kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

12/18/08

MUSY MUQARRAR!!




Salam imtihan buat seluruh hamba Allah yang akan menduduki imtihan tidak lama lagi, tidak kira di mana antum berada Mesir, Jordan, Moroco, London, UK atau di kutub utara sekali pun ana mendoakan agar kita semua dipermudahkan segala urusan, dipermudahkan hafalan ( lagi-lagi syair hu ) dipermudahkan kefahaman serta diperkuatkan ingatan atas segala apa yang telah kita hafal. , insyallah..


LAISA MUQARRAR!!! QIRAAH!!


Satu perkataan yang sering ana dengari apabila tibanya musim imtihan.. apakah maksud di sebalik kata-kata ini? Yang pasti ianya akan mendatangkan satu perasaan gembira apabila perkataan seperti ini keluar dari mulut doktor kuliah lebih-lebih lagi tarikh imtihan semakin hampir. Mana tidaknya, buku yang setebal 200 muka surat menjadi 60 @ 70 muka surat, sudah pasti ianya cukup untuk meringankan otak ana selaku pelajar wafid yang sememangnya malas untuk membaca keseluruhan buku, cukup hanya dengan membaca dah menghafal muqarrar yang diberikan pasti akan mendapat kejayaan. Persoalannya..


BELAJAR UNTUK IMTIHAN ATAU UNTUK MENDAPAT ILMU??


Satu muhasabah pedas yang perlu ana fikirkan sedalam-dalamnya. Sampai bilakah ana harus berusaha bersungguh-sunguh hanya semata-mata ingin mencapai kecemerlangan dalam imtihan. Bernilaikah Jayyid yang diperolehi jika tiada isi yang boleh dipertaruhkan demi umat sejagat nanti? Kepulangan ana ke tanah air baru-baru ni memberikan kesedaran bahawa selama ini ana hanyalah tidak ubah seperti tin yang kosong yang tidak dapat memberikan apa-apa manfaat pada orang lain..“faqidusy syai la yu3ti”. Bagaimakah ana ingin menyangkal dakwaan orang yang mengatakan, “datang ke sini umpama baju kosong yang di bawa dari Malaysia lalu di cop di Mesir dan pulang kembali ke Malaysia lalu berbangga dengan cop yang ada”. Satu dakwaan yang ana kira akan menaikkan api kemarahan sesiapa sahaja yang mendengarnya, tapi itulah hakikat yang berlaku pada ana sekarang, sudah bertahun mendiami bumi anbiya ini tapi masih seperti dulu tiada sebarang perubahan atau penambahan ilmu. Sedarlah diriku!!! Moga tulisan ini bukan hanya sekadar tulisan atau omongan kosong ( sembang berapi ) tetapi sebagai satu muhasabah yang wajib dilaksanakan untuk mencapai matlamat seorang murabbi yang pasti akan memikul satu bebanan yang amat berat nanti..


AL-QURAN BIDAYATUL ILMI WA NIHAYATUL ILMI


Selesai solat asar petang tadi ana ditegur oleh seorang sahabat arab (dikenali sebagai Ahmad ) atas satu kesalahan ana mendahului imam dalam satu rukun solat, teguran yang penuh berhemah serta dalil-dalil hadis yang didatangkan membuatkan ana rasa begitu terkesan, terkesan dengan cara serta ilmu yang ada pada rakan tersebut. Bila agaknya ana akan jadi seperti dia?? Insyallah gai aminnn. Dalam perbualan kami Ahmad menekankan aspek kepentingan Al-Quran dalam menuntut ilmu. Al-Quran sebagai permulaan bagi ilmu dan juga sebagai penghabisan bagi ilmu, segalanya terkandung dalam al-Quran. Berapa mukakah yang telah ana habiskan dalam sehari? Semuka?dua? atau tiada langsung?


MUHASABAHLAH DIRI….


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya)

ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.” Al-Anfal 9:2