kebahagiaan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

12/14/08

Malam di Musim Sejuk..






Bismillahhirrahmanirrahim..
Semakin hari suhu di sini semakin sejuk. Musim panas atau musim senang-lenang (kerana bercuti )juga sudah lama berlalu. Cepat sungguh masa berlalu, sedar tak sedar, ini adalah musim sejuk yang ke 3 ana di sini. Musim sejuk bagi kita rakyat Malaysia atau warga Asia memang satu musim yang amat menyeronokkan dan membahagiakan. Walaupun kadangkala agak meletihkan. Nak berwuduk,mandi, membasuh , memasaka,alahai..malasnya rasa. Ngeri rasa nak menyentuh air yang sejuknya sehingga ke tulang belulang. Kalau boleh tu, wuduk dari solat subuh tadi nak ditahan sampai ke isyak.Jadi takut kat air pula masa musim sejuk ni.

Tetapi dari sudut yang lain, musim sejuk yang tiba adalah waktu yang amat menyeronokkan. Waktu yang dimana malamnya lebih panjang dari siang amat sesuai untuk menarik lihaf lalu beradulah di dalamnya dengan penuh lena di selimuti sehelai selimut yang sungguh empuk dan lembut sekali. Dapat pula kalau hujan turun malam itu, alamat sampai ke subuh esoknya lagi satu tak pun lusa baru terbangun.

Kalau waktu siangnya , selepas hujan, memang indah, walaupun sukar untuk ana sebut perkatan"indah " di sini, tetapi dengan kedinginan dan udara yang nyaman dan redup, lebih-lebih lagi selepas titisan hujan,alam sekitar menjadi begitu damai...tenang dan indah sekali. Dalam kesejukkan dan kedinginan , sambil menikmati pemandangan alam ciptaan tuhan, dihidangkan pula dengan segelas milo panas(mana nk cari kat sini~) atau teh dan kopi panas, di dipadankan pula roti2 arab yang baru saja di keluarkan dari pembakar. Fuh, masyuk sekali. Kemudian fikiran menerawang pula, berangan-angan, balik nanti nak jadi apa, kalau tak jadi ustaz,nak jadi qadi, tak qadi, jadi mufti, tak mufti pun, nak jadi imam. Lepas tu berangan pula nak kahwin dengan siapa pula. Aih. Indahnya hidup.

Amboi..seronok nampak .Takkan macam ni je pengertian musim sejuk bagi kita sebagai seorang Muslim ? Takkan begini caranya seorang mukmin menyambut kedatngannya musim sejuk? Adakah musim sejuk yang datang sekadar untuk dinikmati begitu saja ? Ini kah maknanya musim sejuk bagi kita semua? Penuh dengan keseronokkan dan angan-angan. Bukan ini caranya bagi seorang yang beriman. Jika benar kita orang beriman, makna dan pengertian musim sejuk tidaklah terhenti pada keindahan dan kenikmatannya sahaja. Ada pengertian dan makna yang cukup bernilai di dalamnya .

Kedatangan musim sejuk tetap juga di sambut dengan penuh kesyukuran dan penuh keseronokkan oleh orang yang beriman. Kerana bagi mereka, waktu inilah saatnya yang paling membahagiakan. Tetapi, kebahagiaan mereka itu bukan diisi dengan anganan, keseronokkan yang sia2 .Sebaliknya, kebahagiaan dan keseronokkan yang terisi dengan beribadah dan bermunajat kepada Allah. Panjangnya malam ketika itu, bererti makin banyaklah ibadahnya dan makin panjnglah waktunya mereka bermunajat kepada Allah tuhan yang satu.

"Dan pada sebahagian malam hari bertahajjudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Rabbmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji" [Al Israa' (17): 79]

Allah sendiri telah menjanjikan makam yang tinggi di sisinya bagi sesiapa yang beribadah malam. Tidaklah seluruh malam beribadah tanpa rehat, dan bukanlah seluruh malam terus terlena dalam dakapan lihaf, tetapi cukuplah sebahagian malam itu di isi dengan ibadah. Malam yang panjang, sepatutnya panjnag juga masa kita beribadah kepadanya. Kenapa tidak kita ambil peluang ini untuk meningkatkan dan memperbanyakkan ibadah kita? isikan malam dengan bertilawah, berzikir, dan bermuhasabah diri. Bukankah setelah itu hati kita akan menjadi tenang.

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.” Surah Ar Ra’du : ayat 28

Apa bila hati menjadi tenang, mudahlah bagi kita selepas itu untuk menghafal dan mengulangkaji pelajaran. Lihatlah, betapa teaturnya kehidupan malam seorang mukmin. beribadah, bermuhasabah, beristirahah dan muraja3ah.


Ana sendiri akui, masih banyak kekurangan. Ana jadikan aposting kali ini sebagai satu nasihat dan ingatan untuk diri ana dan para pembaca. Marilah kita sama-sama memperbaiki dan memuhasabah diri kita bersama agar menjadi lebih baik. Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan yang celik tapi buta. Seperti dalam firman Allah:

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat): mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." Surah al A'raaf ayat 179.


Untuk akhirnya, sama2 lah kita hayati masud dan pengertian yang tersembunyi di musim dingin ini. Ternyata ia bukanlah satu musim yang hanya datang dan pergi tanpa ada apa2. Tempuhilah musim sejuk ini bukan sekadar satu musim yang biasa-biasa tetapi sambutllah ia sebagai SEORANG YANG BERIMAN...

Wallahua3lam