kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

12/15/08

Penat??-Rehat,Lihat dan Ingat!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Musim exam makin hampir. Bahang kehangatannya mulai terasa seperti hangatnya perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Vietnam(bantai je ni, tk minat pun:P). Kerana kehangatannya itu, membuatkan kita semua gelisah dan tak boleh duduk diam. Buktinya, ramai yang sedang ber3uzlah dan membawa diri di tempat-tempat yang menjadi idaman dihati. Macam ana lah juga, mencari ketenangan di Alexanderia. Padahal duk ganggu hidup orang je, tkpo, nak balik dah hari ni. Zagazig, nantikan kepulangan ku. Eceh.:P

Ana pasti, ramai yang sekarang dah mula pening-pening, tertekan dan syagl dengan study dan hafalan. Ana tahu sebab ana pun macam tu juga. Pening duk menghafal durus tahun 3 ni. Jadi, apa kata kita berehat sebentar dan tenangkan fikiran seketika. Otak tu pun boleh dc kalau tak rehat. Letakkan buku tu sat, regang2kan semua urat2 dan otot2 tu, dan duduk dalam keadaan tenang dan relek k. Di sini ana ada sediakan sesuatu untuk antum semua tenangkan fikiran tu. Berkonsepkan 3 perkara.Rehat, Lihat dan ingat. Dipersembahkan....
elele.. jiwangla tu konon..
Photobucket smbil2 tu regang2kan bdn..
comella tu.:P
Photobucket regang2kan tgn
patutlah golap je.
Photobucket bahu pulak.
Happy family..=)
Photobucketkepala pula
aik2,jauh2
Photobucket.k,pinggang pulakpatutlah ada orang ngadu kambing hilang korban hari tu...ish2
Photobucket k,gerakkan satu bdn pulak
waa!kan dah lemas..kan dh pesan pakai jaket keselamatan..aih.
.Photobucket akhir sekali, buang semua tekanan..yarghh

Dah habisshh......untuk sesi rehat dan lihat.."Ingat" pula macam mana?ok..saksikan seterusnya..





Matahari dan bulan beredar menurut perhitungannya.[55(ArRahman):(ayat)]
Subhanallah..
Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepadaNya[55:6]
Subhanallah...
Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca keadilan(55:7)
Subhanallah

Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhluknya(55:10)

Subhanallah..
Di bumi itu ada buah-buahaN dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang. Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya(55:11&12)
Allahuakbar
Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar(55:14)
Allahuakbar
dan Dia menciptakan jin dari nyalaan api.(55:15)
Allahuakbar
Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu(55:19)
Alhamdulillah,..Masih lagi diberi peluang untuk melihat..., Dari keduanya keluar mutiara dan marjan(55:22)
Lailahaillallah,Hanya dia yang Maha pencipta...
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?(55:25)
Terlalu kedil untuk dibandingkan dengan diri ini..la haula walaquwwata illa billahil 3aliyyil 3azim.

Sambil berehat, kita melihat ..., dan kita INGAT kepada Allah..Hayati, fikirkan dan renungkan di sebalik ciptaan yang maha hebat ini, semuanya adalah tanda dan bukti keagungan dan kebesaran Allah..

Maha agung Tuhanmu Yang Mempunyai kebesaran dan kurniaan(55:78)

صدق الله العظيم

Ok,sambung study semula.FIGHTING!Bittaufik wananajah.inshaAllah..aminn..=)
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

*Kredit for Pamiesz atas icon goyang2 ni..=p