia menentang keganasan Israel Selasa ini, anda boleh membaca apa yang diucapkan oleh seorang pegawai pertahanan awam entiti haram Israel bernama Ofer Shmerling: ‘Saya akan bermain muzik hari ini dan merayakan apa yang dilakukan oleh tentera udara Israel,” katanya berang dengan ungkapan tersebut. - azm _

sumber Harakahdaily